12/29/14

#PrayForQZ8501

Sedih. ya.


Credit : Australian Airlines News

12/16/14

DMZ Tour (Korean Demilitarized Zone) -Part 1:Winter Backpacking in South Korea Day 3

Hari kedua je ada 6 post..Omak! Sampai 6 post aku karang.. Patut tak boleh nak habis. ..Boleh baca dekat bawah ni kalau ketinggalan.. hehehe.. 
  1. Winter Backpacking in South Korea Day 2: Itaewon Mosque,Seoul
  2. Winter Backpacking in South Korea: Namdaemun Guest House, Seoul
  3. Gyeongbokgung Palace :Winter Backpacking in South Korea Day 2
  4. Bukchon Hanok Village (북촌한옥마을),Seoul :Winter Backpacking in South Korea Day
  5. Cheonggyecheon Stream 청계천:Winter Backpacking in South Korea Day 2
  6. Myeong-dong Shopping and Foods (Night Life):Winter Backpacking in South Korea Day 2

DMZ Tour, North Korea |misznina17
4 January 2014

Semalam balik dah agak lewat. Badan penat sebenarnya, tapi sebabkan semalam dah minta Mr. Bo tempah untuk DMZ Tour. Jadi nak tak nak kena bangun awal , sebab tour guide akan pick up around 7am.. Dah pasang alarm awal-awal kena turun pukul 7 pagi.  Bajet! Lupa nak bagitahu kalau tempah DMZ Tour ni, lagi ramai yang ikut .. Lagi murah.. Memandangkan kami ada 5 orang , per person lebih kurang KRW40,000/ KRW45 000.. 

Tapi sedar-sedar je dekat pukul 6.20am. Menjerit la masing-masing sebab dah ingat dalam kepala. Orang Korea ni very punctual sekali dia dah kata pukul 7 . Pukul 7 lah korang kena naik.. Cepat-cepat siapkan diri, solat dan pack-pack makanan untuk breakfast. 
Waktu winter ni faham-faham je la nak bersiap lama sikit, kena pakai dekat tiga lapis.. Karang tak pasal korang beku kesejukan.. 


DMZ Tour,South Korea |misznina17

Dalam 6.50 am, dengar orang dah bell front door Namdaemun Hostel.. nasib baik akak aku turun dulu.. Disebabkan akak aku tak reti buka door dia yang canggih, dapat la dalam 10 min kami turun, itu pun melompat dua tiga anak tangga..Nasib tak jatuh.. Hahaha.. 
Keluar-keluar.. Sejuk terasa di muka! Dah nama winter, sejuk sampai ke tulang. Tapi disebabkan Malaysia ni tak ada salji .. Tu je la sebab nya kami nak pergi winter. hahaha. Jakun!
DMZ Tour,South Korea |misznina17

Jadi pemandu kami hari ini ialah Mr. Han Kami menaiki kereta hyundai macam vellfire.. Aku lupa lahh jenama apa,tapi buatan Korea la kan..Sebelum bergerak , Mr. Han remind jangan lupa bawa passport sebab nak masuk ke kawasan DMZ kena bawak passport. Nanti ada passport checking.. 

 Dalam trip kami ada Daniella yang berasal dari Mexico tapi belajar di Beijing dan Yuan Ming berasal dari Taiwan dan bercuti di Korea.. Universal sangatt!! Daniella ni suka la kami bila duk cerita Rosalinda dengan dia.. Kami juga merupakan group yang paling lembab! Sebab selalu paling last naik bus.. hahah..


DMZ Tour, South Korea |misznina17
Perjalanan ke Imjingak Park.. Mengambil masa lebih kurang 30/45 minit sahaja. Memang dekat sangat dari Seoul nak ke Imjingak.. Refer map di bawah.. Tapi kami sekejap ke .. lama ke.. mesti mata terlelap..Tambah-tambah lagi dengan kekalutan pagi tadi. wahahah



Tiba di DMZ, bergelora nafsu tengok salji sebab nak main salji. Hehehe..Tapi please be careful yer, sebab ais dah mengeras menyebabkan jalan sangat licin. Kak Murni jatuh sampai lenses dia pecah. Nasib baik Mr. Bo ganti dengan lenses dia.. ahaks.. Rezeki terpijak..
DMZ Tour,South Korea |misznina17

Sampai je di area ImjingakMr. Han park kereta disini dan beli ticket untuk kami.. Selama 15 minit, kami berehat dulu di kawasan ni sebelum bergerak ke Third Infiltration Tunnel. Disini ada juga sedikana restaurant dan kawasan tandas.. Jadi dapatlah berehat-rehat..

DMZ Tour,South Korea |misznina17
Imjingak  (임진각),terletak 7 km dari kawasan Military Demarcation Line sekarang ia merupakan kawasan pelancongan yang dibina di kawasan Korean Conflit. Dibina pada tahun 1972 dengan harapan penggabungan antara South dan North ( jika boleh la kan). Terdapat 3 benda/aktiviti boleh dikunjungi sekitar Imjingak Park- Monumen ,Unification Park dan North Korea Center. 

Mangbaedan, bersebelahan dengan Imjingak adalah tempat yang famous di lawati oleh orang North Korea untuk perform ancestral rites by bowing toward their hometown setiap New Year dan Chuseok . Di Imjingak juga terdapat Bridge of Freedom, digunakan oleh orang South Korea di North untuk pulang semula ke South Korea.

 Source:VisitKorea

Nak ke muzium ni, semua pelancong dikehendaki menaiki bas yang disediakan . Jadi beramai-ramailah kami naik bas pelancong. 


Aku cerita first part dulu.. Nanti continue aktiviti apa kami buat ketika mengikuti DMZ Tour. Ramai mungkin tertanya kenapa kam semua nak ke sana? Disebabkan kami ni minat sejarah. Jadi tu enjoy je ikut DMZ Tour.. Selain itu, kalau nak tahu DMZ ni tak semua boleh pergi ye.. Sebab bila North Korea meng-gila .. Kawasan ni akan ditutup. Bila masa lagi kan nak tengok North Korea dari jarak dekat. Okay kami memang gila-gila .. tu sebabnye.. heheh


p,s: Kalau tak nak ikut travel agency, mungkin boleh try naik train (click here). Tak perlu ikut travel agency. Tapi aku tak pernah try lah kan. Sebab waktu aku pergi tu Dorasan station tak beroperasi lagi. Start operation 4 May...
p.s.s: Sebenarnya Panmunjom bukan di South Korea. Tapi North Korea. Maaf. Tempat kami berhenti namanya Imjingak.

12/11/14

Ups and Downs Journey -2013 & 2014

Sebenarnya aku nak share ni awal tahun 2014. Seperti biasa aku kan pemalas sedkit.. Jadi alang-alang dah nak akhir tahun. Kita share je la sekali 2013 dan 2014. warghhh.. 2 in 1 ..

2013 

14 January 2013

My final year project (FYP) presentation . Entah la, walaupun macam nak muntah everyday duduk dalam lab FYP. Fikir pasal code dan system, Alhamdulillah aku berjaya juga buat. Bersyukur sangat dapat result terbaik dari Madam.

Ehem sebenarnya aku masih berhutang lagi dengan Supervisor FYP aku. Patutnya kena upgarade and fixkan system tu lagi. Tapi dengan keadaan sekarang. Entah boleh ke tidak aku buat?? hahah. Ampun madam! :P

15 January 2013

1st Day of internship . Bayangkan sehari lepas present FYP, esok nya terus aku kena pergi Report Day untuk internship. Alhamdulillah, aku dapat tempat Internship yang membawa perubahan dalam kehidupan ini.

28 April 2013

Arwah wan (nenek) telah pergi menghadap ilahi. Sedih sangat, tak sempat nak ajak dia berjalan-jalan ke Bukit Tinggi.. Sedih sangat sebab dia tak ada waktu aku bertunang,kahwin dan tengok aku convo.. She closed with me and my husband also. Ok wan sebenarnya sayang En. Ahmad.. ahah.. i am glad dia sempat jumpa wan.. 

21 August 2013
1st day of working. Alhamdulillah dapat rezeki bekerja tanpa interview.. Dapat serap terus lepas internship. Alhamdulillah.. rezeki .... gembira sangat... Dapatlah simpan duit untuk  berjasa dekat mak bapa, kahwin, dan pergi travel. Sebab 2014 adalah tahun paling banyak sekali aku travel. Ok baru perasan.. hahah..

Oh bangunan jagung, dari jauh boleh nampak kamu. Kadang-kadang stress pula sebab nampak kamu dari rumah.. hahah

15 October 2013

Setelah beberapa tahun ber-chin-ta akhrinya pada Hari Raya Aidiladha kami diikat dengan tali pertunangan. Amboi kak, pergi university study ke ber-chin-ta? Hahaha. Alhamdulillah nasib baik result aku di tahap membanggakan. Kalau tidak mesti kena marah dengan mak bapa. 

Seriously tak ramai tahu aku bertunang. sebab tunang ni tak perlu lah dihebahkan. Majlis aku pun simple-simple je. Nasib baiklah ada Pak Andak and Along bertungkus-lumus pergi ke Kedai buat pelamin mini .. hahaha. Baju pun pakai baju pergi dinner. Simple!

Mana tak simple, sebab one day before Hari Raya Haji aku boleh lagi datang kerja.. Hari Sabtu Ahad sebelum tu pula aku dekat Sarawak, attend wedding kawan aku (Refer to this post).  Tak ke busy sangat namanya. Nasib baiklah bos aku bagi kebenaran balik separuh hari. Mak aku dah bising-bising sebab orang nak bertunang boleh selamba badak ada dekat Bangunan Jagung tu lagi.. hahahha.. Maaf ye mak! Workaholic sangat anak mak. 


17 November 2013

Hari ini merupakan ulang tahun ke-5 aku masuk ke University. 17 Nov 2008 adalah tarikh masuk ke CFS, IIUM. Yelah, aku ni jenis ketinggalan train sikit. Tu masuk lambat.. Tapi nasib baik aku masuk ke IIUM, Gombak sama dengan kawan-kawan yang lain. Kira tak ada lah aku terlepas station kan.. hehehe 

Betapa beruntungnya aku 17 November juga merupakan tarikh convocation aku.Alhamdulillah, perit jerih ,menangis dan ketawa ketika belajar. Akhrinya. pada 17 November 2013. Aku berbangga dapat bawa mak dan bapa aku to my graduation ceremony.

Terima Kasih En. Ahmad sebab sudi ambil post-convocation .. hehhee


2013 Penuh dengan peristiwa pahit dan manis. Apa-apa pun aku tetap bersyukur sebab Allah masih panjangkan umur aku untuk terus beribadah kepadanya Amin.. One step further to a new life..


2014

Well 2014.. Alhamdulillah tak ada peristiwa yang sedih-sedih berlaku,.. Cuma seminggu awal bulan puasa setiap ahli keluarga adik beradik mak aku.. Mesti ada seorang masuk hospital.. Bermula adik aku Harith masuk hospital sebab denggie waktu first week of Ramadhan..

Oh yeah. This year adalah tahun terakhir aku menyambut raya sebagai Single Ladies.. OMG! Ramai yang tanya aku .. Serious ke nak kahwin??? Sebab aku yang petite ni. Siapa nak percaya.. Macam budak sekolah lepas SPM sahaja.. hahaha

2014 Berjaya Menjejaki 5 Negara! Clap2... Pencapaian tak ada la tinggi. Berbanding orang lain.. Tapi ada satu negara yang tak pernah aku fikir dapat sampai.. Akhirnya berjaya juga aku jejaki.. heheheh.. 

January 2014 : South Korea
April 2014 : Japan
Jun 2014: Surabaya, Indonesia
September 2014: Krabi Thailand
November 2014: Singapore

Pelikkan sedangkan aku tengah plan nak kahwin.. Tapi aku boleh pula pergi negara kos tinggi. Well, sebenarnya bergantung pada kita .. Cara kita menyimpan duit dan menjadi cheapskate.. haha...

29 August 2014.


Akhirnya 29 August 2014 . Aku dan dia.. yer we get married! Alhamdulillah :)

30 August 2014.

Walimatulurus.. Kami buat sekali, senang kan.. Memandangkan dua2 duduk kl.. Jadi buat sekali tak le membazir.. Terima kasih untuk mereka yang dah membantu menjayakan majlis ni.. Tak tersebut, you know who you are.. Maaf kalau tak sempat nak menjemput.. Busyyyyyyyy...
So , sedikit sebanyak itulah kehidupan sepanjang 2013 dan 2014..

Apa cita-cita untuk next year??!! 
#KeEuropeKeKita
#IbadahUmrah
#Study

p.s: Doakan yang terbaik untuk aku.. amin. 
p.s.s: Aku post dulu, esok baru upload gambor. wahahha


12/2/14

Fernweh


Let the dictionary speak . hahah.


Aku malas sebenarnya. 
Malas nak tulis
Malas nak buat kerja
Malas.
Tapi kena buat semuanya
Ok berhenti jadi pemalas
Fernweh.

11/17/14

Myeong-dong Shopping and Foods (Night Life):Winter Backpacking in South Korea Day 2

Waaa.. Night life kau! Sound so creepy je , macam ada buat benda tak elok.. hahha.. Just kidding.. Aku tengah merepek buat pengetahuan anda semua.. 

Myung Dong, Seoul, South Korea
Siapa nak ke Seoul mesti tahu Myeong-dong .. Tempat yang banyak jual barang kecantikkan, ada more than 20 shops (plus -plus)  sold cosmetics items at Myeong-dong. Ada pelbagai kedai menjual baju , branded boutique and macam-macam la. Tapi Myeong-dong ni tempat mahal berbanding Namdaemun Market 남대문시장. Kalau nak beli kat Myeong-dong barang-barang branded memang dekat sini lah. Tapi kalau nak murah better pergi Namdaemun Market 남대문시장. Tak jauh pun berjalan..dekat je dalam 5 minit ..5 minit gaya orang Korea. hahaha
Myung Dong, Seoul, South Korea

Kembali semula ke Myeong-dont. Tempat pertama kami cari ialah restaurant! Perut dah berbunyi Opera Cina .. Jadi dengan berpandukan ingatn kami pada blog Kak Kiah.. Terima kasih kak kiah.. berjasa sangat kat kami ni.. Kami mencari restaurant Yukaney Yoogane. Rasanya, restaurant ni dah famous sangat di kalangan blogger Malaysia yang melancong ke Korea. Tapi jangan cari logo halal Jakim.. Tak jumpa ye.. 



Yoogane,Seoul, South Korea
Aku berani sikit makan kat Korea ni sebab dia orang tak suka campurkan masakkan dengan arak. Jadi berani jelah nak makan. Seperti biasa,kami Order Nasi Goreng Seafood . Selamat. Sempat lagi aku tunjukkan dekat Oppa Waiter bawah ni itinerary tulisan korea (Hangul) yang kami amek tu.. hehe.. Refer bawah ni ye kalau nak guna.
Credit to MuslimBackpackers and Budgettravel2korea 
Ramai tak tahu sebenarnya dekat sini boleh amek side dish-sayur-sayuran secara FREE!! Yes for Free!Sesiapa penggemar sayur-sayuran segar/kimchi jangan lupa ambil . Nampak ada rak besi belakang kami tu? Tu lah tempat nak ambil side dish.. The good thing about korea.. Mereka tak kedekut, selalu bagi air freee. side dish boleh tambah..wahahahha. jimat duit.. 
Yoogane,Seoul, South Korea

Badan dah kenyang.. Hati senang. round-round sekita Myeong-dong. Lepas tu kami balik dan rehatkan diri.. Sebab esok kita nak pergi jauh sikit.. Pergi mana? Tunggu. 

Myung Dong, Seoul, South Korea

10/31/14

Cheonggyecheon Stream 청계천:Winter Backpacking in South Korea Day 2


Sepatutnya kami ke Gwanghwamun Gate (광화문) tapi sebab mengingatkan Gwanghwamun Gate tu near by our hostel area. Jadi kami tukar plan ke Cheonggyecheon Stream.. Sebenarnya nak ke sungai ni tak susah.. Banyak train station sepanjang area sungai ni. Sila rujuk peta di bawah. Cuma, yang tak seronok nyer nak kena berjalan kaki jauh. Haha.
Cheonggyecheon Stream during Winter
Salah pilih train station jadi macam kami, kena jalan jauh... Nasib la orang-orang korea ni baik. Bila aku tunjuk itinerary aku yang ada bahasa korea. Terus dia tunjuk jalan straight lagi. kami andai kan aje jalan straight. Kalau tak memang macam ayam dengan itik je la bercakap. Hahahha


Nearest Train Station to Cheonggyecheon Stream

Dibawah ni pula antara pilihan subway station terdekat dengan Cheongyecheon Stream oleh Visit Korea website:

[Subway]
  1. City Hall, Jonggak, Jongno 3-ga, Jongno 5-ga, Dongdaemun, Sinseol-dong (Seoul Subway Line 1)
  2. City Hall, Euljiro 1-ga, Euljiro 3-ga, Euljiro 4-ga, Sindang, Sangwangsimni (Seoul Subway Line 2)
  3. Jongno 3-ga (Seoul Subway Line 1, 3 and 5)
  4. Dongdaemun History & Culture Park (Seoul Subway Line 4)
  5. Gwanghwamun (Seoul Subway Line 5)

Okay cut the story of subway station. Tujuan kami ke sini , memang nak menikmati keindahan sungai pada musim winter. Kalau dah buat banyak research,mesti tahu sungai ini pada asalnya dah tak wujud. Tapi disebabkan mereka rakyat korea begitu perihatin dengan alam semulajadi. Maka mereka buat semula Cheonggyecheon Stream.


Until it was restored in 2005, Cheonggyecheon Stream existed only as a neglected watercourse hidden by an overpass. Today, it has been transformed into a haven of natural beauty amidst the bustle of city life. 

Narae Bridge, expressing a butterfly in flight, and Gwanggyo Bridge, symbolizing the harmony of the past and future, are just two of the more than twenty beautiful bridges that cross the stream. The ‘Rhythmic Wall Stream’, lined with fine marble, sculptures, and Korea’s 8th stone building, Palseokdam, adorn the Cheonggyecheon Stream. 

Cheonggyecheon Stream passes close to Deoksugung Palace, Seoul Plaza, the Sejong Center, Insa-dong Street, Changdeokgung Palace, and Changgyeonggung Palace, allowing visitors to easily visit major tourist sites after a leisurely stroll along the stream. 

Cheonggyecheon Stream 
Tapi janganlah anda harapkan ada festival lantern pada musim sejuk ni. Tak ada siapa pun datang nak lalu tepi sungai ni. Nasib baik la sungai tak beku. huhuh. In fact, yang ada cuma rumput-rumput kering pada musim luruh je. Jadi layan je lah ye gambar kami di bawah.

Cheonggyecheon Stream 

Sekejap sahaja kami disini,cuma sekadar nak lepaskan lelah kepenatan. Sambil duduk-duduk minum kami melihat air sungai mengalir. Sungguh menenagkan .. Dah hilang penat, kami teruskan perjalanan. Next!!! Shopping dan makan. oiiitt dah lapar sangat ni. Last sekali makan ahjumma punya baked egg near by Bukchon Hanok Village. 

Cheonggyecheon Stream during Winter 

10/30/14

Bukchon Hanok Village (북촌한옥마을),Seoul :Winter Backpacking in South Korea Day 2

Bila di Korea ni, semua benda aku kena google lebih sebab takut masalah bahasa. Non of us is K-POP fans. Jadi don;t expect us to speak their language la. Jadi awal-awal kami prepare itinerary sebab tak nak sesat and penat. Bila penat , kita tak happy. wahahha.. Mengarut sudah.



**********************************

Ni tempat ketiga kami singgah setelah sampai Seoul. Jadi macam mana nak ke Bukchon Hanok Village? Tempat ni memang sangat cantik, tapi berbukit-bukit laa.. Memang turun 10 kg aku dekat sini. ahaks!
Bukchon Hanok Village (북촌한옥마을),Seoul 
By Subway:
Anguk Station (Seoul Subway Line 3), Exit 2.
Go straight for about 300m to arrive at Bukchon Hanok Village.

Pengsan jalan 300m macam dekat 1km je jalan. Mula-mula tu tertanya-tanya juga mana dah kita jalan. Nampak je sign-board bawah ni. Happy dah! Walaupun tahu jauh lagi nak sampai.. hahha
Bukchon Hanok Village (북촌한옥마을),Seoul 

Surrounded by Gyeongbokgung Palace, Changdeokgung Palace and Jongmyo Shrine, Bukchon Hanok Village is home to hundreds of traditional houses called 'hanok' that date back to the Joseon Dynasty. The name, 'Bukchon,' which literally translates to 'northern village,' came about as the neighborhoods that the village covers lie to the north of the two significant Seoul landmarks, Cheonggyecheon Stream and Jongno. Today, many of these hanoks operate as cultural centers, guesthouses, restaurants and tea houses, providing an opportunity to experience, learn and immerse in Korean traditional culture. 
Credit: Namsan Guest House

Dalam perjalanan, nampak bangunan Korean Center On Gambling Problems. Hehe. Kepada kaki judi , boleh lah datang sini ye. Masalah judi memang jadi masalah terbesar .. Tapi takat ni, aku tak pernah nampak lak pengemis kat sini. Cuma dekat Busan pernah nampak waktu malam. Kesian sangat, sebab waktu tu Winter and suhu boleh sampai negatif. 
Korean Center On Gambling Problems 
Apa je la kami berlima ni buat dekat Bukchon Hanok Village, tengok pemandangan rumah .. Dah bosan tengok orang buat arak.. Kami jalan lagi ke hadapan , menikmati keindahan rumah-rumah lama. Haiyo! Cantik sangat....
Bukchon Hanok Village (북촌한옥마을),Seoul 
 Waktu kami ambil gambar di bawah ni, ada aunty from Japan kata kami "kawaii!!" Yup, japan tak de la pandang pelik sangat untuk kami yang bertudung ni. Tapi kalau korean pandang, macam nak makan pun ada. hahaha
Bukchon Hanok Village (북촌한옥마을),Seoul 

Nak berjalan ke arah train station ,kami saje je amek jalan lain. Hahaha. Basically tak membosankan bandar Seoul ni sebab ada sahaja arts street untuk ambil gambar. 


Street Arts, Seoul

Street Arts, Seoul

Seperti biasa , kita makan dulu street food musim winter - Gyeranppang (계란빵). Yummy!! Should try bila winter. Sebab setiap musim , ada berbeza-beza street food yang dijual
Apa yang ada dalam gyeranppang?The sweet bread batter is poured into a baking mould, an egg is cracked on top (or bottom), with a touch of salt, and voila! You have egg bread.
Ahjumma!
Rasa dia manis-manis , lemak-lemak dan sedap. Tambah lagi rasa telur dan roti di gabungkan. Makan waktu masih panas memang best sangat.. Kalau sesiapa pergi, musim winter please bagitahu.. Nak kirim ni. hehehe

Source

 
Kami tengok hari masih terang lagi. Memandangkan kami nak pulang semula ke Hostel di Nandaemun area, jadi kami singgah dahulu ke satu sungai yang terkenal di Korea. Hehhehe. Tunggu next entry ye..!

Gyeongbokgung Palace :Winter Backpacking in South Korea Day 2

Ini cerita awal tahun, tapi disambung pada pertengahan tahun and end of year. Yup, patut habiskan semua cerita ini. Atau simpan sedikit? Tanggungjawab pun dah bertambah. Life change 360 degree. Need to be matured! Dah tak boleh hidup macam budak umur 17 tahun. hahaha. Yeah, its so hard to find a real definitions of maturity. 

Sudah.. sudah.. Aku rasa aku perlu siapkan post South Korea ni! hehhe.


*********************


3 January 2014 (Petang)

Setelah berehat sebentar dalam 2/3 jam. Sempat solat dan makan branch . Buka tentative plan kami. Cadangan, petang ni plan ke Gyeongbokgung Palace, Bukchon Hanok Village and Gwanghwamun Gate.. Tapi kami cuma berjaya ke dua tempat sahaja Gyeongbokgung Palace and Bukchon Hanok Village.. Mungkin sebab dah penat and waktu siang lebih pendek.. Jadi kami nak cepat balik Guest House untuk tidor.. wahahhaha.
.
Kami punya tentative senang sahaja....  Asalkan kami dapat singgah satu istana cukup la.. Tak payah sampai 100 istana dekat Korea nak singgah... Wahaha.

How to go to Gyeongbokgung Palace?

There are two choice to go there.

  1. Gyeongbokgung Station (Line 3- Exit 5)
  2. Gwanghwamun Station (Line 5- Exit 2)
Admission Fees : 
-Adults (ages 19-64) : 3000 won


Kalau nak senang turun dekat Gyeongbokgung Station, sebab keluar-keluar je dari train station dah boleh nampak Gyeongbokgung Palace. Jadi tak perlulah korang nak jalan kaki sampai 2/3 km ke sana.. Aku tahu azab naik dan turun tangga di Subway Korea ni.

Keluar dari station nampak dah istana.

Jadi apa jelah kami buat disini?

Sampai-sampai sahaja, baru nak start upacara panglima. Tak ingat apa nama upacara tu.Jadi kami melayan je lah aksi panglima korea. Dengan bunyi gendang yang kuat, dan aksi dari masuk sampailah mereka keluar ke gate istana.
Gyeongbokgung Palace Guard , Seoul, South Korea 

Dah keluar tu kami ambil peluang bergambar dengan panglima-panglima istana. Tinggi mak aihhh macam pakai kasut tinggi pula mereka ni.
Gyeongbokgung Palace Guard , Seoul, South Korea 

Macam aku cakap awal-awal, memandangkan kami ni memang nak singgah satu sahaja istana. Jadi kenalah juga masuk ke dalam istana. Charge dikenakan 3000won per person. Dekat korea ni kami semua kira , cheapskate sangattt! 
Gyeongbokgung Palace , Seoul, South Korea 

Jadi aktiviti kami dalam istana bergambar- bergambar dan bergambar.. Apa yang aku dapat rumuskan, ciri-ciri istana/kuil di Korea dan Jepun banyak persamaan. .. amboi ayat !!! Istana/kuil di Jepun dan Korea ada sedikit persamaan pada corak bunga di tiang bumbung mereka... 
Gyeongbokgung Palace , Seoul, South Korea 


Jom kita lihat corak-corak bunga mereka.. Lihat jelah aksi kami bersama tasik beku, wajah tahan sejuk dan muka penat. hehehe. Bila minta pak guard ambil gambar ada je aksi kami. as usual haha
Gyeongbokgung Palace , Seoul, South Korea 
Gyeongbokgung Palace , Seoul, South Korea 


Sebenrnya dah tak tahan kesejukkan petang tu. Jadi sebelum matahari terbenam, baik kami bergerak ke satu tempat yang dituju iaitu Bukchon Hanok Village. heehehe.. Tunggu ya untuk next post ye.


Aku tahu dah berabad aku tak type dekat sini. Maaf ye!

8/21/14

Away.

Aku tahu dah lama aku tak update blog. Banyak cerita, tapi memang tak sempat .. Setiap minggu busy itu ini. Berapa bulan tak update. Ok gelakkan diri sendiri. Dengan kerja office dan project timeline yang sangat tight tu .. Jangan harap aku boleh meggedik update blog. Nehieeee bete!

Apa-apapun doakan yang terbaik untuk aku. Allah knows better than us ! :)





6/4/14

Travel Lagi?

Update laju-laju. Doakan esok boleh sampai dengan selamat. Hehehe. Flight pukul 8 malams, boleh lagi pergi kerja pagi tu. hehe





Cerita Bertangguh

  1. Korea : Busan - Seoul -Busan
  2. Japan: Osaka-Tokyo -Kyoto- Kobe -Osaka
  3. Indonesia : Jakarat (Lagi 2 Episode)

5/26/14

Busy Lazy Nina

Moga diberi kekuatan untuk update semua cerita-cerita di negara matahari terbit ini
Sekarang memang totally busy :(


Photo Courtesy My Sister

4/28/14

Need opinion!

Apa korang buat, tiba-tiba ada manusia kurang bijak . Buatkan tiba-tiba korang terdrag sekali dengan kerja mereka. Then, kena assists lak dia nnyer kerja. Sehingga menyebabkan kemungkinan besar anda punya cuti bakal tidak diluluskan.

A: Bunuh manusia kurang bijak
B: Merayu dekat bos? Since dia yang approve, tapi kena bincang dengan Project Manager
C: Merayu dengan Project Manager .
D: Terima . redho . tabah?


I need opinion, since this is my first year of working. It's been hard for me this time. 
Last two weeks my PM approve verbally, and i already start push my boss approve the leave. But rite now, the adhoc things causes everything become miserable.


P.s: sila abaikan post ini, nasib baik last minute bos aku bagi pergi. terkial2 aku pack barang pergi negara Matahari Terbit. hahaha

4/18/14

Winter Backpacking in South Korea: Namdaemun Guest House, Seoul

Dari Itaewon Mosque kami cepat-cepat gerak sebab dah cakap dengan Manager Namdaemun Guest House untuk check in pukul 9 pagi. Kami memilih guest house ni sebab memang dah banyak orang review pasal Guest House ni kiranya memang sangat selesa. 

  1. Take Seoul Subway Line 4 and get off at Hoehyeon  Station (Exit 1). 
  2. At Y- Junction take the right road : Toegye-ro-8-gil
  3. Walk straight, at T-Junction turn left and you can see signboard Namdaemun Guest House, Seoul
Map to Namdaemun Guest House from Exit 1, Hoehyeon Station.
Click for large image
Seoul, South Korea 2014
Sebenarnya dalam website Namdaemun ni suruh kita turun Exit 2. Tapi aku tengok macam susah je jalan dia and complicated. Tu aku tulis exit 1. Jadi bergantung la pada korang nak pilih jalan mana. Asalakan sampai dengan selamat. Gambar map aku memang tak cantik dan tak melambangkan langsung student sc comp. ahhaha. Asal korang faham sudah lah ye :D

Mula-mula tu macam clueless juga la sebab turun exit 2 tapi refer balik map dalam itinerary yang aku dah buat. Kami ambil jalan exit 1. Jaln Toegye-ro-8-gil ni berbukit juga la. Nasib pagi sampai tu kami tak bawa beg, tinggalkan di Seoul Station. Jadi tak de la rasa terbeban sangat. ehhehe

Alhamdulillah kami sampai lebih kurang pukul 8.40 pagi. Sampai-sampai tak ada orang, tekan loceng pun tak ada. Jadi kami decide Kak Fiza stay dan masuk dulu bilik untuk check-in. Kami ni patah balik ke Seoul Station untuk ambil beg ninja turtle tu. huhu.

Sampai-sampai je tengok kak fiza stay lagi situ. Dia kata 5 minit je kita orang keluar, manager tu baru keluar dari pantry. Memang sharp pukul 9 pagi dia depan kaunter. 

So apa kelebihan Namdaemun Guest House?

Memandangkan kami stay musim winter. Jadi heater dalam Guest House ni memang panas dan sedap. Sampai satu tahap aku buka tingkap bilik sebab rasa sesak nafas. Sehingga menyebabkan akak aku pula mengigil kesejukkan. wahahha. gila kejam aku!

Triple Room- Nina, Kak Syam and Along
Source: Namdaemun Guest House

Disebabkan kami ni 5 orang , jadi kami tempah dua bilik. Alaaa.. bilik kami berdepan je di tingkat 2. BTW, di Korea rate untuk bilik di kira mengikut orang berkadar langsung dengan harga bilik. Jadi tak boleh main sumbat-sumbat orang dalam satu bilik ye.. Nehieee..
For the price, nanti aku update balik. Aku baru perasan, tak ada satu picture pun kami ambil dekat sini. Sebab sampai bilik je terus baring dan lelap mata. hahaha. Tak perlu nak risau, macam mana dekat website dia tunjuk bilik .. sama juga dengan keadaan sebenar. 
Double Room - Kak Fiza and Kak Murni
Source: Namdaemun Guest House
Roti, air jus, teh, kopi , gula memang disediakan secara free. Kami berlima jugalah tukang menghabiskan juice orange dan roti dalam pantry dia. wahaha. Tiap-tiap pagi sebelum kami bertolak mesti bawak roti untuk bekal sepanjang perjalanan kami. Bekal itu wajib!
Tak bawa maggie dan segala jenis food halal? Ada satu rak untuk makanan halal. Jadi kalau korang lapar. Rajin-rajin je la masak. Hari-hari kami masak kat sini.
Dapur Berjasa
Source: Namdaemun Guest House

Washer machine dia memang terbaik la kan. Dah la free, siap boleh dry cleaning lagi. Hari last day check out ,waktu pagi lepas solat subuh kami basuh baju. Wangi je baju kami bila sampai Busan . Mula-mula tak reti juga aku nak operate washer machine nie tapi main pakai tekan je, nasib ada bahasa Inggeris kat tulisan-tulisan button.hehe
Washer Machine Berjasa
Source: Namdaemun Guest House

Tak bawak telekung? Jangan risau Namdaemun Guest House turut menyediakan alat kelengkapan solat. Jangan pula gatal-gatal nak tinggalkan solat. Menggedik sungguh namanya itu!
Tak sempat nak berfoya disini sebab sejuk
Source: Namdaemun Guest House
Sedikit sebanyak aku memang sangat puas hati dengan Namdaemun Guest House ni. Manager dia Mr Bo pun sangat baik. Sebab apa aku kata baik? 

Kak Murni punya filter lens camera dah pecah. Waktu dia tunggu depan counter, Mr Bo tanya apsal camera dia nampak macam retak. Kak Murni bagitahu la yang dia terjatuh dan filter tu retak. Terus Mr. Bo bukakan filter camera Kak Murni and ganti filter camera Sony dia. Nasib baik muat dan boleh pakai. Kak Murni pun terkejut juga dengan tindakan refleks Mr Bo Tapi dengan selamba Mr.Bo  jawab " It's ok just take it, i already use that camera filter for so long. Need to change it".

Dalam hati kami, masih ada lagi orang sebaik ini di muka bumi Allah. Tak minta satu sen pun. Terkejut tak? Kami pun ternganga bila dengar cerita kak Murni and Kak Fiza.

Alhamdulillah berjumpa dengan orang yang baik-baik di Korea

4/11/14

Winter Backpacking in South Korea Day 2: Itaewon Mosque,Seoul

Lama aku tak menaip disini, bukan apa setelah kejadian MH370 mood hampir turun. Kita ni selalu naik kapal terbang, jadi bila kejadian seperti ini berlaku membuatkan aku lebih banyak bermuhasabah diri.Hanya Allah sahaja yang mengetahui hikmah di sebalik kejadian ini semua.. 
************

3 January 2014

Alhamdulillah kami telah sampai di bumi Seoul pada pukul 4.40 pagi . Subuh masih belum masuk lagi, sempat kami makan early breakfast  dah macam bersahur pula di Loterria. Seperti biasa order Wild Shrimp Burger . Kalau burger sahaja 3000Won/1 burger. 

Dah kenyang perut dan selesai aktiviti-aktiviti waktu pagi.. Kami mengangkut semua beg-beg ninja turtle dan simpan dalam locker.Senang sikit nak bergerak subuh-subuh ni cari masjid Itaewon .Locker besar harganya 3000Won boleh letak beg pack 3 biji size kami. Brapa liter nanti aku confirmkan semula.  Jadi senang sikit la nak recce jalan lepas ke solat  ke Guest House yang kami tempah, sebab dan berjanji dengan Manager Guest House nak datang pukul 9 pagi.


Maka kami naik la train pagi-pagi subuh dengan muka sepuluh sen untuk ke Itaewon Mosque. Cara untuk ke Itaewon Mosque:

  1. Take Seoul Subway Line 6 and get off at Itaewon Station (Exit 3). 
  2. Go straight and you will find Itaewon Fire Station. 
  3. Turn right and go uphill about 100 meters. At the three-way intersection, turn left and walk about 200 meters.


Itaewon Mosque, South Korea 2014


Tapi dari jauh memang boleh nampak Masjid tu,sebab berada di atas bukit .. Disebabkan kami ke masjid ni lebih kurang pukul 6 pagi. Jadi keadan masih gelap, dan tak ramai orang.. Siap nampak perempuan tengah hanging muntah tepi jalan. Nasib la dia tak kacau. Penat juga pagi tu sebab nak sampai ke Masjid Itaewon kena mendaki.Tapi tak pe la, janji kita ada tempat berteduh dan boleh solat subuh :)

Alhamdulillah, sampai-sampai je ada terserempak denga Couple Indonesia. Mula-mula saje je lah aku cakap dalam English. Entah aku dengan sound macam payah, terus aku cakap "Bisa ngomong deh!" Dia jawab "Capek deh harus ngomong dalam Bahasa Inggeris"...Dia orang sempat bagitahu Subuh masih ada lagi.Thanks to Hamba Allah lagi sorang, tunjukkan kami jalan ke tempat solat perempuan. Tapi imagine, dalam keadaan subuh yang sejuk dan suhu yang negatif. Mengigil aku pagi tu ambil whuduk kat luar, nasib baik ada dua pili air panas. 

Waktu kami solat, ada seorang wanita Korea bernama Amirah sudi share heater dengan kami. Tenang je hati tengok dia baca quran depan heater. Bila dia berbicara lembutnya bahasa, kami ni yang suara macam nak kasi satu masjid dengar. hehehe.


Hilang penat kami, kami teruskan perjalanan untuk ke Guest House. Sebelum tu sempat juga menikmati sunrise pertama kami di bumi Korea :) Alhamdulillah.


Sunrise
Itaewon Mosque, South Korea 2014
Sepanjang Itaewon Mosque ni memang banyak muslim restaurant. Tapi kalau dah datang subuh sepiee memang tak buka lah kan.. hehehe. Jadi kalau rasa nak datang makan lunch boleh la ke area Itaewon Mosque .
Grouping Picture Kesejukkan
Itaewon Mosque, South Korea 2014
Aku perasan trip aku memang berbeza kali ini, dari awal kami mahu kejar subuh bila sampai di Seoul atau Busan. Alhamdulillah sepanjang kami di sana , ramai yang ingin membantu. Sudi memberi pertolongan. Sememangnya benar 
"Aku dekat , Engkau dekat. Aku jauh ,Engkau Jauh"
 Bersyukur ya Allah :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...