Surabaya, Indonesia : The Untold Stories.


Alhamdulillah , aku dah berjaya tulis trip Surabaya. Mungkin semua orang nampak aku happy, ceria dan bahagia. Tapi ada cerita yang aku tak bagitahu, sebab nanti merosakkan mood pembaca. Jadi untold stories ni aku simpan dahulu hingga ke last post .


The untold stories 1

Cerita yang ni agak seram, takut? atau pedih. Mana satu sesuai ya, korang klasifikasikan sendiri lah lepas dah habis baca ye.

Ceritanya, mata putih aku terkena paper cut atau lebih tepat money cut! Punca dia macam ni, sebelum berlepas ke Surabaya aku beli la air mineral sebab dalam kapal terbang mahal dekat hall murah sedikit still mahal. Jadi sewaktu aku nak bayar di kaunter , aku mungkin terkeluarkan duit RM1 baru tu secara cepat. Maka terus tersusuk ke mata aku, dan menghiris mata putih ku. Maka, aku menahan pedih. Imagine , baru nak bertolak dah kena dugaan.


Hati-hati duit ini tajam di tepi
Source : http://duitbeliduit.blogspot.com
Jadi mata aku terus mengeluarkan air mata tanpa henti. Macam aku nak tinggalkan orang tersayang. Naik atas kapal terbang, aku minta la steward tu eye more. Mana ada. Menangis tanpa henti aku dalam flight, padahal aku tengah menahan pedih. Imagine setiap kali aku kedip mata, aku kelip mata aku rasa teramat mata. Macam orang kena paper cut kat tangan pun berdarah, inikan aku kena kat mata. 

Nasib baik akak aku pernah ada pengalaman, office mate dia tercucuk duri pada mata putih. Sampai berdarah-darah. Husband dia macam dah nak kena sawan risau tengok bini dia. Sampai dua kali dia pergi clinic, tapi ubat yang diberi tetap sama -eye more juga. Office mate akak aku siap fikir dia bakal jd disable-buta. Alhamdulillah, on 2nd day dia dah sihat. Ok juga dia dapat pergi clinic, aku ada atas awan clinic mana nak singgah??

Tapi aku dengar cerita dari akak aku sambil, angguk-angguk menahan pedih dan satu saat aku tak tahan sakit aku hentak kaki. Nasib baik la flight tu smooth. Mamat indon sebelah aku asyik pandang apa pasal minah ni berkelakuan pelik. Aku cuba nak tidor, tapi bila bangun pedih yang amat!! Terus minta steward tu ais letak kat mata. Dah macam orang kena tumbuk pula. 


Pakai glasses demi melindungi mata yang sakit
-Glassess kak meng . Sehari pakai aku patahkan.
Jadi sepanjang satu hari tu aku menahan pedih mata. Kejap okay, kejap tak okay. Selepas ke Lapindo Sidoarjo, kami ada singgah Apotek (Farmasi). Tapi Pharmacist tu cakap jumpa doktor. Aku bukan nak cerita buruk pasal hal doktor disini. Cuma kakak sepupu aku yang pernah belajar disini ada cerita Doctor-doctor sini pun pergi negara seberang untuk berubat. Inikan pula aku nak pergi jumpa doctor , entah-entah nanti dia charge aku berapa juta tah.

Finally, aku singgah kedai serbaneka beli eye-more. Jadi satu hari hidup dengan mata bengkak sebelah ,pedih dan non-stop keluar air mata. Sihat je eye-more tu hilang. Sampai di hotel, sempat google pasal kena paper cut at eyes. Kalau kena pada mata putih tidak mengapa, tapi kalau kena mata hitam sila cepat ke hospital. Nasib tak kena mata hitam. Alhamdulillah selamat.

The untold stories 2

Kalau anda semua baca pada Surabaya, Indonesia Part 1 pasti perasan aku tulis note diatas sekali. Malas nak buka, meh aku paste balik apa yang aku tulis.


"Sememangnya agak sukar untuk aku update blog and duduk depan computer lama-lama dengan keadaan badan dan condition tulang aku yang tak berapa stabil. Diulangi TIDAK STABIL. Oh, sila abaikan, kerana Ketidak stabilan itu sudah berubah menjadi hampir stabil. Alhamdulillah. Akhir nanti aku cerita la apa sebab nye. Kerap hilang focus ketika update pun melambatkan process nak update blog. Dah le tuJom le baca travel trip aku yang the latest niwahaha."'
Nampak apa yang aku boldkan? Condition tulang. Ringkaskan cerita, aku jatuh terduduk dalam bilik air dekat hotel. Aku kena pada malam sebelum balik, jadi waktu aku shopping on last day tu aku tak berapa stabil. Nak bangun dan duduk susah, terutama sekali sakit dibahagian coccyx. Nasib baik shopping hanya memerlukan untuk aku berjalan dan aku masih boleh berjalan. 



Coccyx bone
Source: diymotorcycleseat.com
Sekarang ni masih lagi dalam pemeriksaan doctor. BTW, disebabkan aku busy FYP. Aku boleh lupa nak pergi clinic untuk tahu result x-ray aku dari doktor pakar. Dush! Confirm kena marah dengan doctor. Tapi jangan risau ya semua. Alhamdulillah after two weeks, aku dah beransur pulih. Cuma kadang-kala sakit datang sebab aku banyak sangat duduk depan computer. Sakit tu bertambah lagi kalau aku naik bus , jadi aku sekarang ni kena kurang aktiviti. wahaah.


BTW,tolong doakan our travel partner kak meng sekarang dalam hospital. Waktu aku sakit terjatuh, dia pun tengah sakit belakang. Jadi sepanjang trip di Surabaya, dia cepat lenguh.. Jadi,sekarang tengah tahan dalam ward for MRI, doctor suspect slip disc. Harap-harap tak kena and cepat sihat. amin.


Note 1 :Tapi aku bersyukur, sekurang-kurangya sakit ni dapat hapuskan dosa aku dan aku tahu Allah beri ujian kerana sayang akan aku :)

Itulah the Untold Stories aku. 

Updated: Alhamdulillah, aku pergi X-Ray doctor kata "Everything was fine. Tak ada retak atau patah. Kalau ada rasa pain tu sebab jatuh jadi ada lebam sikit. nothing serious" Alhamdulillah

Comments

  1. takutnya kan kalau kes jatuh setelah kita meningkat umur ni. mak kitew kata, sekarang ni tak nampak kesannya tapi akan nampak kesannya bila kita dah tua nanti. saya pun risau juga dengan diri sendiri.tentang kena paper cut tu tak dapat dibayangkan.. kalau kena jari pun dah sakit.. inikan mata. harap bertabah yer.
    nanti update lagi jer tentang mata tu. risau pulak saya ni.

    ReplyDelete
  2. relaks girls... Alhamdulillah, mata tu sakit satu hari.. 2nd day dia dah fully sihat.. tak ada apa..

    Pasal tulang coccyx tu je kena banyak mkn sayur minum susu and jaga tulang.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts