Jom memasak!



Hari-hari tengok mak, bangun pagi-pagi lagi masak breakfast untuk kami sekeluarga. Bila tengah hari, waktu lunch mak balik kejap, prepare lunch for our family, biasa nya mak memang masak dalam kuantiti yang banyak agar waktu lunch nyer food terus untuk malam.

Bila aku fikir, memang penat. Siapa kata masak tak penat, kalau kau masak sorang-sorang tak ada orang bantu. Mesti penat, that's why kalau tengok dapur kat hotel. Punya la ramai assistant chef, tukang potong makanan, tukang prepare bahan. Huhuh. (Macam ler aku pernah amek course kulinari).Aku tahu mak penat, coz dulu waktu aku kerja office hour. Aku dapat rasa macam mana mak rasa, balik-balik dengan kepenatan terus masak.

Ok, sudah-sudah merapu dengan panjang.Tujuan post kali nie, aku ingin kongsikan dari pemerhatian aku,apabila ibu memasak. (Dah macam research of family).

Apabila ibu memasak, bonding antara anak dan ibu memang rapat. For example, kenapa orang tetap rindukan ibu nyer. Especially, waktu korang ada kat universiti, atau pun oversea. Kadang-kadang sanggup tahan diri daripada beli favorite food korang coz tahu ibu masak double sedap dari mak cik cafe yang masak bentuk je ada, rasa tak sedap langsung.

Hari-hari ingat dekat mak korang. Mengira hari, detik dan waktu nak balik ke rumah. Hehehe. Aku nie memang jenis family type, pantang je hari jumaat malam, mesti dah cabut dari Hafsah tu pergi balik rumah.Cuma waktu final exam je aku tak balik rumah , itu pun rasa sengsara diri dan hidup.

Tahukah anda? Apa yang meyebabkan masakan ibu rasa sedap. Kalau nak bezakan degan chef kedai dan ibu kita. Chef hotel lagi hebat dari ibu kita coz dia orang ada degree in kulinari. Tapi ibu kita cuma ada degree dari mak mereka sahaja (nenek kita) atau pun degree belajar dengan buku masakan. Kalau orang sekarang, dari internet lah kan. Hehehe..
Waktu ibu kita masak, penuh dengan rasa kasih dan sayang. Itu yang membezakan antara masakan ibu dengan chef di kedai yang selalu kita beli.
Ibu akan masak coz tak nak anak-anak mereka kebulur dekat rumah, rasa tanggungjawab agar anak-anak membesar dengan makanan yang sihat.. Chef masak sebab nak cari untung orang datang ke kedai mereka.

Selain itu, ada satu kelebihan apa bila ibu memasak.Sambil mereka tanak nasi, atau mengacau gulai, Ibu kita mesti berdoa dan berselawat. Itu sebab nyer, kita rasa nikmat waktu makan masakan ibu. Sebab ada berkat pada doa dan berselawat pada makanan tersebut. Keberkatan tersebut, membuatkan kita rasa sentiasa dekat dengan ibu kita dan juga sentiasa ingin bersama dengan keluarga.

Paling penting, ibu kita memasak dari bahan yang terpilih dan terbaik. Tak ada nyer letak MSG berlebihan yang memang menyebabkan pelbagai penyakit. Sayur yang segar, ayam dan daging di basuh dengan teliti buang semua lemak-lemak yang tak di perlukan.Garam dan gula secukup rasa, dan tidak berlebihan.
Itu kelebihan apabila ibu kita memasak compare to chef dekat kedai masak, yang kadang-kala tak sedap langsung. Garam terlebih, haish boleh rasa lagi garam kasar. MSG tak payah cakap la, main campak-campak jer .

Apabila ibu kita memasak, perhubungan antara suami dan isteri serta anak dan juga parents juga boleh jadi rapat. Yelah kita makan sama-sama, rasa makanan yang sama. Keberkatan dalam kehidupan.Itu paling penting :)

Kadang-kala jangan salahkan mengapa faktor penceraian di kalangan anak muda kian meningkat. Aku rasa faktor nyer satu! Tak masak kat rumah. Mungkin korang rasa tak logic la,tapi benda nie betol. Berdasarkan pemerhatian aku. Example mudah, kenapa ada sesetengah orang berkahwin dengan maid? Sebab nyer, isteri menyerahkan 100% kerja memasak kepada maid. Orang kata, kenyang perut senang hati. Jadi bila dah kenyang perut, pikat hati.
Simple. Tapi itu hakikat nyer.

Kadang -kala mengapa anak jarang untuk pulang ke rumah dan lebih senang untuk berada di luar bersama rakan. Sebab nyer satu, anak tak rasa ada bonding antara ibu dan bapa mereka. Mereka rasa tidak perlu berada di dalam rumah.

Tak salah sebenar nye , makan luar. Boleh, kadang-kala aku satu family makan juga kat luar. Cuma kami makan, makanan yang mak tak masak la. Macam chicken chop. Hahaaha mana la pernah mak nak masak. Jadi kadang -kala boleh , tapi tak selalu.
Aku rasa kalau selalu makan kat luar pun membazir. Makanan makin lama makin mahal. Kalau kat uia tu boleh masak, dah lama aku masak. Walaupun nasi dengan telor sahaja.

Mampukah aku masak hari-hari bila dah mendirikan sebuah keluarga?Tepuk dada tanya hati.(Haish. Gedik nyer nina).I hope i can be a good mother that can cook for my husband and my children :)

p/s: minta maaf kalau saya dah lukakan hati sesiapa mengenai post kali nie, niat saya baik agar dapat berkongsi pandangan dan juga buah fikiran saya.


Comments

  1. nnt ko ada laki ajak mkn luar slalu best..haha

    ReplyDelete
  2. dush! kadang-kadang boleh. selalu jangan. tak elok mas oiii

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts