Australia ~ Part 2

12.9.2010

Pagi-pagi la kami dah berjalan -jalan ke Freemantle. Tempat yang wajib pergi lah . Kat sini memang borong sakan , coz ada kedai mak cik indon yang jual barang sovernier yang murah. Kalau dah beli banyak2 tu minta jer aunty tu harga murah. Hehehe. - Kat sini ler aku beli barang sovernier. hehehe
Lepas dah borong sakan, kami pergi market yang berhampiran di Freemantle. Hehehe. Kat sini ada jual banyak buah-buahan, tapi kami semua malas nak beli. Marah nenek aku. hahahah

Di market yang berhampiran dengan Freemantle
Kedai yang bawah memang halal. Tapi nasi goreng dia 10Dolar Aussie = RM30!!

Lepas balik dari Freemantle, kami pulang ke rumah untuk solat.Petang tu kami continue lagi aktiviti pergi Open House. Hari ahad ramai lah orang buat Open House. Hari ini , kami ke rumah rakan pakcu MG. Yang best di rumah MG nie, adalah laksa sarawak. MG berasal dari Sarawak, jadi macam2 yang dari Sarawak . Parents MG turut datang beraya di Perth. Jadi macam2 lah masakan sarawak ada .Hehehe..

Mak aku bantai berborak dengan mak MG,sekali dapat tahu yang mak MG sekolah sama dengan sekolah aku.SMK Convent Jalan Peel. Hehehe. Kira jumpa senior la kita orang nie (akak aku n adik aku sekolah convent gak). Dah puas kami makan di rumah MG.

Kami pergi ke rumah rakan kak zizah (wife pakcu). Aunty nie pun orang sarawak. So that day, kami banyak bantai makan kek lapis Sarawak. Yang best nyer, aunty nie ada gak buat sate kambing. Urmpph. Sangat sedap. Kat tempat sejuk , elok makan daging coz boleh heat kan badan kita. Patut la badan arab and mat salleh besar-besar sebab makan daging. Kemudian, kami pulang ke rumah.

Atas: Rumah aunty yang ada sate kambing.
Bawah: Kalau sapa dapat teka bangunan apa memang hebat!
Bawah: Pic aku and najlaa depan rumah MG waktu tu kul 6 tapi dah rasa sejuk bajet hebat pakai baju kurung tak rasa sejuk. wakakak

13.9.2010

Hari nie kami berjalan ke Caversham Wildlife Park. Nie pun antara tempat yang wajib pergi ketika di Perth. Before sampai ke Caversham.Kami singgah dulu ke Choclate Factory. Huhuh.. Makan choclate free. Sambil itu, anda boleh lihat cara pemprosesan Choclate. Yummy.

Atas: Selingan letak picture di market yang berhampiran Freemantle
Bawah : Di choclate factory.

Atas: Aku , along and najlaa di dalam kandang kambing
Najlaa bersama koala nyer
Bawah: Adlisyad (anak pakcu) have fun di sana!

Atas: Family portrait with kangaroo and woombat( betol ke eja?)
Bawah: Selama nie tengok gambar kangroo. Nie pegang betol-betol kangroo.

Kami satu family spend time agak lama di Caversham. Yelah tengok satu per satu haiwan. Then semua nyer nak sentuh. (Except ba** hutan.) Huhuhu. Tapi satu yang bagus , dekat sini selalu dia org offer siapa-siapa yang nak jadi volunteer . Sangat dialu-alukan. Mereka mementingkan penjagaan alam sekitar dan haiwan. Dalam Islam pun suruh kita menyayangi haiwan dan alam sekitar. :)Then that, nite kami balik. Abg acap and abg hariz bbq sate untuk kita orang.! Yummy.

Comments

Popular Posts