Singapore

Percutian kami bermula dari 11/2/2011 - 13/2/2011 .

Shortest vacation ever. 3 hari aje.. Agak banyak juga tempat kami miss since our plan tak berjalan dengan lancar coz delay train.. Percutian kali ini disertai seramai 5 org , Nina ofcoz la saya, Along, Dua orang kawan along -kak zetty and kak naza , and kak tiqah..

Tempat penginapan : Rumah atok kak tiqah at Street 42, Tampines, Singapore
Pengangkutan sepanjang berada di Singapore : MRT and Bus. hehe (sangat jimat and standard price if you make one to one price)

Perjalanan kami ke Singapore, menaiki Kereta-api dari KL Central ke Tanjong Pagar, Singapura klasik sungguh, teringat macam cerita P.Ramlee! Sebenarnye ,ini adalah kali pertama utk saya and along menaiki train.. Biasanya, tak pernah lak nak cube.. Well its kinda adventure and best actually... Kami amek Class: Superior Night class (bed sit)... Harga ticket rm40.. Murah sedikit dari naik flight cuma .. Perjalalan mengambil masa selama 8jam!!!

Atas:1. Jam di Tanjong Pagar
2.Me along
Bawah:1. Kak tiqah, Along, Kak Zetty, Me and Kak Naza (sorry small pic)
2. Dalam keretapi.. Org lain tidor, kami ambil pic jer.. huhu

Train sepatut nyer pukul 1100pm tapi delay half and hour, so kami naik train around 11.35pm. Saja sebenar nye , amek train malam.. Selain dapat tidor utk journey yg agak panjang dan lama ini.. Tujuan asal menaiki train, kerana kami ingin merasa menaiki keretapi yg menuju ke Tanjong Pagar Singapore sebelum tanah milik Malaysia ini menjadi milik Singapore. Pasti pelik bukan, ya.. Masih ada lagi tanah Malaysia di kawasan Singapore. Tapi nak buat macam mana bulan 7 nnt pihak Singapura akan mengambil kawasan Stesen Keretapi Tanjung Pagar menjadi hak milik Singapura. So, lepas nie.. KTM hanya akan berehenti sampai Woodland sahaja.. Sedih2... :(

Sepanjang perjalanan sebenarnye agak susah utk aku tidor, lebih2 lagi duduk katil atas.. Adeh.. rasa mcm kena buaian jer.. Bila keretapi tengah laju.. Rasa mcm nak terjatuh pun ada. Asal dua jam sekali jer terjaga... Tp jangan risau semua nye selamat InsyaAllah.. Tapi disarankan, sapa yg gayat and tak biasa lagi amek lah katil bawah... Yg pelik nyer, mcm mana aku leh study statistic atas tu??

Hanya aku, and kak tiqah aje yg dapat tidor kat katil atas.. Along and kak zetty dah kongsi katil bawah.. and kak naza tidor sorang2 dkt katil bawah..
Tapi, ingat train sampai awal pukul 7 .. Malang nyer, around 6am, wkt nak solat subuh solat atas katil jer.. Keretapi mengalami masalah kerosakan enjin.. Around 2/3 hours kami stranded dekat Station Kulai , Johor... tinggal lagi dua station jer nak sampai ke Singapura... Tp,time nie yg sedap qada tidor! tapi yg tak best nya.. Our plan dah jd delay.. Dah nsb badan...

Kami sampai ke Station Tanjong Pagar pukul 12.00 tengah hari.. Uncle kak tiqah.. Che' Ahmad ambil kami di sana.. Kami pun terus ke rumah Atok di Tampines, untuk makan tengah hari and mandi sebelum meneruskan our journey ke ........ just wait lah!!


Comments

Popular Posts