5/26/16

Habuk 2

Assalamualaikum


Tetiba aku buka blog ni, and ternampak posting aku zaman dahulu kala... pada zaman dahulu (nyanyi sikit).. Tajuk post tu Habuk.. Oh aku malas nak letak link .. Kalau korang rajin, jumpa la ayat aku yang tah pa pe tu.. Kalau tak rajin. tak pe duk diam.. diam.. meh baca balik Habuk 2.


Heheh. Macam novel pula tajuk post aku..ni .. ok dah start dah merapu..
Wah i feel a live back, after few month tak menulis dan merangka ayat disini..
Sekadar update.

Alhamdulillah , Adelea dah nak masuk 6 months old. Alhamdulillah sihat dan membesar dengan jayanya. Things get easy and i start feel comfortable being a mother. But still need to learn a lots of things! I call my self as a junior mother.. :)

Alhamdulillah.. life get better, Allah makbulkan doa dapat balik kerja awal. Spend time with family awal.. Kalau tak sebelum ni matahari belum terbit dah g kerja, balik matahari dah terbenam.. Semuanya sebab masalah kesesakan lalu lintas.. Tapi sekarang ni dah dapat avoid all those things..


Alhamdulillah.. Alhamdulillah and Alhamdulillah.Another 3 months for our 2nd Anniversary Ahmad!May Allah strengthen our love until jannah. Amin


Update pasal nak travel, dah setahun aku tak naik kapal terbang since i know i get pregnant.and having a baby .. Memang aku decide after 6 months baru dia boleh fly , so dia dah kuat sikit and her immune pun dah kuat.. Wish us luck dapat bawak little traveler travel nanti. InsyaAllah..



Gambate!

Opps.. Cerita Japan, Krabi , Pekan Baru... Bila nak update? heheh

2/18/16

Little Explorer

Salam All,

Apologies sebab dah 3 bulan senyap Jadi apa sebab sampai 3 bulan tak tulis apa-apa? 
A little explorer telah selamat dilahirkan pada 5 Disember 2015. Alhamdulillah.. all praised to Allah.. 

Doakan little explorer - Nur Adelea Humaira sentiasa sihat dan berjaya dunia akhirat.. amin


Credit Photo: Seth Akmal

10/5/15

Kon'nichiwa Osaka Museum Of Housing and Living, Japan - Backpacking Day1

Assalamualaikum...

Sebenarnya previous post tu lebih kepada mencari mood.. wahhaa. sebab tengah nak ingat balik aku punya perjalanan trip di Japan.. Trip tak lama kalau tolak waktu pergi dan balik kami cuma ada 6 hari je untuk spent time di Japan.. Kami bertolak pada 30 April 2014 dan pulang pada 6 May 2014 , tapi banyak tempat kami singgah macam dekat Korea.. 

Fyi kami naik MAS dan flight kami menuju ke Osaka sebab anak tante belajar di Osaka.  Alhamdulilla hperjalanan ke Osaka smooth, siap dilayan berlebihan dari Abang Koki kerana kami je malaysian dalam flight tu..Yer steward tu nama dia Koki, aku kurang pasti sama ada nama sebenar atau samaran..Tapi aku harap dia baik-baik sahaja sekarang. .. Actually, kalau korang notice hari yang aku pergi ke Japan ni dah nak masuk 2 bulan kejadian MH370. Jadi kami dapat rasa feeling sedih tu.. Now dah almost one year plus kehilangan MH30. Still hope for the best!

Macam biasa kalau dah naik MAS, mesti la peluang merasa pelbagai makanan dan layanan kelas A padahal duduk economy je.. Aku tak kisah sangat sebab dah biasa naik Air Asia.. Janji sampai dengan selamat. .. amin.. . haha. Kami tiba di Osaka awal pagi 7.15am waktu Japan, 1 May 2014. Hehehe. Menyambut hari buruh yang pertama di Osaka, Japan. 

Jadi plan hari pertama tak banyak kami ke rumah Zaki dan berjalan sekitar Osaka.. Malam tu terus naik bus dan menuju ke Tokyo.. wahaha.. gila tak? Kami memang suka buat aktiviti macam ni.. 

Dari Kansai Airport plan kami singgah sebentar rumah Zaki , pack-pack barang sikit untuk ke Tokyo dan berjalan-jalan di sekitar Osaka. Seriously aku lupa rumah Zaki ni area mana... Kami ikut je dia berjalan dari train station ke rumah.. Itupun almost 1km lebih... Tapi tak mengapa lepas rehat kejap kami ke Osaka Museum of Housing and Living!



