12/28/11

Tips Mengempiskan Perut

BOOONCITTTTTT

Perut Buncit??? Semua orang tak mahu perut yang berlemak dan buncit itu.. Antara salah satu faktor perut buncit, ialah mandi lepas makan dan makan disulami dengan air. Aku rasa, makan supper pun boleh menyebabkan buncit sebab kita tidor lepas makan. So, mission sekarang adalah cuba untuk mengempiskan perut! Ramai kata aku berat tak naik, padahal masuk gombak je, berat aku naik kot...


Petua 1 (Limau Purut + Kapur sirih)
1. Ambil sedikit kapur makan dan sebiji limau purut yang telah di perah jusnya.
2. Kapur dan limau tadi dicampur dan digaul hingga sebati.
3. Amalkan sapu di sekeliling perut sebelum masuk tidur…biarkan ia kering sehingga pagi.

Petua 2 (Limau Nipis + Teh O)
1. Sediakan teh ‘O’ tanpa gula dan perahkan air limau nipis. (Ingat : NO SUGAR!)
2. Amalkan minum air tersebut setiap hari.
* Petua ini hanya sesuai untuk orang yang tidak mengidap sebarang penyakit perut seperti gastrik.

Petua 3 (Limau Nipis + Kapur sirih)
1. Ambil air limau nipis dan campur dengan kapur sirih.
2. Lumurkan atau sapukan pada perut
3. Amalkan setiap malam

Petua 4 DON'T SKIP BREAKFAST!!
- ini dari segi pemerhatian aku, kalau perut kita dah kenyang  pada waktu pagi. Kita boleh skip lunch dengan tea time, dan tunggu untuk dinner. Jadi kita akan ambil dinner lebih kurang pukul 7 /8 malam. Jadi kita dapat elakkan perut buncit.

Memandangkan aku nie tengah sibuk nak final exam. Perkara yang aku rasa paling praktikal dan mudah untuk student adalah Petua No 2 dengan No 4. Tadi singgah pasar malam sempat beli limau nipis.
Apa lagi jom esok kita buat Limau Nipis +Teh O NO SUGAR!

Limau Nipis 



p/s: Jom kurus !! :D Tetiba je terasa nak update pasal tips kurus-kurus nie. Hahaha

12/26/11

Good Luck For Your Final Exam!


Yeah.. it has been quiet some time i have’nt update my blog. How busy my life was for the past two weeks. It was a crazy week.. I had to finish up projects, assignments.. prepared presentations... increase marks by improving the assignments.. I cried.. I have been in stressed condition. but Alhamdullillah.. I managed to do it and rite now the only thing left i need to do for this semester ..is the FINAL EXAM. Yes, the FINAL EXAM!!

Wish me luck everyone.. I hope i can get dean list for this semester .Get a good result ... hope My lectures love my answer and give me good marks...  Amin.



p/s: I will update my activities last 2 week.  :) 

12/8/11

Receration 1 :Teratak Riverview Part 3

Sampai part 3 tu.. huhuuh

4/12/2011
Hari nie lepas solat, kami serahkan semua bahan masakan dengan peralatan memasak kat brothers. Huhuh. Suruh brothers masak. kejam?!! Tapi setakat masak sup campbell aje. hehehe. Sebab kesian tengok dia orang terkial-kial , finally kita orang bantu la sikit-sikit. hehe. Pagi tu, makan breakfast sup campbell dengan roti dan biskut, serta air teh . Hari ni aktiviti semua melibatkan air.

1st: River crossing with rope

- Air sungai sangat la deras. Maybe sekarang nie musim hujan, jadi paras air sungai naik dan deras. Nak seberang sungai pakai tali memang susah. Brothers yang ada kekuatan pun kata susah. Aku sampai separuh jalan je river crossing with rope. Then, tak berjaya melawan arus kuat. Aku patah balik. Sedih weiiiii.. Tapi sebab fikir balik lebih baik pentingkan nyawa, sebab aktiviti nie agak bahaya.

 
River Crossing with Rope



2nd: River crossing without rope
-Untuk cabaran yg kedua nie. Kawasan air paras rendah dan tak terlalu deras. Kami harus merentas sungai menggunakan sebatang kayu. Sepatutnya buat crossing individual dan crossing secara grouping. Tapi nak cepat kami cuma buat crossing individual aje.
Tips nak seberang sungai:
  1. Kawasan sungai yang tak lebar (sempit) bagi perjalanan menyeberang sungai cepat
  2. Kawasan air tak terlalu deras
  3. Kawasan air yang cetek.
  4. Kayu yang digunakan keras, dan boleh menampung badan kita. Kiranya kayu kalau boleh, mesti lebih tinggi dari ketinggian kita.
  5. Kalau secara berkumpulan, yang paling rendah dihadapan. dan paling tinggi di belakang.

 
Crossing River without Rope (Individual)
  Source

Crossing River without Rope (Grouping)

3rd: Tubing
Yang nie PALING BEST!!! Tak perlu menggunakan banyak tenaga dan biarkan je badan kita mengikut arus sungai. Heheh. Tapi bila dah sampai hujung kena paksa turun. Kita orang sampai tanya dua tiga kali. Turun ke?? Sebab nak buat lagi.

Tubing
4th: First aid 
Seperti biasa yang nie cuma belajar first aid sahaja. One of group member disuruh berlakon sakit, dan kami kena bagitahu apa kena buat bagi membantu mangsa . Huhuh. 
Biasanya kalau orang kena gigit ular apa korang buat?? Mesti sedut kan? Sebab tengok dalam tv sedut bisa tu.JANGAN YA sebab sebelum mangsa yang kena gigit mati, kita yang sedut tu mati dulu. Then, kakak jurulatih first aid kata seboleh nya jangan ikat sebab merbahayakan kawasan salur darah dan silap haribulan kena potong tangan mangsa.

 First Aid Activities

Lepas dah habis aktiviti first aid. Aktiviti kami adalah bermandi-manda di sungai. Badan kami yang dah habis basah sebab aktiviti sebelumnya... Sukalah  dapat main sungai. sebab dah lama aku tak pergi keluar jalan-jalan dan beriadah. Lepas mandi sungai, pukul 2 kami harus kemas camping site dan kemas khemah.. Mujur untuk lunch , kami tak perlu masak dan pihak Teratak Riverview sediakan lunch kami.
Dah siap untuk pulang! Yeah.. Tengah panas waktu ni


Lepas lunch, kami ada sedikit taklimat dari En.Rudhi then lebih kurang pukul 3 lebih berjalan pulang.Seperti biasa, kami kena jalan kaki sampai ke jalan besar. Mujur tak perlu bawa beg besar tu. Budak UPSI pun balik  juga waktu yang sama. Dia orang tak perlu jalan kaki, naik motor dan basikal je. Oh so jealous. Tapi sampai separuh jalan tiba-tiba hujan lebat. Mujur bawa baju hujan. Tak adalah aku basah lencun, cuma basah dekat seluar belah bawa je. huhu. Mujur kami jalan kaki sekejap je. Terkejut gak, "eh dah sampai??"
OTW, dari Tanjung Malim ke UIA hujan lebat sepanjang jalan, memang buat aku terlena la dalam bus.Kami tiba di UIA pukul 6 lebih, badan dah keletihan dan ngantuk.Tapi dapat new experience yang best .

p/s: aku suka jalan-jalan free... weeeeeeee..Nak buat aktiviti tubing lagi!!


12/7/11

Recreation 1: Teratak Riverview - Part 2

3/12/2011

Aktiviti untuk hari sabtu nie relaks je, dan tak perlukan banyak tenaga. Cuma ada sedikit mengantuk sebab tak cukup tidor .hahaha.. Pagi-pagi lepas breakfast , kami disuruh untuk pasang khemah . Group kita orang paling lambat pasang tapi, paling cepat siap.Sebab nya, sebelum pergi camping sir yang ajar kami En.Zabidi suruh semua orang cuba pasang khemah waktu dalam kelas.. hahah. Haritu, waktu try dalam kelas dah nak dekat balik, jadi macam orang nak berperang je kita orang pasang khemah.

Yeah, khemah kami siap dipasang
Dari kiri : Ain-nul, Kak Aishah, Nina (Me)


Lebih kurang pukul 12 baru selesai aktiviti menyediakan campsite .Lambat! Mana tak lambat, ada satu group sister yang duk simpan flying sheet macam hak milik sendirian berhad. Then, tersengih2 waktu serahkan flysheet dekat group yg incharge memasak. Kesian, aku tgk group tu dua tiga kali minta flysheet.
Lebih kurang pukul 1, kami selesai masak untuk tengah hari. Lauk kami, kentang goreng, sardin, papadom, ayam (beli yg drummet), sup sayur dengan telur, - kenyang lah kami untuk hari itu..
Lunch kami- My group member (yg tengah masak tu pun sekali)

Makan nasi beramai-ramai dengan group 8

Petang tu, kami cuma adakan aktiviti compas-orienteering , lukis peta dan amek arah bearing. Nasib dah belajar dalam kelas en.zabidi. Tak adalah kami terpingaa-pinga amek arah bearing. wkakaka..Aktiviti start pukul 2 lebih habis lebih kurang pukul 4.
Orienteering

                                                                           Source
 Kemudian, group 5 dan 6 di minta untuk ajar semua group cara membuat stove menggunakan beverage can. Kiranya, tak perlu cari kayu api untuk memasak. cuma cara nak buat agak susah sket.. tp membantu wkt nak memasak nanti.Mudah dan cepat..



Then, masak pula untuk dinner. Malam lauk lebih kurang sama macam tengah-hari. wahahaha. Sardin, Papadom, Kentang goreng dengan telur, telur dadar. Nasib group member aku jenis tak cerewet, makan je apa yang terhidang. Suka tengok dia orang makan dengan penuh selera.

Malam tu sebenarnya dah ngantuk lepas makan dinner, tapi kami kena ada aktiviti malam lagi. Assitant trainer, suruh kami buat performance. "Buat sketsa tentang majlis perkahwinan".Malam tu dibahagikan kepada dua kumpulan- kumpulan( 9 hingga 16) satu group dan (kumpulan1 hingga 8) dalam satu group . Bergelak ketawa lihat gelagat mereka.! Hilang la sikit ngantuk aku malam tu.

Malam tu , seperti biasa ada sentri. Entah macam mana patutnya, pukul 2 group kami berjaga. Tapi terlena dibuai mimpi coz rasa macam hujan je malam tu. Sedap kami tidor.. Mujur ada brothers yang volunteer tak tidor, join orang sentri sekali. Kesian dekat Brothers, coz dia orang tak leh nak tidor, khemah mereka sempit. Patutnya khemah boleh muat 4orang je tapi kena sumbat sampai 5 orang.


12/5/11

Recreation 1: Teratak Riverview, Tanjung Malim, Perak

Selama tiga hari aku menghilangkan diri dari dunia internet, dunia kesibukan dan dunia assignment. Hehehe.  Sebenarnya aku pergi camping di Teratak Riverview Tanjung Malim. Agak lama aku tak pergi camping, last skali tahun lepas mendaki Gunung Rajah. Nasib baik la tak teruk sangat camping nie, coz aktiviti tak banyak

 Kalau tak ambil skill Recreation ni tak mungkin aku nak pergi camping waktu tengah sibuk nak siapkan project dan assignment. Tetapi, memandangkan practical Recreation ni consist of 40% mark, memang wajiblah aku pergi. Nasib baik 100% ,UIA bayar untuk cost camping dan pengangkutan. Hehehe.. Tu sebab aku ambil Recreation sebab nak pergi berjalan. (ish..ish.. kalau dah nama kaki jalan..mcm nie lah.)

2/12/2011

Tepat pukul 9.30 malam kami semua berkumpul di main stairs UIA,menanti untuk briefing sebelum bertolak ke Teratak Riverview. Malam tu memang hujan lebat, agak risau juga kerana bas tidak akan masuk sampai dalam, dan kami kena berajalan selama 1jam untuk sampai ke dalam camp. Tepat pukul 12.30 malam baru bertolak dari UIA bas sampai lambat..sabar je lah.. Lebih kurang pukul 1.30 kami sampai di jalan besar Teratak Riverview.Camp ni sangat dekat dengan UPSI. Jadi waktu kami disini, ada gak budak UPSI tengah camping sekali.

Kami berjalan selama 1jam lebih  untuk sampai ke Teratak Riverview, sejuk, penat dan ngantuk. Nasib baik aku dapat group yang best,sporting, funny dan saling bekerjasama. Tak ada lah rasa penat dan mengantuk sangat waktu berjalan, sebab dengar group member asyik kacau orang , becerita sana-sini.
Brothers- Huzaifah (ketua),Syauqi-en.Ahmad, Hussin (dia nie ada kembar), Shaikh (aka mamu), Afif (selalu kena bahan dgn Hussin) .. Sisters- Ain-nul (assistan leader ),Saya, Kak Aishah, Kak Ila, Izzati.  Waktu tengah jalan kaki, tiba-tiba kita orang tersuluh tepi, nampak pula ada tanah perkuburan dekat situ. Masing-masing senyap tiba-tiba. Cuak juga. Tapi sebab jalan ramai-ramai tak terasa sangat. huhu

Sampai Teratak RiverView lebih kurang pukul 3. kami disambut dengan Welcoming Drinks. Tengok air sungai yang mengalir deras dan laju buat hati rasa happy sangat. Malam tu, kami tak tidur khemah , sebab dah tak sempat nak bina khemah, jadi kami tidur di dewan. Tidur je di atas sleeping beg, dan beg-beg kami menjadi penghadang antara brothers dan sisters. hhahaha. Tak dapat nak tidur lena sangat, bersahutan bunyi dengkuran malam tu. Waktu nak dekat subuh pukul 5pagi, sejuk mengigil sampai mencengkam tulang.

Pukul 6pagi, kami solat jemaah. Memandangkan pukul 8 pagi akan start program, jadi kami decide pagi breakfast, roti letak sardin dengan bawang. Masing-masing makan macam orang kebulur je. hahaha..



Kawasan chalet di teratak Riverview


Source:  red-dream83.blogspot.com

To be continued ...... 

11/23/11

Wordless Wednesday -GEEK BUSY RIGHT NOW!


I am super - duper busy.Every of subject that i take this semester have project, assignment or midterm .
Wish me luck everyone.  :(

  1. IT Security- Mid term paper, Project 
  2. Calculus 2- Project paper, assignment
  3. PMIT- Project paper
  4. AI- Mid term paper, assignment programming in AI
  5. CAAL- Homework
  6. SQA- Review list project.


Super duper busy . huhu

11/20/11

GEEK TECHNOLOGY : SOFTWARE TO CRACK ADMIN PASSWORD WINDOWS 7 ULTIMATE.

 Problem : Currently i am helping my friends. She's forgot administrator password for her laptop. Yeah, she's randomly change her administrator password at night and tomorrow she's forgot about the password. Right now, i need to crack the administrator password and she don't want me to RE INSTALL back the Windows 7 because some of the document still in the hard disk for system.


I have try many software but still some of the software not support for Windows 7Ultimate , and support for others Windows version like XP, VISTA and Windows 7 Beta only. I get some of the free software that can used to crack admin password from 7 Free Windows Password Recovery Tools


SOFTWARE 1: Ophcrack


The Ophcrack Windows password cracker is by far the best free Windows password recovery tool available. It's fast and easy enough for a first time Windows password cracker with a basic knowledge of Windows.


So, i  followed step by step from How To Recover Password Using Ophcrack Live CD.
I success to follow until step no 5. However, when i start to boot system to the Ophcrack Live CD disc . I didn't manage to get the interface.


After i read comment from other viewer, i notice that Ophcrack not suitable for the Windows 7 ultimate.So, i need to find others software.


Alhamdulillah, thanks to my group member Suhaila. She managed to do ,by install Ophcrack into her USB. But, first you must make sure to make it USB as bootable USB.


MISSION: Accomplished !

SOFTWARE 2: PC Login Now

Second software looks easy to download and little bit same like Ophcrack. However, PC Login Now doesn't display password like Ophcrack password recovery tool. It's deletes the password , allowingaccess to Windows without a password at all. I follow step by step from PC Login Now . I manage to do until Step No 8.


However, when i wait for PC Login Now to Load, there is an error inside the prompt and ask me to find the path. Of course, i cant type the prompt because i didn't learn the prompt code for Linux . pity me :( Looks like PC Login Now not suitable for Windows 7 Ultimate .

Mission : FAILED TO CRACK USING PC LOGIN NOW

SOFTWARE 3: WINDOWS PASSWORD UNLOCKER / WINDOWS PASSWORD KILLER

Bear in mind, when it's come to Windows software - you need to buy. The trial version, not help you at all.  I success to download both of the Windows Software and see their trial version. But when i try to unlocker the password or kill the password ,of course i can't do because it's only a trial version.Dush! I feel noob during that time.hahhaha


If i rich to buy the software, the mission will be accomplish. hahaha


Windows Password Unlocker

Mission : FAILED TO CRACK USING WINDOWS PASSWORD UNLOCKER/KILLER TRIAL VERSION


Right now, i still try to get the free software to recovery back my friends admin password on her laptop.Actually i am glad to help my friends because currently my IT Security project is crack password.Hahahah.


p/s: Pardon for my grammatical error. If any programmer or administrator programmer read my post,
i hope you can comment and give me the solution. thank you :)

11/16/11

Wordless Wednesday - ICT Student Life

This is a very late "Wordless Wednesday". So nak tahu kehidupan ICT Student??


  1. Makan - Mesti depan computer
  2. Study - Mesti study note dalam computer (malas nak print)
  3. Tidor - Kadang-kala dah ngantuk sangat entah macam mana tertidor depan computer
  4. Movie - Download banyak- banyak movie, tak pun minta dekat LAN confirm ada je movies the latest.
  5. News - Most of the latest news, boleh dapat kat facebook. hahahha 
Desciption of picture :
Burger King- Hari nie ada RM1 burger.. Teringat lak last year pasal Whooper RM1 memang gila kentang la ramai orang.Hari nie.. hehehehe
Laptop : Tengah betulkan kawan aku punya, dia lupa Admin Password. Jadi aku tengah crack guna Ophcrack software. 
Desktop: Kalau tak ada ini tak boleh nak survive. IMPORTANT! hehehe


Sekian sahaja, wordless Wednesday saya yang panjang :)

11/15/11

Non Stop Playing Song

Ni lah masalah aku setiap kali dengar satu lagu. Aku akan non stop dengar lagu yang sama. Hahaha. Korang ada tak penyakit macam aku nie?? Aku tahu akak aku pun sama dulu, sampai satu tahap dah muak baru tukar lagu. hahaha :P


Greyson Chance Feat Najwa Latif- Papparazzi

Nie lepas aku tgk AIM , aku cari lagu sampai tgh study pun dengar lagu Papparazzi nie.adeh.. 


Aishiteru - Zivilia 


Asalnya aku dah dengar lama dah lagu nie. Tapi pasang balik , then jadi non stop playing pula dah. Aku letak kat netbook akak aku. Terus dia buat jadi non stop playing song. Sampai dah hafal and muak pula.

Matluthfi 90 

Last sekali, video terbaru Matluthfi . Boleh dikatakan semua lagu dalam video nie asyik bermain dalam otak aku. Especially, lagu yang Sofaz- Terasa di Syurga. Aduh.. 

p/s: Malam karang ada exam SQA. Please pray for me. Amin :)

11/14/11

AD: Menjual Kain Sulam Manik, Sulam Suji, Sulam Benang

Just helping my sister jual kain dari tanah seberang. Semua orang akan tanya kalau ada baju kurung aku yang nampak rare dan jarang di jual Malaysia. Bagi memenuhi permintaan, akak aku bawakan khas kain sulam manik dan sulam suji untuk anda semua.Ada pelbagai jenis kain seperti cotton, chiffon dan rosella ada dijual.  So, kalau rasa berminat boleh PM kakak aku di Facebook - Hamidah Hamdan 




CODE 1
Code 1 kain chiffon (perlu lining) , 4 meter , sulam manik dan reben , untuk baju kurung atau kurung moden, sulam di pergelangan tangan dan bahagian depan

CODE 2
Code 2 , cotton , 4 meter , sulam suji , untuk baju kurung, sulam bahagian depan dan pergelangan tangan

CODE 3
Code 3 , cotton , sulam suji , 4 meter , sulam bahagian depan dan pergelangan tangan , untuk di jadikan kebaya

 
CODE 4
Code 4 , cotton , 4 meter , sulam bahagian depan dan pergelangan tangan , sulam suji , untuk baju kebaya

CODE 5
Code 5 , rosella ( x perlu lining) , sulam manik dan reben di depan dan pergelangan tangan , 4 meter , untuk baju kurung

CODE 6
Code 6 , sulam reben dan manik , kain rosella (x perlu lining) , 4 meter , sulaman di bahagian depan dan di pergelangan tangan, untuk dijadikan kebaya

CODE 7
Code 7 , cotton , 4 meter , sulam suji , baju kurung

CODE 8
Code 8 , chiffon (perlu lining) , sulam bahagian depan dan pergelangan tangan , 4 meter , untuk baju kurung

CODE 10
Code 10 , chiffon (perlu lining) 4 meter , sulam di bahagian depan dan pergelangan tangan , untuk baju kurung , sulam benang

Sedikit kata-kata from my sister. hehehe
"Setiap kali travel , saya suka membeli material kain yang jarang didapati di Malaysia . dan seringkali di tanya , darimana saya beli? berapa harga? kenapa tiada di sini? ...untuk kali ini 10 helai kain saya terbangkan bersama untuk pilihan rakan rakan jika anda meminati corak sulaman suji , benang dan manik dari tanah seberang yang sesuai untuk di gayakan pada acara pertunangan , konvokesyen , kenduri kendara dan bawa ke pejabat tanpa perlu menempah ticket air asia atau bersesak di waiting room pada waktu zero fare ataupun bersesak di pusat fabric ... if interested PM me Hamidah Hamdan ....thanks" 

11/8/11

Salam AidilAdha

Masih belum terlewat rasanya untuk mengucapkan Salam Aidiladha kepada semua umat Islam di muka bumi ini.





Miles away, oceans apart
Never in my sight always in my heart
The love is always there it will never die
Only growing stronger a tears rose down my eye

I am thinking all the time
When the day will come
Standing there before you
Accept this Hajj of mine

Standing in ihram, making my tawaf
Drinking blessings from your well
The challenges of Safa and Marwa
 rekindles my imaan

O Allah! I am waiting for the call
Praying for the day when I can be near the Kaabah walls
O Allah! I am waiting for the call
Praying for the day when I can be near the Kaabah walls
I feel alive and I feel strong
I can feel Islam running through my Veins
To see my muslim brothers, their purpose all the same
Greeting one another, exalting one True Name
I truly hope one day that everyone's a Muslim.
That they remember you in everything they say

Standing in ihram making my tawaf,
Drinking blessings from your well
The challenges of Safa and Marwa
rekindles my imaan

O Allah! I am waiting for the call
Praying for the day when I can be near the Kaabah wall
O Allah! I am waiting for the call
Praying for the day when I can be near the Kaabah wall

c/o-Labbaikallahumma labbaik
Labbaika la syarika laka labbaik
Innalhamda wani'mata laka walmulk
La syarika laka labbaik..

Labbaikallahumma labbaik
Labaika la syarika laka labbaik
Innalhamda wani'mata laka walmulk
La syarika laka labbaik

Labbaik
Labbaik


 Sepanjang cuti nie kerap aku mendengar lagu Waiting For Your Call from Irfan Makki. Rasa rindu, syahdu dan tertanya bila pula aku bakal menjadi tetamu Allah? InsyaAllah one day aku pasti dapat ke sana. Along kerap bercerita pengalaman dia di sana yang tak dapat di gambarkan dengan kata-kata. SubahanAllah indah dan manisnya ketenangan di sana. Teringat post lama aku - I wish

10/31/11

Hidup Berjiran - Uncle V.J Gathering

Semalam jiran sebelah rumah ajak jemputan makan-makan dekat rumah dia. Memandangkan kita sebagai umat islam dituntut untuk menghadiri jemputan majlis. Maka kami satu famly attend majlis makan-makan. Abah sempat pesan, tujuan kita datang bukan untuk meraikan perayaan Deepavali mereka, tapi cuma untuk menghormati jemputan mereka. Dalam Surah Al-Mumtahanah ayat 8


"Tidaklah ada apa-apa tegahan dan larangan ke atas orang-orang Islam menziarah atau melawat rumah orang bukan Islam pada hari-hari raya atau hari besar mereka dengan tujuan sekadar mengambil hati mereka sebagai kawan atau jiran tetangga bukan untuk tujuan membesar atau memuliakan agama mereka. Malah ziarah atau kunjungan dengan tujuan tersebut tidaklah haram sebagaimana yang didakwa itu."


Allah berfirman dalam surah al-Mumtahanah ayat 8:(لا ينهاكم الله عن الذين لم يقاتلوكم في الدين ولم يخرجوكم من دياركم ان تبروهم وتقسطوا اليهم ان الله يحب المقسطين) Yang bermaksud: "Allah tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan berlaku adil kepada orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana agama kamu dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung-kampung halaman kamu. Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil".Wallahua'lam


Satu bagus pasal famly uncle V.J. Rumah beliau sangat bersih, tak ada nyer arak depan mata, dan sangat menghormati tetamu islam. Beliau pun cakap, daging beli dekat kedai islam belakang tu. Masuk dapur mereka pun sangat kemas. hehehe. Aunty pun padai masak, memandangkan keluarga mereka ada sediakan tosei. Banyak kali aunty kena masak tosei untuk kami sekeluarga. Al-maklum ler, jarang nak dapat tosei ...




Sisters

Abah and Uncle V.J

Thank You for Invitation Uncle
Islam memandang berat perihal menjaga hak jiran sehingga jiran itu boleh dianggap sebagai orang yang boleh mewarisi harta. Memuliakan jiran merupakan budi pekerti yang mulia dan terpuji. Menurut Imam Nawawi, Jiran ialah mereka yang tinggal berdekatan dengan rumah kita dalam lingkungan jarak 40 buah rumah,samaada sebelah kiri atau kanan,depan mahupun dari belakang. Dalam menghayati hak-hak jiran, Islam membahagikan jiran itu kepada 3 bahagian,berdasarkan hadis Nabi saw yang bermaksud :-


" Jiran itu ada 3 macam. Jiran yang mempunyai satu hak. Jiran yang mempunyai 2 hak dan Jiran yang mempunyai 3 hak.Jiran yang mempunyai tiga hak adalah jiran yang muslim yang berkerabat, maka baginya hak jiran,hak muslim dan hak kerabatnyaAdapun jiran yang mempunyai 2 hak ialah, jiran muslim, dimana haknya adalah hak jiran dan sebagai orang muslim.Manakala jiran yang mempunyai satu hak ialah, jiran yang musyrik atau kafir."

Menghormati hak jiran tetangga bukan semata-mata mencegah diri dari menyakiti hati jiran,bahkan hendaklah ia bersabar atas sebarang kelakuan yang tidak sopan yang telah dilakukan. Perlu juga disedari,jiran yang baikialah mereka yang mengambil berat tentang jirannya ketika sakit,kenyang atau lapar,gembira atau sedih . Rasulullah saw telah memeberi peringatan dengan sabdanya


 (Hadis diriwayatkan oleh Bukhari )Maksudnya: " Bukanlah dari kalangan ORANG YANG BERIMAN, apabila ia didalam kekenyangan, sedangkan jirannya dalam kelaparan "

Hadis ini bermaksud bahawa " Kewajipan" kita memberi hak yang sewajarnya kepada jiran ketika sakit ,ditimpa musibah dan sebagainya. Turut merasa sedih dan berdukacita ketika jirannya ditimpa musibah dan segera membantunya sekadar yang termampu. Kita juga perlu turut rasa gembira,apabila jiran kita mendapat khabar gembira.Betapa manis dan indahnya islam mengajar umatnya cara beradab dan berakhlak khasnya sesama jiran tetangga.


Parents

Hidup Berjiran. Satu Malaysia :)

Thanks Uncle V.J and family for the invitation.

p/s: Esok ada mid term PMIT. Tolong doakan saya ya :)

10/29/11

30 Minit Ustaz Don

Mungkin aku dah lama tak balik rumah, nak tengok TV memang payah la. Tapi sekarang nie, aku lagi selesa tonton TV Al-Hijrah kerna lebih banyak input mengenai ilmu agama . Selain itu, kalau perasan pekerja dan cerita dalam drama TV Al-Hijrah di wajibkan menutup aurat. Kalau kena berlakon macam suami isteri pun tak perlu tunjuk adengan yang tak sepatutnya. Kiranya , memang berlandaskan agama islam.


Ok back to 30minit Ustaz Don, asalnya aku dah tengok show Ustaz Don nie waktu bulan puasa lagi. Waktu tu 10minit ke 15 minit je, ustaz berbicara tentang persoalan seperti cara menunaikan solat jamak' dan bacaan quran. Cara penyampaian Ustaz Don yang mudah difahami, relaks dan lawak nie buat orang rasa senang nak mendengar rancangan beliau. Jom layan video bersama Ustaz Don.





10/28/11

Prak.. Kaki Terkehel?!!




Aku memang suka letak kaki atas desktop.hahah

Hari ni aku saja la niat di hati nak pakai wedges sebab dah lama tak pakai. Minggu nie asyik pakai kasut flat yang baru beli harus ke bagitahu?? Dalam perjalanan pulang ke mahallah, aku pun jalan laju-laju sebab tak solat zohor lagi. Padahal dah singgah surau sebelum tu, tapi rasa nak juga solat kat bilik jadi aku balik mahallah. Memandangkan dari ict ke bilik aku lalu agak banyak tangga jadi bila pakai wedges dan berjalan kaki laju sangat tak sesuai. 


Waktu turun tangga, ke arah sungai aku dengan berbangga jalan . Dalam hati "Hebat nya aku jalan pakai wedges jalan laju-laju".Tak sampai 10 saat terdetik dalam hati aku.


"Prak..." bunyi dari kaki belah kiri aku. Waktu tu aku dah tahu, ha tulah berlagak lagi Allah tunjuk on the spot.


Time tu cover lagi, macam boleh jalan. Ingat kaki tak da apa-apa kecederaan, then jalan lagi rasa sakit sangat. Nak ke mahallah aku kena naik tangga balik, waktu tu terasa azab la. Tak kan nak pakai wedges nie lagi , memang tak mampu la. Then,aku call cousin minta bawa turun selipar sebab dah tak larat lagi.


Bayangkan , lepas naik tangga nak ke mahallah aku,kena naik bukit, then naik lagi tangga sampai level 3 baru jumpa bilik aku. huhuhu. Lepas dah solat zohor , baru lah pergi clinic. Biasanya perjalanan ke clinic amek masa 10min tapi aku ambil masa setengah jam. huhuu. Aku anggap sakit nie nak hapuskan dosa-dosa aku and nak bantu aku waktu mid term dapat markah lebih. heheeh amin. :)


 .Bangunan ICT pun akan bertukar next month. Tak ada la lagi tengok aku pakai tinggi-tinggi. Semua nyer flattttttttttttttttttttt.......
lebih kurang macam nie, tapi aku nyer white color


NO MORE WEDGES



ONLY CHEESY WEDGES

p/s: aku sanggup habiskan proposal SQA, baru update pasal kaki terkehel. hahaha

10/23/11

Don't Judge A Place From News at TV.

Waaa.. Suka suki hati aku je buat perumpamaan baru. Ni la sebabnya budak BENL pernah marah dengan grammar aku. Hahaha.. Forget it! Sebenarnya aku perasan, bila every time aku pergi Indonesia. Orang selalu pelik. Best sangat ke???



  1. "Nina, tempat tu kan 3rd  world country. Best ke? Suka sangat pergi sana". 
  2. "Kau tak takut ke? Ada gempa bumi , kawasan lingkaran gunung berapi pula tu"
  3. "Sana kan banyak rusuhan, you should be careful la, tak perlu la pergi sana bahaya"



Aku pelik, orang yang buat statement 3 di atas tu semua tak pernah pergi Indonesia. Yes,  i repeat TAK PERNAH PERGI PUNNNN.. Tapi kenapa dia orang boleh buat judgement macam tu??


"DON'T JUDGE A PLACE FROM NEWS AT TV"

Dengar cakap saya!


No 2 tu aku boleh consider la, macam gempa bumi di Bali yang terbaru ni. Mesti la aku tak pergi, kerana kebiasaan gempa bumi ,akan ada gempa susulan yang lebih dahsyat sebelum nya. Tapi yang aku tak suka, kebiasaan nya orang suka buat judge sesuatu tempat sebelum pergi kat tempat tu. 


Kenapa aku suka pergi sana? Sudah tentu shopping dia murah. Aku buat perbandingan, kalau dekat sini korang beli baju POLO berapa ringgit?? RM80 ke atas kan? Kalau dekat sana aku boleh dapat sampai 3 helai baju POLO dengan harga yang sama mesti la aku suka pergi sana. OK simple reason rite. 


Sana banyak rusuhan. Hurm , nak kata banyak rusuhan, Malaysia pun ada gak rusuhan. News dekat TV mesti la keluarkan benda yang buruk je , mana ada benda yang baik. Ada ke pernah ko tengok TV tajuk berita pasal benda yang aman? Ada? Jarang la, kalau ada dekat berita last-last . Hahahah.. Jadi jangan la buat judgement sebelum pergi tempat tu. Nanti korang sendiri menyesal dengan statement sendiri.


Aku pun dulu pernah kata Indonesia. Apa yang ada kat sana? Best ke? Sekali dah pergi baru tahu. Rakyat mereka sebenarnya pandai-pandai tak ada nya suka buat rusuhan. Cuma mereka tidak mempunyai peluang untuk meneruskan pembelajaran. Yang kaya semakin kaya, yang miskin semakin miskin. Kadangkala, mereka kata kami cemburu dengan rakyat Malaysia yang tidak perlu bekerja kuat tetapi masih dapat gaji yang lumayan. 


Biasanya "Don't judge a book by its cover" dan "Tak kenal maka tak cinta" Kenali tempat itu, kenali rakyat mereka .. Baru lah anda boleh bagi statement "TEMPAT TU TAK BEST LA NINA." Ok waktu tu aku boleh terima statement korang tu. Thank you.


p/s: Hei, its my opinion. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...