Why i love to travel.

Note: Sensitif issue, tak dapat nak terima jangan teruskan membaca.

Hakikat nyer , dahulu saya bukan seorang yang selalu travel. But waktu 2009, my journey begins. Since, that day saya tak boleh berhenti travel. Yer, thanx to air asia for your promotion ticket yang murah. Yup! Everyone can fly. Kalau dulu, waktu ada MAS saje, dah la ticket mahal. Waktu kecik-kecik, nak naik kapal terbang memang tak ada dalam imigination. Ticket price/person sangat la mahal.

I am not came from a rich family, atau pun anak last yang di pampered dengan duit parents or brother sister. But, aku seorang yang suka akan kumpul duit untuk memenuhi mission aku. Aku kumpul duit dan travel with my sister. Bila akak aku dah kerja, dia tolong la support sikit aku. Tapi aku still kena bayar for transportation and hotel. Aku still kena bayar benda yang aku nak shopping.

Bila kita keluar dari negara malaysia. Kita tengok negara luar, kita jadi seorang yang open minded untuk terima sesuatu yang baru. Yeah, duduk dalam malaysia pun boleh jadikan seseorang itu seorang yang open minded. Unless, dia rajin baca, rajin surf pasal benda luar negara. Then, faham akan situation sebenar sesebuah negara.

Aku pernah pergi ke negara dunia ketiga yang miskin daripada Malaysia. Juga negara dunia pertama yang lebih maju dari Malaysia. Bila anda travel , anda akan cuba bandingkan dengan negara anda. Ada pro and contra sesuatu negara itu. Tetapi kita amek benda yang baik dari negara tersebut dan cuba tinggalkan benda yang buruk.

Ethics
Macam lecture aku selalu kata, kita selalu tak practice simple things like "thank you,your welcome, morning, atau memberi salam " kepada sesiapa sahaja. Simple but it's hard to do. Sebenar nyer, perkara-perkara simple macam nie melambangkan diri kita sendiri.
Contoh terbaik, ketika kita berhadapan dengan imigration atau kastam, sampaikan salam dan terima kasih kepada mereka. Walaupun,mereka tak faham bahasa inggeris atau seorang yang kurang reti berbahasa dengan tourist, pasti mereka rasa lebih di hargai apabila kita ucapkan kata-kata terima kasih.
Kalau nak tahu,aku rasa lebih selamat lintas jalan di Cambodia berbanding di Malaysia. Kebanyakan mereka walaupun memandu dengan ganas. Tetapi, mereka mempunyai sikap tolak ansur dan memberi. Korang tak akan dapat imagine, jalan yang tak ada traffic light tapi Mr. Ra( driver di Cambodia) dapat melepasi jalan tersebut tanpa susah payah.
Rakyat mereka sangat bertimbang rasa di jalanan. Bila nampak orang melintas, motor-motor akan ke tepi untuk memberi kita jalan. Kereta akan perlahan, dan mengutamakan orang melintas. Kadar kemalangan mereka sangat rendah, kalau kemalangan hanya disebabkan mabuk. Tapi pelik, Malaysia yang tak mabuk pun boleh kemalangan, kerana tidak mempunyai sikap timbang rasa ketika memandu.


Pendapatan rakyat.

Mungkin apabila kita berada di negara dunia ketiga seperti Cambodia, Indonesia kita dapat lihat yang kaya akan terus kaya, yang miskin akan terus miskin.Aku bersyukur, negara kita tidak seperti itu, paling kurang kita ada middle class family. Tapi aku pasti, negara kita pasti tidak mahu di copkan sama taraf dengan negara dunia ketiga yang miskin itu.
Apabila aku berada di negara dunia pertama seperti Singapura dan Australia. Sudah pasti perbezaan negara itu dengan negara Malaysia adalah berbeza. Tetapi aku dapat lihat walaupun kos kehidupan rakyat mereka adalah tinggi tetapi dari segi bantuan kepada rakyat mereka adalah banyak.
Negara Australia merupakan negara berkebajikan. For example,dalam satu family ada ibu yang tidak bekerja, mereka tinggal di rumah sewa dan mempunyai seorang anak. Family tersebut akan dapat duit untuk ibu yang tidak bekerja, duit rumah sewa, dan duit susu dan pampers untuk anak.Pendapat rakyat negara Australia mengikut minggu, bukan mengikut bulan. Jadi rakyat mereka cukup untuk berbelanja tiap minggu untuk membeli makanan dan menyimpan, dan duit kebajikan tersebut juga akan di berikan tiap minggu. Jadi rakyat mereka tidak mempunyai sebab untuk kekurangan makanan dan juga mencuri.
Walaupun Malaysia yang declare negara islam tapi masih lagi tidak dapat menjalankan kebajikan seperti sebuah negara islam.

Minyak
Aku perasan negara kita suka sangat convert harga minyak negara kita dengan harga minyak luar negara.Dan sering kali, rakyat Malaysia yang masih jahil tertipu dengan perkara tersebut. Sebelum anda ditipu dengan kenyataan sesuatu, sila kaji terlebih dahulu agar anda tidak ditipu hidup-hidup.

