Bersih 2.0

Tuntutan Segera Perhimpunan BERSIH 2.0

1. Bersihkan senarai undi

• Senarai undi harus dibersihkan dengan segera untuk menyingkirkan ‘pengundi hantu’ seperti orang yang telah meninggal.

• Pendaftaran pengundi automatik yang diselarikan dengan senarai Jabatan Pendaftaran Negara boleh menyelesaikan masalah pengundi hantu dalam jangka masa panjang.

2. Mereformasikan undi pos

• SEMUA pengundi seharusnya dibenarkan untuk mengundi melalui undi pos atau mengundi lebih awal sekiranya seseorang individu itu tidak dapat berada di kawasan pengundian semasa hari mengundi.

• Anggota polis dan tentera yang tidak bertugas harus mengundi seperti biasa pada hari mengundi.

• Undi pos mesti dijalankan dengan telus! Agen parti politik harus dibenarkan untuk memantau proses undi pos.

3. Gunakan dakwat kekal

• Penggunaan dakwat kekal boleh mengelakkan seseorang (atau pengundi hantu) daripada mengundi beberapa kali.

4. Masa kempen minima 21 hari

• Masa yang lebih panjang diperlukan untuk calon menyebarkan maklumat, terutamanya di kawasan luar bandar dan pedalaman. Contohnya, pilihanraya negeri Sarawak baru-baru ini diberi masa kempen 10 hari sahaja.

• Pada 1955, ketika era pemerintahan penjajah, pilihanraya mempunyai masa kempen sepanjang 42 hari. Manakala semasa Pilihanraya Umum ke-12 pada 2008, masa kempen 8 hari sahaja.

5. Akses media yang bebas dan adil

• RTM dan Bernama adalah agensi media yang dibiayai oleh kerajaan. Mereka sepatutnya memberi liputan yang seimbang dan adil untuk semua parti yang bertanding.

• Parti politik harus dibenarkan untuk membuat pengiklanan tanpa sebarang diskriminasi dan penapisan.

• Ini adalah mengenai keadilan! Semua media perlu memberikan hak untuk semua parti membalas kepada tuduhan-tuduhan negatif terhadap mereka.

6. Kukuhkan institusi awam

Institusi awam dan kakitangan kerajaan harus tidak berat sebelah dan menegakkan undang-undang dan demokrasi. Institusi awam harus direformasikan supaya bertindak secara bebas, menegakkan undang-undang dan melindungi hak asasi manusia.
Contohnya :

Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) hendaklah memastikan pilihanraya yang bebas dan adil.

Badan Kehakiman harus memelihara kebebasannya dan menegakkan kedaulatan undang-undang tanpa gentar atau memihak.

Peguam Negara perlu bertindak secara tidak berat sebelah dan mengutamakan kepentingan rakyat.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia harus bertindak dengan adil dan menghentikan pendakwaan selektif dan penyalahgunaan kuasa.

Polis Di Raja Malaysia perlu bertindak secara profesional dalam melaksanakan tugas dan menegakkan kedaulatan undang-undang.

7. Hentikan rasuah

Rasuah adalah kegiatan mencuri dari rakyat untuk kepentingan peribadi. Rasuah menyebabkan orang kaya bertambah kaya dan golongan miskin semakin miskin.

Pembelian undi harus dihentikan!

Akta Kesalahan Pilihanraya 1954 mesti dikuatkuasakan.

8. Hentikan politik kotor

BERSIH 2.0 menuntut SEMUA parti politik untuk menghentikan politik kotor.


Komen: Ini bukan isu melayu bakal jatuh, ambiga atau sebagainya

Ini isu keadilan kepada rakyat agar mendapatkan system pengundian yang lebih telus dan "BERSIH". Masih ramai yang kurang faham selagi berkiblatkan berita di TV yang sangat bias dan tidak pernah memberi peluang kepada pihak pembangkang untuk memberi pendapat. Masih percaya kepada berita-berita Berita Harian yang sememangnya merupakan syarikat pihak kerajaan. Pasti ada sebab mengapa pihak-pihak ini mahukan BERSIH , kerana mereka sendiri lihat begitu banyak penipuan yang dilakukan oleh pihak SPR .

Jika benar pihak kerajaan tidak bersalah dan tidak rasa SPR melakukan penipuan, mengapa perlu rasa terancam dan terganggu ? Sehingga sanggup menurunkan semua polis, polis hutan dan FRU turun ke Kuala Lumpur. Berbeza keadaan di Malaysia dan di luar negara. Pihak polis di sana memberikan kerjasama yang baik malah mereka sendiri sanggup menjaga mereka yang melakukan perhimpunan dan tidak memberikan kekecohan.

Suasana di Malaysia sangat berbeza dengan suasana. Rakyat melakukan perhimpunan secara AMAN. Tidak melakukan sebarang provokasi, jika ada yang melakukan provokasi pasti akan disuraikan(pengalama cousin aku sebentar tadi). Ada yang mengatakan orang-orang Bersih ini melakukan kekecohan, jika dilihat secara logik . Siapa yang kecoh siapa? __________.

Bersih menyekat rezeki?
Secara logik apabila saya baca dari Twitter mengenai bersih ini ada yang mengatakan bahawa masih ada lagi peniaga dapat berniaga seperti biasa. Pada hakikatnya, jika Bersih tidak diprovokasi sudah tentu Bersih ini dapat dijalankan dengan baik dan juga peniaga dapat berniaga seperti biasa.Kita ambil contoh senang di England mereka akan menyediakan tempat berhimpun dan rakyat diberi peluang untuk berhimpun. Aktiviti harian mereka masih lagi berjalan seperti biasa dan rezeki tidak akan disekat kerana tidak ada kekecohan berlaku di perhimpunan tersebut.

Saya harap sebelum kita memberikan sesuatu pendapat , sila kaji terlebih dahulu. Lihat kedua-dua pihak agar kita boleh menilai dan berfikir sendiri siapa yang betul dan siapa yang salah. Baru lah di situ nampak kematangan diri anda dalam memberikan pendapat mengenai isu bersih.


Comments

  1. “First they ignore you, then they laugh at you, then they fight you, then you win.” Mahatma Gandhi

    ReplyDelete
  2. ustaz gi gak, dia kata mamak n chinese ambik peluang perniagaan. mee rebus sikit dan tawar. air sirup rm2. dorg bg cash tp tak ambik change. utg gle!

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts