12/23/13

Ho Chi Minh City- Day 1 : Half Day City Tour Saigon

** Entry ni banyak gila gambar, harap maaf jangan muntah!Aku malas nak buat entry berbeza. Tu buat satu entry je.


Continue from previous entry: Ho Chi Minh City- Day 1 : Cho Ben Thanh dan Tips Bershopping serta Formula Currency. Kami dah berjanji dengan Cik Odah dan Cik Su dalam pukul 2 petang jumpa semula untuk balik ke hotel dan makan tengah hari. 

Actually nak balik hotel, cuma nak ambil kunci bilik lagi satu. Pagi tadi, kami cuma dapat satu kunci sahaja, sebab lagi satu bilik tengah kemas.. Jadi sebelum balik hotel. Kami singgah makan tengah hari dekat Basiroh yang berdekatan dengan kawasan area jual baju kurung manik. . Kedai Basiroh ni memang dah sangat famous untuk orang Malaysia yang pernah pergi area sini. Sempat makan "Pho Mee", mee vietnam yang berkhasiat dan lagi sedap. Nanti aku buat review makanan yang aku makan disini. okay 


Lepas makan kami balik hotel, Cik Odah dan Cik Su macam penat bershopping tadi. Kami yang muda-mudi ni minta kebenaran nak buat" Half Day City Tour Saigon @ Ho Chi Minh City" ni.  Korang jangan pula fikir kami amek pekej ke atau naik taxi. Tak ye! 100% menggunakan kudrat kami sendiri , iaitu kaki. Alhamdulillah , masih lagi ada kekuatan untuk berjalan kaki.

Kami sempat minta map dari Receptionist Hotel. Tanya dia landmark dan tempat-tempat menarik nak pergi. Dengan berpandukan map tu lah kami round area Ho Chi Minh City. Best kot!!



Sampai lunyai map ni kami guna
Ho Chi Minh City 2013

Kami berjalan ke arah Opera House , ternampak Statue Ho Chi Minh kami bergambar la gambar disini. FYI, kawasan yang kami berjalan ni semua area-area bangunan tinggalan sejarah France. Jadi banyak bangunan mempunyai seni bina France, sampai nama pun sama macam dekat France . 








"Sisters-Along and Nina"
Ho Chi Minh City Statue
Ho Chi Minh City 2013


Belakang Statue Ho Chi Minh
Ho Chi Minh City 2013


Then kami bergerak ke arah Revolution Museum , tapi dalam perjalanan kami terserempak dengan President House. Dulu Ho Chi Minh pernah duduk di dalam Rumah ni. Sekarang dah jadi museum. Cuma waktu kami sampai tu, President House dah tutup. Tapi aku dengan along pula boleh selamba masuk ambil gambar area luar sebab nampak gate dia terbuka, cuba tengok gambar bawah ni.

President House Ho Chi Minh
Ho Chi Minh City 2013
Dari jauh kami memang nampak ada mak cik dua orang memandang kami, macam cakap sesuatu . Tapi bajet aku faham ke? Aku keep continue amek sekeping dua, then sorang mak cik datang ke arah kami cakap dalam bahasa Vietnam. Kami pun assume la, yang President House ni tutup. Sila la keluar dari sini. ahhahah

President House Ho Chi Minh
Ho Chi Minh City 2013

Back to plan kami ke Revolution Museum.Ticket price perentry: 15,000VND. 
Revolution Museum ni banyak juga memberikan info-info mengenai Bandar Saigon @ Ho Chi Minh City itu sendiri, cuma sebab tak ada tourist guide. Aku rasa a bit lost disini,sebab tak tahu mana satu nak tuju. Tapi aku suka dengan seni bina Museum ni, sebab sangat cantik dan klasik. Even waktu tu ada pengantin tengah buat prewedding photo. 

Senibina  Rumah
Revolution Museum
Ho Chi Minh City 2013

August Revolution 
Revolution Museum
Ho Chi Minh City 2013

Senibina  Pintu 
Revolution Museum
Ho Chi Minh City 2013



Senibina  Rumah
Revolution Museum
Ho Chi Minh City 2013


Senibina tangga yang menarik
Revolution Museum
Ho Chi Minh City 2013

Rolls Royce?
Revolution MuseumHo Chi Minh City 2013
Puas pusing-pusing dalam Revolution Museum dan ambil gambar, kami bergerak ke arah Saigon Notre-Dame Basilica. Walaupun ianya adalah gereja, tapi aku kagum rakyat Vietnam ni masih kekalkan lagi seni bina peninggalan France dan masih dijaga rapi. Sehinggakan nama pun mereka tak ubah, sebiji macam dekat Paris!