Kalau harga di negara yang menggunakan Dollar di convertkan kepada harga Malaysia tentulah nampak tinggi sebab mereka menggunakan Dollar , Malaysia pula menggunakan Ringgit Malaysia.Secara logik, boleh ke Dollar di samakan dengan Ringgit. Sudah pasti tidak, gaji per kapita rakyat mereka dalam duit Dollar, umumnya rakyat Malaysia tahu adalah tinggi. Jadi bagi mereka kadar harga minyak tersebut adalah berasas dengan gaji mereka setiap minggu. Tetapi, gaji rakyat Malaysia adalah tidak sama dengan gaji di luar negara yang menggunak duit Dollar sudah tentu rakyat Malaysia rasa tercekik apabila terpaksa membayar duit minyak yang ibarat seperti air mengalir itu.

Negara kita selalu sangat menggunakan isu subsidi, untuk menutup rakyat Malaysia.Rasa nyer dah tak dapat lagi rasa subsidi.-Baca nie.. Korang rasa untung yer dengan bayaran subsidi dan minyak tu semua tak pe- Baca nie pula.
Ok lah, mereka selalu gunakan alasan dengan mengatakan harga minyak kita masih murah dalam asia tenggara. Tapi kejap meh baca nie dulu then berfikir.
Rakyat Malaysia nie agak nyer, suka sangat harga minyak naik tiap-tiap bulan. Padahal negara kita merupakan negara pengualaran minyak. Secara logik, kalau anda merupakan negara pengeluar kenapa harga minyak di negara anda sangat tinggi . Lain la negara Cambodia, yang bukan merupakan negara pengeluar minyak , memang logic harga minyak mereka mahal.
Kalau nak dibandingkan harga minyak Malaysia dengan harga negara pengeluar minyak . Negara Malaysia lah yang paling kerap menaikkan harga minyak. Carta yang kat bawah nie setelah di convert ke harga Ringgit, lepas nie tengok dekat stesen minyak berapa harga minyak negara kita ya.




Tol

Kalau tanya mat salleh yang kat Malaysia nie, tanya apa perbezaan highway negara mereka dengan highway negara Malaysia. Sudah pasti TOL! Yer, negara mereka kalau ada tol pun bukan nyer banyak , jarang nak nampak atau tak ada terus.
Sebuah negara yang maju macam Jepun (bakal pergi one day), mereka tidak perlu bayar untuk tol di highway. Boleh sahaja, kerajaan mereka menampung kos maintenance yang tinggi untuk highway mereka.
Oklah, mungkin negara kita tidak seperti Jepun yang maju. Rakyat Malaysia sangat" bermurah hati " membayar tol yang tinggi. Mungkin bagi rakyat Malaysia yang berpendapatan tinggi tidak membebankan, tapi hakikat nyer berapa ramai sangat rakyat Malaysia yang mempunyai pendapatan yang tinggi. Cube korang tanya menteri-menteri, mereka bayar tak duit tol bila lalu highway? Bila korang dah dapat jawapan, baru boleh comment coz menteri yang dekat atas tu tidak pernah tahu kesusahan rakyat yang terpaksa menanggung tol yang makin lama makin naik.
Dalam aku google harga tol malaysia, kata nyer nak turun tapi tak turun. Rupa nyer article tu tahun 2007! Adeh!

Pendidikan

Kadangkala, aku rasa sakit hati juga apabila di anak tiri kan di negara sendiri. Nak belajar pun kena buat pinjaman yang mahal ditambah lagi dengan bayaran ah long yang berlesen itu. Sampai umur 40 tahun pun dah habis bayar. Haish..

Kalau amek contoh aku lihat negara-negara luar, mudah sahaja memberikan PENDIDIKAN PERCUMA kepada rakyat mereka.Agak nyer, Malaysia nie nak jadi negara dunia ke tiga , pendidikan adalah sangat mahal , nak bagi rakyat BODOH kot. Jadi bila rakyat dah kurang bijak, rakyat tidak dapat lawan kerajaan. Haish macam tu ya~

Sewaktu aku di Singapura, aku baca surat dari sekolah anak cik ecah. . Aku terkejut bertapa systematic mereka dalam pengendalian education fund . Mereka setiap terangkan yang program untuk anak mereka di bawah education fund.Penggunaan duit untuk anak mereka dalam education fund. Bagi yang bukan warganegara atau warganegara yang tidak mahu menggunakan duit tersebut, mereka hendaklah memasuki duit ke dalam education fund anak mereka. Setiap anak mempunyai akaun untuk education fund, jadi tak ada lah setiap kali prog mereka minta duit. Malaysia punya lah mahal yuran, terkejut aku dengar duit yuran adik aku yang hampir RM200++. Macam mana la parents waktu awal tahun , selalu tak cukup duit. Nak bayar duit yuran anak yang sangat mahal.

