Australia ~ Part 3
14.9.2010
Perjalanan kami pada hari ini ke Araluen. Taman bunga yang cantik, dan berada di pinggiran kaki bukit di Perth. Ini tempat wajib, coz di sini ada tanam banyak tulip dan bunga-bunga yang tak selalu berada di Malaysia. Yelah, nak pergi Kaunkenhoff,Holand jauh sangat. Dapat pergi ke Australia pun jadi la.Heheh.
Yang menarik, di Araluen nie anda boleh BBQ disinie,coz ada tempat BBQ yang di sediakan oleh pihak taman . Selain itu, ada train ride yang di sediakan kepada pengunjung untuk bersiar-siar di sekitar taman. heeheh. Tapi waktu amek picture jangan keluar kepala yer. Nanti mat salleh tu kata "Please stay inside the train!" Hehehe..
Di sini juga ada tempat pemeliharaan haiwan liar , seperti ular. Tapi dalam family aku nie dia orang takut dengan cik ular. Kami tak pergi ler. Cume menikmati keindahan alam. Huhu
Araluen, Perth
Atas: 3 dara pingitan
Bawah: Aiman (my brother) wif Adlisyad
Tepi: Dalam kedai di Araluen, kedai tu ada jual macam2 jem
Atas: Family potrait
Bawah: I love tulips! Tepi: Family pakcu
OTW, back ke rumah. Pakcu bawa kami singgah ke kedai ice cream. And tunjuk kawasan-kawasan perumahan di pinggir kaki bukit. Memang cantik, tapi jauh ler kawasan tu dari city. Selain itu, kat situ memang banyak kangaroo liar.
Atas: Ladang yang sedang bertukar warna, sebelah hijau (yg sikit) sebelah lagi warna ungu
Bawah: Yummy, ice cream strawberry. and Apple struddle
Balik kami singgah ke city sebentar. Melihat masjid Perth, cume tak dapat singgah coz susah juga nak dapat parking dekat Masjid Perth tu. Pakcu beli benda paling sedap. Apple Struddle. Yummy. Siapa2 dapat pergi ke sana. Tolong beli benda nie, kedai yang dekat dengan masjid Perth. Walaupun, agak mahal sedikit . Namun berbaloi makan satu family.
Lepas pulang dari araluen, kami singgah ke shopping complex yang berhampiran dengan rumah pakcu. Hehehe. Beli choclate katak! Oh, choclate tu bentuk katak, dah jadi kewajipan lak beli setiap kali orang ke Australia.
Kalau aktiviti malam di Perth nie cepat. Yelah maghrib pun cepat, pukul 10 pm jer mata dah mengantuk. Coz bangun kat sini pukul 5am. Malam selepas makan malam, tengok tv kejap.Then mesti tidor. Hehehe. Sejuk punya pasal. :)
15.9.2010
Hari ini kami ke Mandurah, Perth.Perjalanan melalui Freeway . Mandurah nie kawasan pantai. Jadi angin bertiup dengan kuat and rasa best jer. Huhu. Kat sini pakcu belanja kami makan fish and chip. Kedai fish and chip nie ada gak di Freemantle, cume nak cari parking di Freemantle agak susah. Then, di Mandurah agak murah sedikit berbanding di Freemantle.
Atas: My family di Mandurah
Bawah: Bagi makan kat burung, hehehe Tepi: Pantai di Mandurah ( along aku kata dah macam pantai dekat PLKN aku aje. memang sebijik pun. heheh)
Gaining weight session.Yummy.
Setelah selesai makan, kami melihat kawasan di sekitar Mandurah. Orang-orang di Mandurah nie kaya, coz depan porch letak kereta. Belakang porch letak kapal dia orang. Cume kawasan Mandurah nie agak panas, coz nanti waktu Summer suhu di sini boleh mececah sampai 40 degree celcius. Lagi panas dari Malaysia wei..
Malam tu, kami singgah lagi ke Rumah Aunty Murni and husband Pak cik Akob. Ada sedikit jamuan. Seperti biasa, Rumah Aunty Murni nie masak memang sedap. Banyak ler aku makan nasi ayam aunty. Hehehe. Tapi malam tu sejuk sangat. Berangin-angin pakai dua lapis.
Anak aunty murni yang comel sangat
Selepas makan di rumah Aunty murni. Kami pulang ke rumah :)
mm.. comel nye dak yg duk sblah chimney :)
ReplyDeletesiapa itu? hahaha
ReplyDeleteahmad's partner ke? haha
ReplyDeletehehehe... yup2.. :)
ReplyDelete