Notre- Dame
Ho Chi Minh City 2013

Tak jauh dari Notre-Dame ada lagi satu bangunan bersejarah peninggalan France, iaitu Bangunan Post Office. Tapi sebabkan kami dah penat nak melintas, dan gerak cuma ambil gambar dari jauh sahaja le.. Sebenarnya seni bin adalam Post Office ni pun menarik juga. 
Post Office
Ho Chi Minh City 2013
Rasa macam dah jauh sangat kami gerak, kami ada singgah di kedai kopi untuk lepaskan lelah kepenatan berjalan , tapi nanti aku buat special post untuk itu ye. So gambar di bawah ni antara yang sempat aku ambil dalam perjalanan pulang semula ke hotel. 


Motor
Ho Chi Minh City 2013

Wayar yang berselirat
Ho Chi Minh City 2013

Antara Kedai Kopi
Ho Chi Minh City 2013

Aku rasa berbangga dengan pencapaian, mampu berjalan di Ho Chi Minh City! Yeah!!
Untuk pengetahuan semua, jarak antara satu tempat yang aku pergi ni tak dekat pun. jauh kot.. Cuma aku tak tunjuk arah dan laluan, coz aku berpandukan peta yang hotel aku bagi. Lagipun tak complicated jalan di sana, dan senang untuk faham. 

12/20/13

Ho Chi Minh City- Day 1 : Cho Ben Thanh dan Tips Bershopping serta Formula Currency.

Continue from previous entry. .Ho Chi Minh City- Day 1 :Tan Son Nhat International Airport Saigon, Vietnam ...Entry kali ni cerita pasal Ben Thanh Market je ye.. next baru cerita tempat lain.. . 


*****
Setelah sampai di Hotel, kami berehat sebentar, sebab badan dah penat. Pagi tadi bangun pukul 3 pagi kot.. pengsan! Plan asal nak terus pergi ke Chu Chi Tunnel punya trip, sebab Chu Chi Tunnel cuma half day trip. Jadi dapatlah hari esok kami pergi trip ke Sungai Mekong. 

Tapi kerana penat, plan kami bertukar. Petang ni adalah masa bershopping di Pasar Ben Thanh..Dari Hotel straight je dah sampai Pasar Ben Thanh..  Lepas solat zohor, kami bawa Mak Cik Odah dan Cik Su ke Pasar Ben Thanh .. Bestnya kalau nak lintas jalan, kat sini ada petugas khas untuk lintas jalan. Jadi kalau muka anda yang tak confident langsung nak lintas.. Minta je tolong orang tu lintaskan... 

Cho Ben Thanh
Ho Chi Minh City, Vietnam 2013
Photo Courtesy: http://hcmtrails.com/

Dalam Pasar Ben Thanh kami berpisah dari Cik Odah dan Cik Su. .. Waktu tu aku dengan along belum minat lagi nak shopping dalam tu.. Dalam hati kami, tertanya-tanya mana kedai yang jual baju Kurung manik yang cantik tu..Kedai tu rupanya di luar dari Pasar Ben Thanh.. Kami keluar dari Pasar Ben Thanh mencari lorong ke Kawasan orang Malaysia selalu duk bagi review tu. Senang sahaja, kedai tu belakang Jalan Le Lai. Sila lihat map di bawah.. 



View Larger Map


So sempat la kami shopping di area ni baju kurung untuk family. Pendapat aku kat sini memang lah lagi murah dari kat Malaysia tu. Cuma aku pesan sila pandai mengcovert mata wang. Kalau tak nak kena tipu. ye. 
Laluan Hotel , Kedai Baju Kurung dan Restaurant Halal
Ho Chi Minh City, Vietnam 2013
Along sedang tawar-menawar
Ho Chi Minh City, Vietnam 2013

 Lepas dah shopping di luar, kami masuk balik dalam Pasar Ben Thanh. Kai ni baru beli kopi dan kacang teratai. Sedapp!!!

Kopi dan Kacang Teratai..
Cho Ben Thanh
Ho Chi Minh City, Vietnam 2013

5 Perkara tentang Pasar Ben Thanh
  1. Panas: Memang panas, aku rasa taraf panas dia sama macam dekat Central Market Phnom Penh, Cambodia.. panas sebab ramai orang dan tak ada aircond.. ada kipas je.. Tapi memang syurga la kan untuk kaki shopping..
  2. Tarik- menarik : Anda kena sedia menghadapi perang tarik menarik, sebab penjual di sini memang suka tarik dan tunjuk-tunjuk barang depan anda semua.. Tapi sabar je lah,sebab aku dah biasa waktu dekat Indonesia.  Kalau tak suka, senang je caranya, korang jalan straight je.. wat selamba je...
  3. Tawar -menawar: Part tawar menawar ni kalau siapa yang bijak pandai.. Memang aku kagum.. Tapi ada secret aku nak bagitahu,.. apakah? Continue baca
  4. Harga: Sebenarnya kalau nak di bandingkan harga dalam dan kedai di luar area ke Opera House tu harga kat luar lagi murah dari dalam Cho Ben Thanh ni aku tak tipu. Tapi kalau korang pergi pasar malam, aku tak galak sangat ..sebab lebih mahal dari harga siang.. Tapi kalau dah dapat murah tu .. Beli je la ye..
  5. Bahasa : Bahasa tak jadi masalah sebab penjual kain memang pandai sikit-sikita cakap malay.. They love to say " Tengok dulu kakak " in their slang. Tapi dalam slang dia jadi " Tengok lolu kakak".. hahaha.. "Dah murah tu kak".. Tu je la ayat aku selalu dengar.. Lain takde..
Biasanya penjual keychain or merchandise ni kurang bijak menggunakan duit ringgit. Hahaha..Lebih-lebih lagi kalau sebut duit puluh sen tu.. Lagi dia pening.  akak aku dah berjaya memanipulasikan seoarang penjual dompet.haha. kejam kami kan. Sehingga berjaya dapat jatuhkan harga dompet kecil tu dalam brapa puluh sen sahaja. 

Antara Kapal yang cantik, tak tahu macam mana nak bawa balik
Cho Ben Thanh
Ho Chi Minh City, Vietnam 2013

Penjual kain dalam Pasar Ben Thanh dah sangat bijak menggunakan duit Ringgit. Sebab ramai rakyat Malaysia shopping dekat sini.. Jadi tak nak buat korang tertipu sila bijak mengconvertkan duit Dong ke Ringgit dan duit Dong ke USD.  


Inside Cho Ben Thanh
Ho Chi Minh City, Vietnam 2013

Kedai-kedai baju kurung (bukan di dalam Pasar Ben Thanh)pun sangat bijak memanipulasi kita dengan menggunakan wang ringgit dan duit Dong. At the begining aku pun tak tahu macam mana nak kira, tapi waktu dalam bus dari airport ke Ho Chi Minh City ni aku dengan along berjaya dapatkan formula mengira duit USD, DONG dan Ringgit.

Formula Currency.


USD -RM
RM-DONG
DONG-USD
1USD –RM3
RM3- 20 000 DONG
1USD- 20 000DONG

Contoh 1

Bila peniaga sebut 3 USD untuk harga sehelai baju, apa yang anda perlu buat. 
  1. Dalam otak kira harga ringgit  ,3 USD * 3 = RM9
  2. Dalam otak kira harga Dong pula? 3USD * 20 000 = 60 000 Dong
Jadi bila nak tawar menawar anda perlu tanya tiga harga : USD, RM dan Dong
Bila dia sebut harga sehelai baju ialah 3 USD, RM 7, 70 000 Dong. Jadi anda akan pilih untuk bayar guna which currency?? Mestilah guna ringgit sebab kurang seringgit dan lebih menguntungkan.

Contoh 2

Kali ni dia sebut pula harga Dong. Ha.. aku tahu ramai dah pening tengok nombor besar-besar kat belakang ni..start la pening .. Ada caranya, katakan harga untuk sekilo kopi dalam 200  000Dong  .. Contoh je ye, aku tak ingat sangat harga dia berapa sekilo. 
  1. USD: 200 000Dong / 20 000= 10 USD . Nak senang kira padam tiga kosong kat belakang tu.. 
  2. RM: 10 USD * 3 = RM30
Bila tanya harga, macam biasa tanya USD, RM dan Dong. Kalau dia sebut harga in USD 8, RM 20, dan 200 Dong.. Silah lah bayar dalam harga RM20 atau USD 8 . 

Jadi tips ialah setiap kali nak beli dapat dalam harga Dong bahagikan dengan 20 untuk dapat USD. Manakala dapat dalam harga USD darab dengan 3 untuk dapatkan harga Ringgit. 


p.s: Next ke mana kami pergi setalah masuk Cho Ben Thanh?

12/19/13

Ho Chi Minh City- Day 1 :Tan Son Nhat International Airport Saigon, Vietnam

Kita skip sekejap trip ke Sarawak 2013, kita terbang pula ke Ho Chi Minh City . Sebenarnya jarak antara trip Sarawak and trip ke Ho Chi Minh City tak lama pun, minggu ni terbang ke Sarawak, minggu depan pula terbang ke Ho Chi Minh City. amboi macam anak orang kaya pula ko. tiap-tiap minggu terbang!

Plan ke Sarawak tu mengejut, manakala plan ke Ho Chi Minh ni dah lama aku plan, jadi aku relaks-relaks la.. Sebabnya, ramai kot Orang Malaysia ke Ho Chi Minh dah buat review tempat tu. ..Jadi aku rasa relaks je la.. wahahhaha. 

Preparation for Ho Chi Minh City Trip:
  1. Flight ticket promo:
  2. Transportation : Bus and Kaki
  3. Hotel : Song Anh 324 Le Lai, District 1Ho Chi Minh CityVietnam
19 October 2013

Macam biasa kalau dah ticket promo flight mesti pagi buta la kan, dari rumah ke KL Central then naik Bus Merah (Air Asia ) ke LCCT Airport pada pukul 4 pagi. Sampai LCCT , cuma baggage drop sebab dah check-in di rumah beberapa hari sebelum. Alhamdulillah lepas solat subuh naik flight . Begins our Vietnam Journey! 


Trip kali ni aku, along, Mak Cik Odah (kawan parents aku) dan juga adik Mak Cik Odah ( Chek Su). Tapi sebenarnya aku banyak bergerak dengan along, sebab Mak Cik Odah and Chek Su tak berapa larat sangat nak jalan kaki.. Disebabkan aku and along jenis kedekut nak naik teksi, jadi kami banyak menggunakan kaki untuk round sekitar bandar Ho Chi Minh City.. Bila kami keluar Mak Cik Odah pula dengan aktiviti lain iaitu shopping di Ben Thant. Tu yang sampai dia risau sebab dah lewat malam baru kami balik.. Sorry ye Cik Odah ! Anak muda dua orang ni nakal sangat.. hehe I know you read my blog. heheh

Ho Chi Minh City  , Vietnam 2013

Sampai je Ho Chi Minh City, lepas amek luggage.. Kami keluar je pintu keluar terus belok kanan dan nampak sign board menunggu bus.  Betul-betul depan Burger King . Tunggu tak lama pun , sebab bus tu memang tunggu  penumpang . Dari situ ,naik bus no 152 untuk ke bandar Saigon @ Ho Chi Minh City. Bus tersebut akan berhenti  di Station Bus berhadapan dengan Pasar Ben Thant. Jangan risau ye, sebab tu last station, landmark nak tahu dah nak sampai akan nampak statue Kuda di roundabout.. Ramai yang turun kat situ.

Bus 125: Airport Tan Son Nhat to Bus Station Ben Thant
Photo Courtesy :  gjale.files 
Bayaran untuk naik bus 5.000 VND untuk orang dan 5.000 VND untuk beg. Pesanan penaja! Sila sediakan duit kecil dari Malaysia  atau beli air mineral atau apa-apa sahaja dekat airport terlebih dahulu . .Nanti bila dah naik bus, mereka tak akan pulangkan duit anda ya! Rugi je nanti.. 


Pesanana penaja ke 2! Tolong catat alamat atau jalan hotel yang korang stay. Susah nanti bila korang nak tanya area celah mana hotel yang anda stay. Alhamdulillah aku and along sempat print map dan alamat untuk ke hotel. 

Waktu sampai tu macam lost juga la sebab tak pasti which road nak lintas padahal dah print map.. Tanya seorang wanita tu dia macam tak reti nak cakap English, jadi bila dia duk bantai cakap Vietnam kita orang tak keep continue tanya la. Tapi dari jauh nampak dia berusaha nak tolong dengan cari orang yang boleh cakap English.Alhamdulillah, wanita tu jumpa sorang pak cik boleh cakap English. Pak Cik tu tanya kami nak pergi, cakap Le Lai terus dia tunjuk jalan depan. Argh .. Lega! Sebenarnya dari  Station Bus kami cuma perlu lintas jalan besar dah sampai ke Jalan Le Lai,  di seberang jalan terus along nampak Song Anh 3 Hotel.



View Larger Map
Laluan ke Hotel Song Anh 3 dari Station Bus.
Ho Chi Minh City, Vietnam 2013.


Menjadi masalah, kami semua ni first time sampai Ho Chi Minh .. langsung lah tak ada pengalaman nak lintas jalan dekat sini, Cuak Takut semua ada sebab kami tak dapat lagi rentak nak melintas jalan disini.. Alhamdulillah, ada dua orang anak muda lelaki datang bantu kami lintas jalan.. Bersyukur sangat kot ada orang nak tolong., sorang bawak aku dengan along lintas jalan.. Sorang lagi bawa Mak Cik Odah dan Cik Su. Rakyat Vietnam memang baik hati nak tolong orang lintas jalan..

Ho Chi Minh City, Vietnam 2013
Le Lai, District 1
Lepas lintas  jalan besar , kena lintas satu lagi jalan untuk sampai ke Song Anh 3 Hotel. Tapi disebabkan dah tahu skill nak lintas ..Tak de la nak risau sangat,. Pentingnya, korang kena berani dan jangan teragak-agak.. Selain tu, kena slow and steady sebab orang sana , memang bawa slow . Jaranglah aku tengok accident kat sana.. Sampai Song Anh 3 Hotel, terus minta pekerja dia amekkan Cik Odah dan Cik Su yang masih di seberang jalan lagi. 

Song Anh Hotel 3
Ho Chi Minh City, Vietnam 2013
Le Lai, District 1

Oh yeah! Sebelum tiba Ho Chi Minh City, kami dah buat reservation dekat Agoda. Jadi memang confirm dapat bilik yang selesa. Nanti aku akan buat review pasal Song Anh 3 Hotel. Basically pekerja dia memang baik dan hospitaliti hotel ni pun bagus serta berpatutan harganya... :)

Tiba di hotel,rehat-rehat dan makan dahulu. Let's shopping!

p.s: To be continued.. 

12/4/13

Food Hunting at Kuching, Sarawak - Day 1 :Swee Kang Ice Kacang & Sotong Kangkung

Saat aku menulis entry ni aku rasa sangat.. arghh.. aku rindu nak rasa White Lady Swee Kang. tak pe kejap lagi aku nak buat anda semua meleleh air liur sambil membaca entry ni.wahahha. gelak kejam! Sekarang tengah lunch hour sambil makam mee hoon goreng bekal aku type benda ni.Motif sangat la ko pakai internet office.


Setelah pulang membeli Kek Lapis Sarawak, kami patah balik semula ke Waterfront. Actually kami  parking kereta depan Waterfront sahaja. Senang nanti nak pusing-pusing area Kuching. Sebelum tu sempat Kak Ima, whatsapp Along suruh pergi ke Swee Kang Ice Kacang dan try Whitelady. Dalam hati,kat mana lah Swee Kang tu??

Set GPS , terus jumpa Swee Kang Ice Kacang di Jalan Hj Taha. Berpusing-pusing jugalah kami, sebab tersalah jalan and landmark nampak Shell tapi tak jumpa. Tapi nasib kami baik, jumpa juga Jalan Hj Taha. Ingatkan kedai, rupanya bahagian depan rumah yang dijadikan gerai.

Address:
Swee Kang Ice Kacang
Jln Hj Taha (Lot 176, Ground Floor)
KuchingSarawak 93400.
Dihadapan Swee Kang Ice Kacang
Wajah gembira
Kuching Sarawak 2013


Sampai je dekat situ , terus order White Lady and ABC Special. Aku suka keadaan dan suasana di kedai Swee Kang ni sebab melambangkan keharmonian rakyat Malaysia. Kalau kat KL tak dapat suasana macam ni. Jadi apa rasa White Lady? Sedap, manis cukup nikmat and variety. hahaha. Apakah rasa itu? Anda kena cuba sendiri.

ABC Special dia standard macam ABC di Semenanjung, tapi boleh tahan sedap sebab cukup bahan  dan nikmat!.

Swee Kang Ice Kacang
Kuching, Sarawa 2013

White Lady
Swee Kang Ice Kacang
Kuching Sarawak

ABC
Swee Kang Ice Kacang
Kuching Sarawak

Kak Ima pesan juga mesti cuba Sotong Kangkung di Swee Kang. Kalau nak order, terus pergi ke Stall Sotong Kankung. Dari arah gate masuk ke Swee Kang tu boleh terus nampak Stall Sotong Kangkung tu. Jadi apa rasa Sotong Kangkung? Sotong yang direbus dengan kangkung dengan kuah. Kuah tu tak silap aku, kuah yong tau fu. Boleh tahan juga la, nak alas perut dipetang hari. wahhaha.
Stall hujung -Stall Sotong Kangkung
Swee Kang Ice Kacang
Kuching, Sarawak 2013
Sotong Kangkung dan Ice Kacang, with White Lady
Swee Kang Ice Kacang
Kuching, Sarawak 2013


Hari semakin gelap sebab dekat sini, malam dia cepat. Jadi kami pulang ke hotel dahulu untuk siap-siap sebab malam ni nak makan dekat tempat special. Dekat mana? Tunggu our next food hunting!

11/26/13

Food Hunting at Kuching, Sarawak - Day 1 :Bot Penambang dan Mira Cake House

Kembali semula mengupdate dari entry yang lepas Food Hunting at Kuching, Sarawak - Day 1 :Mee Kolok Haji Salleh @ Sepinang Sari Cafe, Jalan Satok Kuching. Selepas kenyang makan mee Satok kami pulang untuk check-in di Hotel Grand Supreme, Kuching yang telah kami reserved awal.  Dapat juga kami masuk bilik pukul 12 tengah hari tu,apa lagi siap-siap solat, terus tidor untuk rehat kan badan.. Penat sebab kena bangun pukul 4pagi lagi. tu sebabnya tengah hari dah penat. ngeee...

Dah berehat, badan dah segar.. Apa lagi, jom kita mulakan Food Hunting at Kuching , Sarawak! Kali ni nak kemana? Cari kek lapis Sarawak..Dulu aku suka pesan Kek Lapis Cadbury dengan Lat. Mak cik Lat ada buat, even harga untuk kekk lapis ni a bit pricey, tapi rasanya sedap.. Tapi aku cuma tahu Lat nak kahwin dua minggu before majlis dia, so aku tak nak la susahkan dia nak tempah Kek Lapi Cadbury tu.. hehehe

Jadi tempat mana nak cari Kek Lapis Sarawak yang famous dan sedap? Tentulah di area Kampung Gersik, Kampung Boyan, Kampung Samarang, Kampung Sourabaya Ulu, Kampung Panglima Seman.. Kat mana tu ?? Senang sahaja.. anda cuma perlu menaiki Bot Penambang dari  River Front untuk melintas Sg Sarawak ke Jeti Kampung Boyan . Harga untuk seorang  menaiki bot penambang ialah RM1. Seriously makin lama naik harga Bot Penambang ni , 2008- 30sen, 2009- 50 sen, 2013- terus naik jadi RM1. Ni mesti sebab minyak naik harga. 


Bot Penambang
Kuching , Sarawak 2013
Sebenarnya saje je aku naik penambang ni sebab En. Ahmad tak pernah naik. Aku dengan along dah pro dah.. hehehe.. Aku suka naik bot penambang ni walaupun tahu kat dalam Sungai Sarawak tu penuh dengan Bujang Senang. Tapi jenis yang suka something different, aku galakkan naik bot penambang hokey :) Mencabar ke?
Jeti Bot Penambang
Kuching Sarawak 2013

Dari Jeti Kg. Boyan terus belok ke kanan untuk ke Mira Cake House. Bestnya kebanyakkan kedai-kedai di sini bagi kita try semua kek mereka. Kira kenyang la kau makan. Jenis muka tebal macam kami ni tak kisah nak try semua jenis dan rasa kek yang disediakan.. hehe.  Rasanya dulu kedai Mira ni Dayang Salhah ke dah bertukar .. Aku pun kurang pasti.. 
Rumah di Kg. Boyan
Kuching Sarawak 2013

Silalah enjoylah gambar Kek Lapis di kedai Mira Cake House ye.. 
Sebenarnya keluarga aku bukan jenis makan benda-benda manis, sampai berkulat kadang-kadang.. huhu. Tapi disebabkan Kek Lapis antara benda famous yang wajib dibawa dari Sarawak.. Kami beli juga untuk orang-orang office. hehehe


Hiasan di Mira Cake House
Kuching Sarawak 2013

Aneka Jenis Kek Lapis
Mira Cake House
Kuching Sarawak 2013

Proses Pembuatan Kek Lapis
Mira Cake House
Kuching Sarawak 2013


Dah habis dekat RM100 kami beli kek lapis sahaja.. Tp tu cost untuk tiga orang la.. Decide nak   pergi Fort Margherita. Dari dulu lagi aku nak pergi , tapi tak dapat juga jejakkan kaki ke situ.. ha berjaya kah aku?.. Next entry anda boleh baca cabaran ke Fort Margherita! heuheuheu

Harga Kek Lapis:


1.Standard : RM10
2. Kek Lapis Cadburry : RM20

Nota kecil : Lambat update? Yes, banyak benda nak buat. Even hari sabtu ahad pun ada banyak benda nak kena buat... Bawa bersabar je lah.. Anda pun harap dapat bersabar dengan perangai dan karenah aku ni ye.. hahahah.. 

11/15/13

Food Hunting at Kuching, Sarawak - Day 1 :Mee Kolok Haji Salleh @ Sepinang Sari Cafe, Jalan Satok Kuching

Sabar-sabar ye semua.. Lepas ni entry aku semua pasal makanan, sebab kerja kami sepanjang dua hari ialah Food Hunting Makanan Sarawak. hehehe. Kita 

Dulu-dulu zaman university , aku selalu minta Lat belikan Mee Kolok. Sanggup Lat belikan pagi-pagi buta and bawa untuk aku makan dekat bilik . I heart you lat! Tapi aku tak sanggup lagi nak minta Lat beli lagi , sebab tiap kali dia balik Serawak kena mengangkut Mee Kolok aku.wahahah. 

Dalam perjalanan pulang dari kenduri Lat, sempat lagi kami google famous Mee Kolok di Kuching, Serawak! Cepat-cepat kami tukar arah GPS area Jalan Satok. Apa lagi, happy la kami dapat try Mee Kolok yang dah lama gila tak makan. 


Mee Kolok with Sup
Mee Kolok Haji Salleh
Kuching, Serawak


Actually kedai ni nyer Mee Kolok memang sedap dan kena dengan tekak. Sebab nak buat mee kolok ni perlukan kepakaran dan tak semua kedai tahu membuat mee kolok . Jadi nak cari yang halal memang payah sikit.. Antara kedai yang halal ialah


Alamat: 

Mee Sapi / Mee Kolok Haji Salleh
Sepinang Sari Cafe & Restaurant
Lot 206 G/F, Jalan Satok,
Section 11, Kuching,
93400 Sarawak
GPS Coordinates: N1 33.203 E110 20.186
Business hours: 5.30am-4pm (Wed – Mon) Closed on first 3 Tuesdays of the month
Mee Kolok In The Making
Photo Courtesy: Vkeong

Sepinang Sari Cafe & Restaurant
Photo Courtesy: Vkeong
Mungkin kami pergi hari Sabtu pagi jadi pelanggan memang terlampau ramai. Even nak dapatkan air dekat setengah jam, nak dapatkan mee kolok almost 45 minit. Jadi memang bawa bersabar je lah menanti Mee Kolok serta Teh C Peng kami.Bila dah sampai , apa lagi cepat-cepat kami makan  mee kolok ayam dan mee kolok daging yang sedap-sedap. Berbaloilah juga tunggu. Berbaloi ke?huhuhu
Mee Kolok  Ayam
 Mee Kolok Haji SallehKuching, Serawak

Nina and Along , focus kami makan
Mee Kolok together with Sambal Sarawak
Kuching, Serawak
Kuching, Serawak
Teh C Peng or Teh 3 Layer
Kuching Serawak

Total Makan: RM19.40
  1. Mee kolok ayam dan daging (3 Mangkuk)
  2. Teh C Peng (3 Cawan) 

Dah habis makan, apa lagi balik hotel untuk berehat. Muka masing-masing dah pening sebab tak cukup tidor.hhehe

11/14/13

Unplanned Journey to Kuching, Sarawak - Day 1 : My Best Friend's Wedding

Kalau korang perasan aku suka type Serawak as Sarawak. macam best je.. macam best je.. dah mengarut pula waktu type ni. Jom continue my travel trip to Kuching, Sarawak!

Dalam post sebelum ni , Unplanned Journey to Kuching, Sarawak - Day 1 : Kuching International Airport , Sarawak aku ada bagitahu antara sebab utama aku tiba-tiba sahaja beli flight ticket ke Kuching sebab menghadiri majlis kahwin kawan aku disana.
Jadi aku nak sediakan lah satu entry khas buat Pn. Latifa Adni dan En. Faiz ye..

Naik sahaja kereta MyVi yang kami sewa, cepat-cepat kami setup GPS .  GPS tu En. Ahmad bawa dari Semenanjung, sebab nak sewa dari owner tu mahal sangat. Sebenarnya, dalam flight kami semua still pakai jeans dan t-shirt je. Baju kurung and baju melayu tu, kami gantung pada hanger.. ehehhe.. Jadi dah sampai Kuching, ingat nak tukarlah baju dekat hotel yang kami dah buat reservation. Kami pun terus menghala ke Hotel Grand Supreme. Unfortunately, receptionist kata check-in pukul 12 dan kalau nak minta masuk early pun tak boleh sebab bilik tak kemas lagi.

Memandangkan waktu kami sampai hotel tu dalam 8 lbeh nak dekat pukul 9, jadi kami decide dalam perjalanan ke rumah Lat. Kami singgah mana-mana surau/ toilet petrol station. Nampak je Petronas kami terus singgah. Nsb baik toilet tu baru basuh, jadi dapatlah kami bersuka ria menukar baju kurung, sempat lagi tu cuci muka and makeup. Nama pun perempuan..ehehe.

Siap tukar baju and isi minyak kereta, kami gerak terus ke Rumah Pengantin di Area Jalan Demak.. Alhamdulillah, tepat pukul 10 pagi kami sampai di rumah pengantin. Terus bapa pengantin suruh kami duduk dahulu, sebab tengah ada bacaan doa selamat. Waa.. Happy dapat tahu mereka dah selamat bernikah.

Bila dah habis bacaan doa, dapat la kami bantai makan nasi minyak. .. lapar sangat, dah tak tahan. Mak cik sebelah kami tu tau kami bukan dari Serawak tapi lagi terkejut bila kami faham dia cakap apa dalam bahasa Sarawak ..ngee

"Kamek sik tahu klakar Sawak, tapi kamek faham apa kitak klakar" hehe.

Thanks to Family Lat and Faiz yang menjamu orang Semenanjung yang tengah kebulur, sampai lupa nak snap picture. wahahah.. Apa-apapun layankan gambar-gambar orang yang dah kekenyangan ni.hehe


Rombongan dari Semenanjung
UIA-ICT 09-13
Wedding Lat Kuching, Serawak 
Along bersama dengan rakan-rakanku
UIA-ICT 09-13
Wedding Lat Kuching, Serawak
Photo Courtesy: Suhaila
With the bride and groom
Wedding Lat Kuching, Serawak
Photo Courtesy: Suhaila

With the bride and groom
Wedding Lat Kuching, Serawak

Buat Latifa and Faiz:
"بَارَكَ اللهُ لَكَ ، وَبَارَكَ عَلَيْكَ ، وَجَمَعَ بَيْنَكُمَا فِي خَيْرٍ"
Selesai berphotoshoot bersama pengantin,kami pulang semula ke bandar Kuching. Tapi kami ada singgah satu tempat makan. Nak tahu mana? Bermula Food Hunting di Sarawak! Yeah.

p.s: Happy for both of you :)

11/11/13

Unplanned Journey to Kuching, Sarawak - Day 1 : Kuching International Airport , Sarawak

Dua Minggu Sebelum 

Semuanya berlaku secara tiba-tiba,tak dirancang dan tidak dijangka. Semuanya sebab aku dapat wedding invitation di Facebook dari kawan aku -Lat , untuk attend her wedding at Kuching Sarawak. 

Like i said in one of my post- "Delicious food at Muar", yang aku sangat merindui Kuching, Sarawak. First time naik flight pun aku ke Sarawak and last time aku menjejakkan kaki ke bumi Kenyalang ni,pada tahun 2009 .Menghadiri majlis cukur jambul adik sepupu aku yang baru lahir disana. Yup! Banyak benda aku rindu tentang Sarawak, antaranya makanan mereka yang lazat serta suasana dan masyarakat mereka disana. I missed it damn much!

Nampak je wedding invitation tu akan berlangsung lagi dua minggu. Cepat-cepat aku ajak along aku and en.ahmad beli ticket ke Kuching. Tengok flight MAS and Air Asia, lepas tolak budget and segalanya. Akhirnya kami beli flight ticket Air Asia! Seperti biasa kami ni kan pengguna tegar Air Asia .. budget trip.

Aku tahu , kalau amek cuti secara tiba-tiba nanti team project aku bising. Jadi trip ni weekend trips Sabtu dan Ahad. Maka, kami beli flight pagi-pagi buta, Sabtu  pukul 6.30pagi dan akan pulang hari Ahad, 8.30malam. Heheh. Jadi pagi Sabtu tu sempatlah kami sampai wedding Lat before 10am. Sebab majlis Lat dalam pukul 10pagi.

Well perancangan kami hanya :

  1. Sewa kereta :Sempat call banyak Syarikat Sewa Kereta, tapi nasib baik dengan bantuan best friend Aunty aku , Kak Ima dapat la special price.  Harga untuk kereta sewa MyVi ialah RM180 kira rate 1 and half day dari Jam 9 pagi (Sabtu) sampai 6 petang (Ahad) . Interested? Call Robin at 0168711213. ,.Kalau nak rate sama macam kami, klakar (cakap) bahasa Sarawak yeah.
  2. Reservation Hotel: Grand Supreme Hotel .Please , click the link for futher info. Nanti aku bagi review pasal hotel ni. High recommended untuk budget trip!


12 October 2013

Hari yang ditunggu telah tiba, macam biasa dari rumah aku naik bus Air Asia di KL Central menuju ke LCCT. Yelah pukul 4 pagi dah naik bus, bantai tidor dalam bus dengan nyenyak nyer. Sampai-sampai sahaja terus menuju ke Terminal Dalam Negeri sebab aku dah check-in di rumah 2 hari sebelum. Lagi pun, kami tak beli luggage pun, cuma dengan sebiji beg deuter dan beg tangan sahaja. Cukuplah untuk dua hari trip, bukannya pergi sebulan. hehhe

Sementara tunggu di Terminal Dalam Negeri, kami menunaikan solat Subuh sekejap, sebab flight pukul 6.30pagi. Entah macam mana, boleh pula  tersalah tengok gate. Deng! Nasib baik aku sedar, "Along kenapa flight dia AK5505? bukan AK5502?". Cepat-cepat Along tanya pegawai Air Asia, dia kata dah boarding but belum closing. First time in  our life, kejadian ni berlaku . hahha. Memang pengalamanlah  kami berlari kat situ, boleh pula flight ke Kuching yang paling hujung dan dah dekat dengan parking lot tepi highway tu . Exhausted kot waktu panjat tangga AirAsia tu! hehehe. Nasib kami bukan last passanger, ada lagi yang lambat. Fuh!


Sempat lagi En.Ahmad snap picture
LCCT Airport, Kuala Lumpur , Malaysia


Well dalam flight everything is smoothly. Cuma bila dah nak dekat sampai Kuching, flight terbang dengan lebih tinggi dan first time in my life aku kena syndrom sakit telinga sampai aku rasa gegendang telinga nak pecah. Serious sakit terlampau! Aku siap imagine, dah sampai nanti aku akan pekak dan akan keluar darah di gegendang telinga. Tapi tu sekadar imagination, Alhamdulillah tak de la darah-darah keluar, cuma aku pekak for temporary je la.. Nasib baik juga, akak aku bawak ubat sakit telinga sebab dulu di Surabaya dia kena benda yang sama. So, kalau tak nak sakit telinga tu ,sila-sila beli  dan bawa ubat telinga tu ye.


Photo Courtesy :  earnosethroatdoc
More info about the pain: Telinga Rasa Sakit


Kami sampai di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching , Sarawak. Selesai je urusan imigration, terus sahaja keluar dan call orang sewa kereta. Tak sampai 5 minit, mereka sampai dan menunggu kami di gate 2. Kereta yang kami sewa ialah MyVi dan macam mana kami gerak? Nasib baik En.Ahmad bawa GPS , jadi tak de kami sesat barat untuk ke Majlis pekahwinan Latifah Adni (Lat) dan Mohd Faiz! Our journey begins..


Excited gila aku type. wahahha
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...