10/7/12

Surabaya, Indonesia- Day 2 Part 1: Taman Safari Indonesia II Prigen, Pasuruan

14/4/2012

Setelah 5 post aku tulis untuk hari pertama. Maka ini post 1, untuk hari kedua. Kalau baca tajuk, mesti dah tahu aku pergi ke mana. Mula-mula aku agak confuse, kebun haiwan dan Taman Safari ni sama ke lain? Nasib baik aku sempat tanya coursemate aku dari Indonesia pasal ni. Rupanya berbeza dan kedua tempat ni berada di tempat yang berbeza. huhuu



Lebih kurang pukul 6.40 am awaltu! kami dah turun untuk makan breakfast yang disediakan hotel. Makan cepat-cepat dan siap tapau ayam goreng dan nasi goreng untuk dibawa bekalan perjalanan ke Taman Safari. Tepat pukul 7.15am ,Pak Tri siap menunggu kami di bawah untuk bergerak ke Taman Safari. Perjalanan mengambil masa selama 2jam melalui jalan tol. Including berhenti dan macet.


Taman Safari Indonesia II Prigen, Pasuruan
Photographer: Syahidah Adnan

Sampai sahaja di gerbang Taman Safari pada pukul 9, kita akan nampak Gunung Arjuna. Memang cantik,macam lukisan sahaja. Di sepanjang jalan masuk ke Taman Safari, kita dapat menikmati pandangan padi bukit. Teringat waktu belajar geografi dulu, tengok gambar je lah padi bukit . Sekarang tiap-tiap tahun kau ke Indonesia. haha. Taman Safari ini berbeza kerana ia menerapkan konsep berhibur sambil belajar mengenai kepentingan memelihara haiwan liar. Seronok!


Padi Bukit
Photographer: Syahidah Adnan

Sampai di kaunter ticket, kita perlu bayar untuk entrance fee. Entrance fee termasuk lawatan ke Taman Safari dan pertunjukkan di Taman Safari kecuali taman air, dan permainan.  Memandangkan kami menaiki  kereta dari Indonesia, jadi kami dapat harga warga Indonesia. Muka bangga.  Kami cuma dikenakan charge RP60K/ person dan RP10K/Car.  Kalau naik dengan tour bus, anda dikenakan charge RP90K-RP100K (kurang pasti).


Map Taman Safari (click for large image)
-Map sekarang dah bertukar tapi struktur lebih kurang sama.
Selama 1 jam lebih kami menikmati pemandangan haiwan liar di kawasan Safari. 


Sang Singa bersama Isteri-Isteri nya. haha
Photographer: Syahidah Adnan

Macam twilight tak?
Photographer: Syahidah Adnan
Then, kami parking untuk bersiar-siar di sekitar kawasan taman rekreasi. Memandangkan waktu tu dah  dekat dengan pertujunkan gajah, maka kami stay sahaja. Mula-mula hanya ada kami dengan  1 lagi family tunggu. Tapi bila dah start pertunjukkan jadi ramai pula. Pertunjukkan gajah di Taman Safari ni, tak ada lah macam biasa-biasa sahaja. Tapi mengagumkan kami, kerana pertunjukkan gajah sambil menerapkan kepentingan memelihara hutan , habitat gajah.


Gajah berjalan diatas kayu
Photographer: Syahidah Adnan
The end of the show, mc tu panggil Kak Syahidah. Agak nya dia fikir orang Indonesia, dia pun terkejut warga Malaysia. hahah. Rupanya, mereka ingin tunjuk cara gajah menjaga anak daripada musuh. Jadi,  akak sepupu aku ni kena  meniarap dan menyamar macam "anak gajah". Haha. Kalau nak orang attract, sila pakai pakaian warna merah. ngee :P


Sampai bila melayu harus diduduk oleh gajah? Hehe
Perhati betul-betul. Sepupu aku dibawah gajah
Photographer: Kak Meng
Puas bergambar dengan en.Gajah. Kami bersiar-siar di sekeliling kawasan. Bestnya, anda berpeluang bergambar dengan anak harimau (1 tahun), baby harimau, baby monyet.Cuma kalau nak bergambar ni, kena bayar RP10K/ haiwan la. 


Kak Meng bersama Kenzo (Anak Harimau 1 tahun)
Kami sempat solat jamak di musolla yang di sediakan. Jangan risau telekung turut disediakan. Memandangkan perut masing-masing dah lapar, maka kami beli makanan di Restoran Gading. Nasi harga lebih kurang RP20K- RP35K (complete set bersama air). Kira okay juga, sebab kalau makan dekat restoran memang harga macam tu.
Asalnya kami ingat nak gerak awal sebab nak gerak jauh lagi. Tapi, dah nak dekat dengan pertunjukkan Dolphin! Aku memang nak sangat tengok. Excited wei, sebab nampak iklan show dolphin ni di Restoran Gading . Show Dolphin ni bertaraf antarabangsa! Tak percaya? 


Dolphin Show
Photographer: Syahidah Adnan

Sebenarnya, kalau nak best lagi kena spent time satu hari dari tengah hari sampai petang. Sebab ada lagi show yang  menarik tak dapat kami tengok. If korang buat review, dari blog lain mesti tahu. Tapi nak buat macam mana sebab kami kekurangan masa dan nak berjalan  jauh lagi. Jadi, habis sahaja show Dolphin, kami terus bergerak. Nak tahu ke mana? Tunggu...



Note1: Kali ni , aku cerita panjang-panjang. Next post aku update gambar banyak-banyak.


Note 2:  Aku pernah nampak gambar Kak Syahidah  dengan mak dia dekat Amerika waktu Dolphin Show. Jealous waktu kecik, nasib dah pernah pergi ke Taman Safari Indonesia II Prigen, Pasuruan. Hilang jealous. hahahha

4 comments:

  1. asyik Mimaland je.. hahhaha.. Mimaland mana ada haiwan.. huhu

    ReplyDelete
  2. dengan dolphins takboleh bergambar ek?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh.. cuma kami je tak ambil gambar sebab tak sempat.huhuhu

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...