Cambodia Part 3

5 Mei 2011

Memandangkan kami tak jadi pergi ke Seam Reap kerana sudah booking hotel untuk 3 hari dan budget utk ke sana akan bertambah. Jadi kami ke Kampong Cham , Cambodia. Kampong Cham nie macam negeri la. Mereka akan panggil Phnom Penh Province, Kampong Cham Province. Dalam Kampong Cham ada beratus kampung orang islam yang masih miskin.

Sebenar nyer, tourist tak selalu datang ke Kampong Cham kerana bukan kawasan pelancongan. Tapi lepas kami google di WikiTravel , kami dapati bahawa Kampong Cham mempunyai tempat historical seperti bangunan France Colonial, Bamboo bridge dan Diamond Island ( tak ada pun diamond kat sini. hehehe).Mr. Ra sebenar nyer asal Kampong Cham, jadi punya la semangat dia nak bawa kami coz tak ramai tourist mahu ke sini. Berulang-ulang kali dia tanya " Are you sure, you want to go to Kampong Cham?" Huhu. Mr. Ra berkobar sebab dah lama tak jumpa family, nie kira sambil menyelam minum air la.

Tujuan aku dengan along pula sebenarnye, nak tengok kampung nenek moyang sebelah ayah mak aku. Kira nyer moyang atok aku asal dari Kampong Cham , tapi mereka telah berhijrah ke Malaysia. Kira nyer early 1920/1930 la mereka berhijrah. Jadi kami nak tengok la sendiri keadaan Kampong Cham. Selain itu, nak tengok sendiri tempat yang orang Malaysia selalu buat qorban lembu untuk warga Kampong Cham.

Perjalanan dari Phnom Penh City ke Kampong Cham mengambil masa selama 2 jam setengah. Sepanjang perjalanan kita dapat lihat , tasik yang di penuhi dengan pokok teratai, buah mangga yang banyak (rasa nak panjat jer!), kawasan pertanian dan perladangan , sawah padi ( time kami pergi belum lagi proses menuai). Cuaca di Cambodia agak panas berbanding di Malaysia. Jadi kat sini cepat dehydrate , and kena banyak minum air masak. Nasib baik Mr. Ra ada bagi free air mineral yang sejuk untuk kami.

Kami sempat singgah beli buah mangga kat tepi jalan. Macam balik kampung la ( asia still asia, taka ada beza nyer situasi kampung di Malaysia dengan Cambodia). Mr. Ra yang kepenatan dan mengantuk berhenti sebentar di kawasan jual -jual. Dekat sini, banyak jual buah-buahan dan juga SPIDER GORENG. hahahahah. Apa lagi kak meng ambil gambara cara mereka proses Spider goreng tu, mereka campurkan dengan wine rupa nyer.

Otw to Kampong Cham terdapat pusat pengajian Islam Kampong Cham ( madrasah) yang agak besar di sini. Then, di hadapan madrasah ada perkampungan islam yang Mr.Ra kata ada pengikut Osama Ben Laden disini.Entah betul ke tidak. Aku pun tak tahu, sebab time tu tengah kecoh pasal Osama Ben Laden mati.

Di Kampong Cham, kami cuma pergi ke pekan Kampong Cham sahaja, lagi pun untuk ke masuk ke kawasan French Colonial, kami perlu masuk ke kampung yang lebih jauh ke dalam . Sampai di Kampong Cham ,kami river cruise lagi untuk ke Diamond Island, terdapat Bamboo Bridge yang menghubungkan satu kampung ke kampung yang lain dan melalui Diamond Island tapi rasa nyer Mr.Ra tak berani bawa van atas Bamboo Bridge. Walaupun, Bamboo Bridge sebenar nyer mampu di lalui oleh kereta MPV. Kuat betol Bamboo Bridge, tapi setiap kali musim banjir dan hujan Bamboo Bridge ini akan beralih arah dan penduduk akan membina semula Bamboo Bridge.

Bayaran untuk river cruise ke Diamond Island/boat = USD 20. Ianya termasuk dengan bayaran memasuki Diamond Island. Jadi kalau ada tetiba polis minta lebih-lebih bayaran buat tak tahu yer. Kat sini rasuah dia kadang-kadang nonsense kata penduduk Cambodia. Kadang-kadang mereka kena tahan tengah jalan suruh bayar tol. Walaupun, hakikat nyer tak ada tol kat situ.

Atas: Banyak kuda rendamkan badan dalam sungai sebab panas, Mr.Ra kata nie kawasan swimming pool utk kuda. Tepi: Kanak-kanak di Kampong Cham
Bawah : Diamond Island, Bamboo Bridge
Selepas puas mengambil gambar di Diamond Island dan Bamboo Bridge , kami pergi ke Perkampungan Islam yang berdekatan . Kawasan perkampungan islam nie masih baik lagi dan tidak semiskin kawasan perkampungan di Kampong Cham yang perdalaman. Penduduk Kampong Cham kata, kawasan perkampungan pedalaman masih lagi menggunakan telaga , dan tidak mempunyai elektrik di kawasan rumah mereka. Jalan yang masih tanah merah dan tidak bertar. Kata mereka, kawasan perkampungan pedalaman di Kampong Cham seperti kawasan perkampungan di Malaysia pada tahun 50/60 an.