Negara kita suka compare harga minyak dengan negara german dan negara-negara dunia pertama yang lain. Tapi pernah ke mereka membandingkan yuran yang perlu kita bayar dengan negara-negara tersebut.Tak pernah kan, sebab nyer negara-negara tersebut tidak mengenakan sebarang bayaran kepada rakyat mereka untuk pendidikan. Kenapa kita di negara sendiri perlu di anak tirikan, dengan membayar yuran yang begitu mahal demi mendapatkan pendidikan yang sempurna??.

Bersyukur?

Mungkin orang kata , aku nie tak pernah nak bersyukur duduk dekat Malaysia. Asyik nak menghentam sahaja. Tetapi aku pelik, ramai menteri pergi ke luar negara. Selalu sahaja masuk berita pergi lawatan ke negara sini sana. Tetapi kenapa benda-benda yang baik di negara tersebut tidak pernah mereka ikuti dan lakukan di negara Malaysia. Kalau ada pun satu dua benda je la aku nampak.Contoh sistem bus di Malaysia, rapidKL sekarang menggunakan perkhidmatan kad untuk membayar bus. Aku dah lihat perkhidmatan ini ketika di Singapura, bagus kalau rakyat kita amek benda baik dari negara luar dan implement ke negara kita. Yang tak bagus kalau, pergi buat lawatan tapi satu apa pun tak ikut buat habis duit negara sahaja.

Ada benda yang aku masih bersyukur mengenai Malaysia. Negara kita masih lagi merdeka dan tidak pernah menghadapi luka yang pedih seperti negara Cambodia. Yang pernah di perintah oleh Pol Pot dengan kejam. Aku masih bersyukur ,cukup makan , cukup pakaian, masih lagi boleh bersuka-ria, masih lagi mempunyai tempat berteduh (walaupun rumah lama dah kena ambil), masih boleh belajar(walaupun yuran nak dinaikkan). Aku masih bersyukur apabila compare dengan negara dunia ketiga. Malaysia masih maju, dan kaya. Tapi diharapkan pihak pemerintah lakukan sesuatu kepada rakyat , dan tidak bohong kepada rakyat.>

Jangan negara kita menjadi seperti negara Mesir, pemikiran mereka pernah di tipu oleh pemerintah sendiri dengan mengatakan negara mereka paling maju. Mujur ada internet, yang membuka mata rakyat mereka maka berlakulah revolusi Mesir. Aku selalu teringat akan kata-kata lecture UNGS. " Mereka adalah negara islam, tetapi akhlaq mereka tidak menggambarkan negara islam. ".Islam itu indah dan perfect. Kalau anda ikut ajaran islam, jaga kebajikan rakyat . Sudah pasti negara islam tidak akan mundur , malah boleh lebih maju dari negara bukan islam.

Itu sebab nyer , aku suka melancong. Aku melancong bukan sekadar untuk happy-happy sahaja. Tapi aku akan cuba ambil benda yang baik, buang benda yang buruk untuk perbaiki diri. Kadang-kala kita perlu keluar dari kepompong agar tidak menjadi katak di bawah tempurung.

p/s: Lihat dunia, jauh perjalanan luas pengalaman. Ikut lah pendapat masing-masing untuk terima apa yang saya tulis kali ini. Tapi sebagai seorang rakyat biasa yang tahu berfikir dan memahami anda pasti faham apa yang saya sampaikan.


Comments

  1. hey your post is awesome! betul Kak Nina cakap, kadang-kala kita perlu keluar dari kepompong agar tidak menjadi katak di bawah tempurung, barulah jadi manusia yang maju dan open minded to accept new things.

    ReplyDelete
  2. the way they list down the activities under education fund is something i never thought it before.Untuk menuju negara maju bukan membandingkan dengan negara dunia ketiga ..tp wajib banding dengan negara maju yang lain dari segi infrastruktur, pendidikan , penjagaan alam.

    ReplyDelete
  3. mala: thanx for comment. Mala pernah pergi german and others Europe country.Mesti mala mengharapkan benda yang baik berlaku kat Malaysia rite. Yup, bila kita travel. Kita akan jadi seorang pemikir dan lebih open minded.

    Along: yeah, suppose our country try not to compared with 3 world country. Tapi nak buat macam mana, ramai rakyat Malaysia selalu kena tipu . Percaya bulat-bulat. Kalau yang pergi travel pun, tak pernah berfikir pergi sekadar berhibur.

    ReplyDelete
  4. jauh perjalanan smkn dlm ilmu..smentara ada rezki utk travel gali lah ilmu sdlmnya :-)

    ReplyDelete
  5. nice post..jauh perjalanan luas pandangan ,byk pengalaman jadi pelajaran..

    ReplyDelete
  6. Well said. Keep writing and share your thoughts concerning the world and our country. I hope that malaysians realise the problem that they are currently facing. Read a lot and see the world.

    ReplyDelete
  7. mdyaman : yeah. jauh perjalanan akan menambahkan ilmu.

    gutimpression : make the world a better place :)
    thanx for comment. I will read a lot

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts