Stesen Keretapi Tanjong Pagar.


Apabila aku mendengar khabar berita bahawa, stesen ini bakal ditutup pada bulan Julai 2011. Rasa hati sangat sedih kerana kesan peninggalan sejarah Malaysia yang masih kekal di Singapura, kini telah tiada dan stesen tersebut bakal di serahkan kepada kerajaan Singapura.


Mungkin aku bertuah, kerana dapat menaiki keretapi dari KL Central ke Singapura ( Stesen Keretapi Tanjong Pagar). Suasana di situ, mengingatkan kembali kepada nostalgia tahun 50an .Meja cafe seperti zaman cerita P-Ramlee, suasana yang tenang dan keadaan yang membuatkan kita terasa seolah-olah berada di zaman filem P.Ramlee.


Sungguh! Itu yang aku rasakan ketika berada di Stesen Keretapi Tanjong Pagar. Struktur bangunan yang mempunyai identiti tersendiri dan dibina pada zaman kolonial dapat dilihat di Stesen Keretapi Tanjong Pagar.Pengalaman yang begitu berharga untuk diriku.

Mengikut pengalaman mereka, yang selalu menaiki keretapi untuk bergerak ke utara dan selatan. Keretapi ke selatan, seolah-olah kurang di selenggara dengan baik. Tiada kantin di dalam keretapi. Sebelum ni, abah sibuk pesan dalam keretapi nanti beli je makanan dekat kantin keretapi banyak benda di jual. Tapi bila waktu breakfast, aku pergi sampai gerabak yang hujung sekali semata-mata nak cari kantin. Then, nampak gerabak untuk 1st class. Nak gak try masuk, sekali ada pulak pekerja KTMB kat situ

Pekerja KTM: Nak buat apa dik? situ tak leh masuk
Kami: Dalam hati (Haish, tak sempat nak buat kerja gila-gila tengok 1st class punya.) Nak cari kantin.
Pekerja KTM: Dah lama tutup dik..
Kami: oooooo... (sambil pergi balik arah gerabak kami.)..






Aku rasa sangat sedih kerana tapak warisan yang harus di jaga oleh rakyat Malaysia, seharus nyer di pertahankan. Yeah, kalau bangunan warisan Malaysia yang berada di tanah air kita sendiri tidak dapat dipertahankan , apatah lagi yang berada di luar negara kita. Seperti contoh, Penjara Pudu sendiri di robohkan.

Nasi sudah menjadi bubur. Stesen Keretapi Tanjong Pagar kini milik Singapura.
More story about my journey at Singapura Part 1

Comments

Popular Posts