Kami singgah ke satu masjid, yang rupa nyer menempatkan sebuah madrasah untuk budak-budak tahfiz belajar. Sayu hati melihat kawasan asrama mereka hanya sekecil rumah biasa. Tapi masjid nie kira cantik la juga, rasa nyer ramai orang bagi sumbangan untuk pembangunan masjid tersebut. Kami sempat serahkan makanan seplastik besar untuk budak-budak di Madrasah. Rasa nyer apa sangat la dengan pemberiaan tersebut.

Atas: Solat di masjid, Tepi: Ustaz yang berborak dengan kami dan memberikan info tentang umat islam di Cambodia
Bawah : Pandangan hadapan masjid Tepi : Antara rumah umat islam di Kampong Cham.
Biasa nyer, kalau rakyat Malaysia yang datang ker perkampungan islam di sini akan datang secara rombongan. Tapi bila nampak kami bertiga buat mereka terkejut. Malu juga la kat sini, semua budak di madrasah sekejap-sekejap pandang kami bertiga. Kebanyakan warga Melayu Kampong Cham dah kurang reti bercakap bahasa melayu. Kalau mereka reti pun, macam bahasa buku. Hehehe. Kebanyakan , orang tua la yang masih fasih berbahasa Melayu. Mujur ada seorang imam di sini yang warga Cambodia, tapi pernah menetap di Malaysia bercakap dengan kami.

Rupa nyer, masjid nie tak sediakan tempat untuk orang perempuan solat. Mereka kata , orang perempuan solat , untuk solat terawikh jer la. Bila di tanyakan mengenai perkara yang di perlukan oleh warga Islam di Kampong Cham.

  1. Kebanyakan kanak-kanak , dan remaja di Kampong Cham ini mahu belajar mengenai agama. Namun, mereka mengalami masalah kekangan wang untuk belajar. Wang lah yang sentiasa menjadikan mereka tidak dapat belajar kerana kemiskinan yang sangat teruk.
  2. Mereka perlukan kitab lama ,kitab dalam tulisan jawi untuk belajar. Then, before hantar kena tahu kitab apa yang dipakai untuk madrasah mereka. Takut nanti tidak dipakai dan membazir .
  3. Baju-baju jubah putih, kopiah putih, kain sarung yang masih elok amat diperlukan untuk pelajar lelaki. Baju-baju jubah hitam ,dan tudung labuh untuk pelajar perempuan. Tapi kalau nak bagi baju kurung rasa nyer, mereka pakai juga.
  4. Disini, semua nyer mahal . Cost untuk membuat satu pasport dengan cepat selama 1 minggu lebih kurang USD150- USD300. Segala-gala nyer, perlu di bayar dengan mahal untuk mendapatkan document sijil lahir, dan ic.
Sekurang-kurang nyer, apabila kami sampai ke sana, kami dapat rasa penderitaan penduduk islam di Cambodia, dan dapat sampaikan kepada semua penduduk islam dunia untuk membantu sesama Muslim.Tedetik di hati kami, bagaimana umat Islam survive ketika kekejaman Pol Pot. Beribu-ribu umat islam telah mati dibunuh oleh Pol Pot. Setelah satu jam lebih kami di masjid tersebut, Mr.Ra ambil kami . Rupa nyer, 1 jam lebih kami tak ada dia pergi jumpa kaum kerabat . huhu.

Mr.Ra cadangkan kami pergi ke Wat Kampong Cham kerana usia nyer adalah lebih tua dari Angkor Wat di Seam Reap. Kedudukan struktur bangunan lebih kurang sama macam Borobudur, Indonesia. Mungkin pengaruh agama hindubuddha pernah datang ke sini. Kira nyer, kalau tak dapat singgah ke Angkor Wat , singgah ke sini kira ok lah.


Atas: Kesan lubang-lubang di pokok kelapa ini kerana datang dari tembakan tentera Ankar
Gambar kami di Wat yang seperti Borobudur.

Ticket masuk ialah USD2/person. Tapi hati-hati Polis yang jaga kawasan nie,hampir nak mark up price untuk kami. Selepas dah ambil gambar disini, kami pulang ke Phnom Penh semula. Tapi otw back tak boleh tidor sangat sebab jalan bergegar.Huhuhu.

Selepas dah sampai ke Phnom Penh city , kami singgah ke Central Market untuk membeli barang yang masih kurang untuk keluarga. Mr.Ra kata hari ini merupakan hari terakhir dia drive untuk kami, dan juga esok untuk ke airport kami dibawa oleh pemandu yang lain.
Bagi kami Mr.Ra dah banyak tolong dalam menjaga keselamatan kami. Yelah, 3 orang budak perempuan pergi berjalan di sebuah negara yang sedang mengalami pergolakan di sempadan adalah suatu yang bahaya. Tapi kami sentiasa beringat, berdoa dan bertawakal kepada Allah agar semua nyer selamat.

Atas: Ini lah spider goreng yang tengah diasingkan Tepi : Antara barangan yang dijual di central Market
Bawah : Cube ler teka dia jual apa hehehe. Tepi : Muatan lebih!
Malam itu, kami mencuba menaiki tuk-tuk ke kawasan di hadapan Royal Palace. Harga standard dari New York hotel ke sana lebih kurang USD4 untuk pergi dan balik. Kalau mereka naikkan harga, kata jer " I will find others tuk-tuk ". Kat sini, memang kena pandai main psychology untuk harga ketika bargain.

Tuk-tuk nie memang pengakutan utama la disini, kalau keluar pasar atau mana-mana memang pemandu Tuk-tuk akan menawarkan diri . Di hadapan Royal Palace, ada kawasan river yang banyak bendera. Kira nyer, penduduk Cambodia suka duduk di sini, selepas penat bekerja. