Australia ~ Part 4

16.9.2010

Perjalanan untuk hari ini ke Harbour City and ke Perth City. Dekat Harbour City , memang best shopping. Imagine adik aku beli sandal Rubi jer 5Aussie Dolar. Kalau convert duit Malaysia pun masih lagi berbaloi RM15 . Kalau kat Malaysia tak dapat lah Rubi harga RM15, dekat harga RM40 ringgit kot untuk sandal sempoi macam tu.
Selain tu, Cotton On yang kat Malaysia memang mahal. Kat sana, murah.Memang kami shopping sakan ler. Kalau jeans untuk levis lagi best. Buy 1 Free 1, kalau price dia 25Aussie Dolar. Korang amek lah lagi satu jeans. Huhu.. Adik aku dengan aku buat macam tu. Kira worth it , lah kalau convert tu Malaysia price.
Dekat Harbour city nie ada kedai arab yang jual roti sama macam Subway, kedai tu sebelah Subway. Memang sedap lah, jangan risau kedai itu halal.

Lepas dah puas shopping, kami ke Perth City, di sini kami shopping juga mana-mana barang yang teringin nak beli and beli-beli barang di kedai door gift, sebelum pulang ke Malaysia .

Atas: Di Perth City
Bawah: Di Harbour City

Selepas puas berjalan-jalan di Perth City, kami ke Kings Park. Tempat nie juga wajib dilawati sambil dapat melihat kawasan sekitar Perth.

Di kings park

17.9.2010

Hari ini kami terpaksa mengucapkan selamat tinggal kepada pakcu and family. Seminggu yang sangat best. Flight kami pada pukul 6 pagi. Banyangkan, pukul 4 pagi ag kami dah bergerak. Wargh.. Angin sejuk aussie menyambut kepulangan kami sekeluarga.
I wish to go there again. Hehehe. :)

Comments

Popular Posts