Cara ke Osaka Museum of Housing and Living



Transportation :Lines at Tenjinbashisuji Roku(6)-chome Station exit No.3
Open : 10am to 5pm
Address: 〒530-0041 8F 6-4-20 Tenjimbashi,Kita-ku,OsakaCity / 6-4-20 Tenjimbashi, Kita-ku | 8FOsaka 530-0041Osaka Prefecture
Admission Fee: Entrance – 600 yen , Kimono – 200 yen

Nak makan tapi tak berani , market near by Osaka Museum of House and Living
Osaka Japan |misznina17
Photograph by Om Mawardi


Kami berhenti di Station Temma sebab ikut Osaka Loop Line dan berjalan straight sahaja di sepanjang Jalan macam Petaling Street tu.. Tapi nak dekat sila naik dan berhenti di Tenjinbashisuji Roku(6)-chome Station exit No.3 .. zoom peta diatas, anda akan nampak Station tersebut berhadapan dengan museum. 


Osaka Japan |misznina17
Photograph by Om Mawardi
Bear in mind, anda bukan terus nampak museum tu macam museum Melaka ke apa.. Museum ni terletak dalam bangunan yang biasa.. Cuma ada sign board bagitahu tingkat 8F. Dah sampai nanti baru la kita boleh nampak Senibina bagunan berdasarkan zaman Edo. Kenapa pergi sini? Sebab boleh cuba baju Kimono dengan harga yang murah iaitu 200Yen sahaja! Kalau dekat tempat lain memang lah mahal kena pejam mata bayar.. 

The Osaka Museum of Housing and Living is a remarkable facility located in the northeastern part of the Kita Area. The museum has re-created buildings and streets that show what life was like in Osaka in the past. A model of the entire city during the Edo Period, the only one of its kind in Japan, is housed in the building. Visitors can learn all about Osaka's development, experiencing via interactive exhibits the different ways of life in the city during different periods of its history.

Sampai sini terus mencuba Kimono dengan membayar pada payment machine dan tunggu sekejap bila Oba-chan (aunty) yang ada disitu panggil baru boleh pilih kimono mana kita nak.. The good thing is , Oba-chan yang tolong pakaikan kita Kimono ni pandai pula matching dengan tudung.. hehehe.. Mungkin dah ramai orang Malaysia dia tolong pakaikan jadi layan la gambar kami di bawah ni.. Sambil menghayati dan merasai kehidupan orang Jepun pada zaman Edo.
Osaka Japan |misznina17
Photograph by Om Mawardi
Osaka Japan |misznina17
Photograph by Om Mawardi
Osaka Japan |misznina17
Photograph by Om Mawardi


Banyak sebenarnya gambar boleh ambil disini, macam macam gaya ada.. Tapi kalau suka tengok cerita Oshin atau Japan yang lama-lama.. Eloklah ke mari.. Boleh berangan macam puteri japan. ahaks!

Korang yang pernah baca trip aku ke Korea pun tahu dah sampai Busan kami boleh pergi terus  ke Seoul, naik Mungunghwa Train.Nak baca pengembaraan kami dalam Mugunghwa Train..  Boleh baca to this "entry" and boleh refer to this "entry" untuk itinerary dan aktiviti yang boleh dilakukan di Busan dan Seoul, South Korea.. Anda cuma perlu click-click je link yang aku bagi. Then khatam lah betul-betul untuk trip anda ye :)

Random Post : Nasi Goreng


Dekat mana dapat cari Nasi Goreng macam kat bawah ni? Rindu oiii.


9/3/15

Kon'nichiwa Japan - Backpacking Day 1

Assalamualaikum..

Sebelum tu aku nak ucap syukur kepada ilahi.. Haritu join training and ada exam.. Alhamdulillah : PASS :).. Jadi sebagai ganjaran kepada semua meh le start tulis pasal Jepun.. 


****************************************


Before aku cerita sampai Jepun.. Baik aku cerita serba sedikit pemulaan dan penyebab nak ke Jepun. Memang dalam fikiran dan angan-angan aku.. Aku tak pernah terfikir nak pergi Jepun. Seriously, sebab aku tahu most of item dekat sana sangat mahal.. Aku ni kalau negara currency tinggi memang kena fikir banyak kali.. Sebut currency sekarang ni memang sedihlah ... Malas akak nak fikir! 

Entah macam mana, akak aku terbuka Mas punya website dan nampak ticket to Japan murah.. Okay ini sudah bagus .. Tambah-tambah lagi kami ada sedara yang baru pergi ke Jepun.. Mak dia pula tengah merindui anak teruna dia seorang dekat Jepun tu.. Akak aku terus msg tanya mak cik aku .. "Tante, nak pergi Japan tak? Mas ada ticket murah pergi Osaka bulan 5 nanti" This conversation happen waktu raya.. Apa lagi terus tante aku tanya Om, and then they agree lah!..  Nasib baik ada cousin kami study sana.. Kalau tidak, sampai ke sudah tak ada penyebab kami ke sana.. hahahah. Nampak permainan disitu.


Aku memang kurang buat preparation untuk ke Japan ni. Dari segi itinerary memang haram la. Kelaut.. Aku hampir tak dapat nak pergi  ke sana. Padahal aku cuma minta cuti 3 hari je. Itupun payah gila nak kasi lepas.. Nasib baik big boss aku approve.. Mengharap project manager memang idok le... Harap dia tak baca blog aku.  Ye last minute approve, a day before nak terbang baru aku dapat approval pergi.. Tante aku, siap buat solat hajat banyak-banyak supaya aku dapat pergi.. Dapat je approval.. Sujud syukur semua orang.. hehehe




****************************************

30 April 2014

Kami ambil flight ke Osaka jam 11.45 malam.. Flight MH52 ..Yelah, sebab siang tu kami semua masih lagi bekerja.. hehe.. Dijangkakan kami akan sampai ke Osaka, Kansai International Airport (KIA) pada pukul 7.15am. InsyaAllah, anak tante Zaki akan ambil kami.. heheh
Jadi sebelum cerita panjang-panjang.. Layan sebiji gambar ni ye.. hehe. diambil di Akhihabara, Tokyo,Japan..


Aikhabara, Japan
Photo Credit : Om Mawardi


8/21/15

The Untold Stories- South Korea Backpacking Trip


Thank you for helping me.... - HyeJune Jo , 13 October 2013 Kuala Lumpur

Saat tu aku dengan along sudah sangat penat kerana trip kami di Serawak. Flight dari Serawak pukul 8malam, sampai dekat pukul 10 di KL .. Lebih kurang pukul 11 baru kami sampai di KL Central selepas sejam naik bus dari LCCT.  Read "here" for trip to Serawak 


Lusa, dah nak Hari Raya Haji .. Parents aku semua dah balik kampung kami di Rawang.. Tak jadi masalah sangat, sebab KL dengan Rawang,Selangor tu cuma ambil masa 30minit sahaja.. Jadi malam tu yang ambil kami adik aku yang masih berada di rumah.. 


Kami berdua berjalanlah ke bus stand, yang biasa adik aku ambil depan Hilton Hotel. Tiba-tiba.... kami terdengar suara ada orang memanggil dari belakang.. Dalam hati, "Siapalah pula tengah malam buta ni? dah nak dekat 11.30malam ni..." Kami toleh ke belakang.. Kelihatan seorang wanita, mungkin dari negara China/Korea atau Japan.. Arghh malas untuk aku meneka.. Tapi dari gaya cantik macam Korean. 

Along:  "Yes?" ..

Korean Girl: "Can you help me? do you know where to take Konsertium bus ( ada slanga kore) to Singapore.." sambil menunjukkan ticket online yang dibeli di handphonenya.. Jatuh kesian pula kami sebab handphone samsung wanita ni dah la retak 1000..  Aku dengan along dah tepuk dahi, mana ada bus stand dekat KL Central pergi Singapore.. Kami memang jarang naik bus, mungkin di Pudu Station atau TBS di Bandar Tasik Selatan (BTS)..
Along:  bus, i think its in puduraya or TBS not here.
Koreang Girl: how to go there?
Along : " if you trust me, would you dont mind if we send you to bus station?.."
Korean Girl: ok..

Sampai sahaja adik aku, dia dah buat muka pelik..Dalam hati adik aku ...Sapa pulalah minat korean ni yang akak aku berdua bawa.. Bukan ke kata tadi nak hantar syauqi balik rumah? Macam mana Syauqi dah bertukar jadi minah korea? Terus along tanya adik aku.. "Naik mana wei turun Singapore? "Tak silap aku TBS.. Tanpa berlengah kami gamble je gerak ke arah TBS..Sempat lagi along call syarikat bus tu.. Dalam keadaan mamai budak yang pick up call jawab " Naik tbs la........."  Masing-masing bateri handphone tengah nyawa-nyawa ikan untuk on gps.. Dengan keadaan ingat-ingat lupa jalan nak ke TBS, adik aku main redah je.. 

Dalam kereta, kami tanya nama Korean Girl ni.. Namanya HyeJune Jo, bus dia pukul 12. Alamak dah mengelabah kami, ni dah pukul 11.30 dalam 11.40 lebih kena dah sampai.. Kang bus dah gerak lagi kesian.. Nasib baik kami sampai di TBS lebih kurang 11.40 lebih.. Sempat la dia ni nak berlari-lari ke bus.. HyeJune Jo dalam muka risau-risau, bertanya kami.. "Why you want to help me? Aku jawab " Just pray that once we are in your country there will be good people help us" . Dia senyum dan angguk sambil menjawab "thank you for helping me".  Itulah moment perpisahan kami.

Hyejune , i just want to tell you.  your pray answered by Allah, we met good people who willing to help us when we are in South Korea. 


p.s: Boleh juga baca version akak aku . Click "here"

Khamsahamnida .... - Us , 7 January 2014, Busan, 

Cerita di bawah ini adalah sambungan selepas kami pulang dari - Gamcheon Culture Village..

Hari dah makin gelap, kalau tak sampai ke hostel sebelum pukul 9 karang payah pula.. Dah la none of us tahu nak bercakap korea ni.. Pagi tadi sempat borak dengan Mr.Roy dia cakap dari Busan Station nak ke hostel boleh naik bus. Kata dia ke arah Haeundae Beach.. Kami sekadar mengangguk, betul juga nak bawa beg kami yang banyak- banyak  macam mana kalau naik train.. Lepas tu nak berjalan lagi beberapa kilometer memang payah..Gamble je lah cari bus nanti! Nasib baik la each of us , ambil kad hostel.

Kami beratur bersama rakyat korea yang lain, melihat bus yang kami nak naik ada penanda ke Haeundae Beach.. Rupanya ramai yang naik bus ni.. Aduh kami yang terakhir sekali, bayangkan dengan nak naik bus dan mengangkat segala beg ninja turtle.. Aku yang last sekali, dan berkemungkinan tak dapat nak naik bus.. Sempat aku jerit dekat akak aku.. Jangan tinggalkan aku sorang wei, tak dapat naik lagi ni.. 

Mujur ada ahjumma depan akak aku kebelakang lagi, dapatlah aku dengan kak murni yang dah berada dihujung naik bus.. Lega okay! Kalau aku sorang kena tinggal mahu menagis..Tapi dalam bus ni memang sempit, dengan nak gerak ke belakang.. Nak bawa beg besar kami.. refer gambar di bawah..
  
Keadaan dalam bus
Source: Korea Ye

Lebih kurang 20 minit berjalan, orang yang turun pun dah berkurang.. Kami ni blur juga nak turun mana nanti, kang tak pasal berjalan berapa puluh kilo meter lagi.. 

Depan kami ada ahjumma yang baik hati tadi.. Kami cakap can you help me to call this number, sambil tunjuk hostel. Baiknya ahjumma tu terus dia call no hostel .. Aku tak tahu apa dia cakap dengan Mr.Roy , tapi tiba-tiba ahjumma tu bagi phone dekat Kak Fiza.. Kak Fiza susah nak explain sebab Mr.Roy  lupa yang kami sampai pagi tadi.. Kak Fiza pass dekat aku pula, terus aku teringat pagi tu waktu kami berborak Mr.Roy  kata nama akak aku unik.. Aku terus cakap.. "Hi Mr . Han, i Ham- mida.. style korea. Terus dia kata. oh i remember you! " Dia cakap, nanti aunty yang tolong call nanti akan bagitahu kamu kat mana nak turun..Lega sangat kot!

Terus aku cakap dekat ahjumma tu "Khamsahamnida ahjumma...."  Senyum dan baik je ahjumma tu nak tolong kami.. Alhamdulillah, dipermudahkan lagi sekali urusan kami.. Waktu dah sampai dekat dengan hostel kami.... Ahjumma siap turun sekali dengan kami.. Sebagai penghargaan aku sempat bagi poskad dekat ahjumma bersama snack yang aku tak sempat buka lagi.. hehe. Hope she's like it!

Seriously.. Terus aku teringat last word aku dekat HyeJune Jo.. "Just pray that once we are in your country there will be good people help us"...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...