Akal

Aku pandang
Aku lihat
Aku senyum
Ada yang aku setuju
Ada yang tidak
Ada yang betul
Ada yang salah
Ada yang kasar bahasa nya
Ada yang lembut kata-kata nya
Ada yang kurang ilmunya
Ada yang tinggi ilmu tetapi tidak mengamalkannya
Ada yang banyak pengalaman
Ada yang kurang makan garamnya
Ada segalanya~
Itu manusia mempunyai akal dan fikiran.
Kerana Allah kurniakan mereka kelebihan untuk terus berfikir dan memilih perkara terbaik di dunia
Berhati-hati sebelum berkata
Jangan nanti kata-kata meragut diri.
Kerana dari kata-kata mempamirkan setinggi mana ilmu kita.

Comments

Popular Posts