Surabaya, Indonesia- Day 3 Part 2: Selamat Tinggal SuroBoyo

Setelah kami selesai bershopping di Jambatan Merah Plaza kami bergerak menuju ke Bandara pada pukul 3pm memandangkan flight kami pada pukul 6.00p.m waktu Indonesia (WTB). Perjalanan mengambil masa selama 1 jam melalui jalan tol ke Bandara. Sampai airport lebih kurang pukul 4p.m.

Pilihanraya campaign
Photographer: Syahidah Adnan

Memandangkan along dah check-in di KL untuk penerbangan Surabaya-KL. Jadi, kami cuma perlu baggage drop sahaja. Di kaunter yang sama juga,kita perlu bayar air port tax sebanyak RP150k. FYI, duit airport ni dah menaik mendadak, dulu RP75K  dua kali ganda naik. 

Information:Kalau di Bandung, air port tax perlu di bayar di kaunter air port tax. 

Selesai, pembayaran kami semua ke Surau Airport yang berdekatan dengan Hall 11 (kalau tak silap). Kebanyakan surau di Indonesia, tidak mempunyai penghadang penuh jadi ramai yang berasa tidak selesa. Sebenarnya aku rasa tidak mengapa yang penting kita perlu tahu menjaga aurat. Cuma aku ada baca review ada sesetengah orang tidak berapa suka . Kadang kala mereka sanggup tunggu orang lelaki habis solat, baru masuk surau untuk solat. Jadi nasihat aku, bila berada di negara orang kita perlu terima culture mereka. Tak ada salahpun rite ? :) Panjang membebel pula dah.


Salsa Cafe
Photographer: Syahidah Adnan
Selesai solat, kami terus ke Salsa Cafe yang berdekatan di ruangan menunggu. Kami order, then boleh pula pergi shopping fridge magnet. Dalam post Shopaholic at Surabaya, ada aku bagitahu Fridge magnet susah nak jumpa di Surabaya .Bagi penggemar fridge magnet satu kesedihan apabila terpaksa membelinya di airport dengan harga yang sangat mahal.


Departure Hall
Photographer: Kak Meng
Sesudah shopping, sampai-sampai sahaja makanan dah tersedia di meja. Teruk betul, badan dah lapar tak sempat snap picture. Tapi boleh tahan juga lah. Nice. Alhamdulillah perut kenyang, kami ke departure hall untuk berlepas.Tepat pukul 6p.m (WTB) kami berlepas pulang.

It's time to say Good Bye SuroBoyo! 


Juanda Airport
Photographer: Syahidah Adnan
Note 1: Kenapa aku semangat update? Sebab dah submit kerja serta dah settle jumpa lecture. Yeah! Tinggal nak interview ohhh menakutkan.. Diceritakan, company tu ada high expectations on student. Aku tak kisah la, janji try and mencuba .. ngee.. 

Note 2: Aku nak cerita peristiwa menyedihkan on next post.Dugaan di Surabaya. 

Note 3: Nak update travel itinerary untuk semua negara. gambate nina!

Comments

  1. Will be in Surabaya somewhere in next week. Will used some your info here as a guide.
    * Nice layout and theme!

    ReplyDelete
  2. @Zaarab: the theme and layout still under maintenance.. huhu
    Have a safe journey.. take care di sana yeah :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts