Surabaya, Indonesia -Day 2 Part 2: Coban Rondo

Dari Taman Safari Indonesia II Prigen, Pasuruan  ke Coban Rondo dan mengambil masa selama 2 jam. Coban Rondo terletak di Desa Pandesani, Kecamatan Pujon, Kabupaten Malang. Please take note, kalau anda datang ke sini tanpa GPS , anda perlu cari jalan yang mendaki gunung sebab signboard Desa Pandesani tu ada bila dekat dengan kaki gunung. Sebenarnya perjalanan ke Coban Rondo dari Prigen, Pasuruan tu less than 2 hour, tapi jadi terlebih sebab Pak Tri tak tahu sangat jalan di Malang.



Di sepanjang perjalanan, seperti biasa kita dapat lihat pemandangan bukit-bukau yang indah. Selain itu, pemandangan padi bukit yang memukau. Kata kak syahidah, pemandangan di Jogjakarta lagi menarik. arghhh nak pergi !

Muka Semangat bersama bekal
Photographer: Syahidah Adnan
Fakta mengenai Coban Rondo.
  1. *. Air Terjun Coban Rondo memiliki ketinggian 84 meter.
  2. *. Air Terjun Coban Rondo berada pada  ketinggian 1.135 meter dari permukaan laut.
  3. *. Suhu rata-rata +/- 22 derajat Celcius.
  4. *. Coban Rondo terletak di desa Pandansari Kecamatan Pujon Kab. malang.
  5. *.Coban Rondo berada dalam wilayah KPH Perum Perhutani Malang.
  6. *. Kadar  air terjun pada musim hujan 150 liter/ detik.
  7. *. Kadar air terjun pada musim kemarau 90 liter/ detik.
Aku edit Bahasa Indonesia ke Bahasa Melayu .hehe. Source: malang-plasa.blogspot 
Coban Rondo
Photographer: Syahidah Adnan

Lagenda Coban Rondo

Aku  ringkaskan ya, ada seorang wanita bernama Dewi Anjarwati dari Gunung Kawi yang baru berkahwin dengan Raden Baron Kusuma dari Gunung Anjasmoro eh mcm anjasmara. Dipendekkan cerita, mereka akan berkunjung ke rumah Raden Baron di Gunung Anjasmoro. Tetapi keinginan mereka dihalang oleh ibu bapa Dewi Anjarwati sebab mereka baru berkahwin 36 hari .der orang nak pergi rumah pak mentua pun tak boleh ke? 

Tetapi mereka berkeras nak pergi, dalam perjalanan muncul lak entah dari mana kelibat  Joko Lelono yang terpesona dengan kecantikan Dewi Anjarwati. bini orang woi..  Raden Baron bengang lah, ada orang nak pikat bini dia. Jadi Dewi Anjarwati telah disembunyikan di suatu tempat yang mempunyai air terjun (Coban). Tapi, Raden Baron telah mati dalam pergaduhan tersebut. Dewi Anjarwati sendirian tetap menunggu kepulangan suami walaupun dia dah jadi janda (Rondo).

Disenangkan cerita, Coban Rondo bermaksud Air Terjun Janda. ooooo..

Lagenda Coban Rondo
Photographer: Syahidah Adnan
Beli lah kalau teringin
Photographer: Syahidah Adnan
Puas mengambil gambar, kami pun pulang ke Surabaya. Dalam perjalanan pulang kami lalui kawasan Bandar Malang. Selama ni, fikir Malang ini malang seperti nama nya. Tetapi salah rupanya sangkaan aku, Bandar Malang mempunyai banyak universiti, kawasan yang pesat membangun,lagi membangun dari Surabaya.Tetapi waktu kami balik tu dah pukul 6, dah gelap. Jadi tak berapa nampak sangat bila ambil gambar dalam kereta. Jadi tiada gambar Bandar Malang untuk aku tunjuk. sobs

Senja di Bandar Malang
Photographer: Syahidah Adnan

Perjalanan dari Coban Rondo ke Surabaya melalui jalan tol mengambil masa selama 3 jam.termasuk macet. Sampai sahaja di Surabaya, kami minta Pak Tri bawakan kami ke satu museum. Museum apa buka sampai malam? Nak tahu.. tunggu.. asyik kena tunggu aje la.

Comments

  1. seronoknya dapat p sana..ni pergi sendiri ke atau buat rombongan?..tiket nak p sana bape eh..

    ReplyDelete
  2. pergi sendiri la.. tak cool la pakai travel agency.. haha. ticket dapat RM100 kalau x silap

    ReplyDelete
  3. kalau ada rezeki..mungkin ke Malang juga urusan kerja..kalau proposal sy berjaya hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyaAllah goodluck. what should i call you? Dr Cat?

      Delete

Post a Comment

Popular Posts