Phad Khrapao Kai atau Pakapau Ayam


Source :Google

Phad Khrapau ni memang sangat famous dikalangan budak UIA. Mana tak nya, banyak kedai thailand area UIA gombak ni. Budak-budak Melayu dengar pakapau, jadi waktu order cakap nak pakapau. Sebenarnya, bukan pakapau tapi PHAD -KHRA- PAO- KAI.Phad dalam bahasa thailand means goreng, khrapau pula adalah daun pudina, kai pula ayam. Jadi ayam goreng dengan pudina .

Waktu aku dekat Thailand, sempat juga order nasi Phad Khrapao sedap wei.!Thanx to my friend Sofiah (Thailand Student) dia yang ajar cara nak masak Phad Khrapau niSenang rupanya, korang boleh masak less than 15minit. Bagi yang tak tahu Phad Khrapao tu apa? Jom aku tunjukkan step-by-step to cook Phad Khrapao.


Bahan-Bahan

  1. Telur -mengikut bilangan orang yang nak makan.
  2. Daun pudina  Maaf sebenarnya daun kemangi
  3. Ayam yang dipotong dadu. Nak tukar dengan daging pun boleh.
  4. Bawang putih
  5. Kacang panjang dipotong kecil.
  6. Cili padi dipotong kecil
  7. Sedikit kicap 
  8. Kicap ikan (optional )
  9. Garam 
Note: Kalau nak tambah kacang panjang, or sayur pun boleh

Langkah-langkah 

STEP 1: Goreng telur mata kerbau.Sesudah menggoreng letakkan ke tepi. Phad khrapau akan dimakan bersama telur mata.

Telur mata kerbau. Picture by Far

STEP 2: Tumis bawang putih . Orang thailand lebih gemar menggunakan bawang putih berbanding bawang merah. Itu sebabnya, untuk masak makanan thailand, kurang penggunanan bawang merah. Tapi kalau nak renovate resepi dan tambah bawang merah pun boleh.. Tak ada masalah.
Tumis bawang putih.Picture by Far
STEP 3: Masukkan ayam yang dicincang dadu. Kacau sehingga masak.


Ayam yang  masak.Picture by Far

STEP 4: Masukkan daun pudina, cili api (mengikut rasa), kacang panjang, sedikit kicap, kicap ikan dan garam. Biarkan seketika sehingga masak. Tidak perlu tambah air kerana, ayam yang dimasak akan mengeluarkan air.. Kalau tak jumpa daun pudina, daun sup pun boleh letak.



Masukkan kesemua bahan.Picture by Far
STEP 5: PHAD KHRAPAO siap untuk dihidang. Makan dengan nasi putih bersama telur mata. Yummy!
Phad Khrapao Khai  .Picture by Far
p.s: tetiba aku bosan buat itinerary travel , tu update pasal masak-masak. Resepi ni aku dan course mate masak waktu bulan ramadhan hari itu. Terima kasih kepada Nadila, Kak Sal, Far dan Sofiah. hehehe. Nanti kita masak lagi. Ada lagi satu resepi dari thailand nak tulis untuk anda semua.. hehe

Comments

  1. wah first time dgr nama makanan ni..tpi mesti cuba ni..nmpk sedap :)

    ReplyDelete
  2. @Lang Radzlan: sila..sila cuba. makanan yang didatangkan khas dari thailand

    ReplyDelete
  3. Salam sis Nina:) thank you so much share resipi ni! mmg rindu gila nak makan "nasi pakapau" teknik hehehe. have a good day!

    ReplyDelete
  4. Sorry kak. Pakapau ni lagi sedap kalau pakai daun selasih (basil leaves). Baru naik rasa

    ReplyDelete
  5. First time cuba2 makan nasi pakapau ni kat restoran thai kat alor gajah melaka. Terus jatuh cinta ngan nasi ni. Sekali makan memang nak lagi... thanks nina for this great resepi. Ops, daun kemangi juga ialah daun selasih...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts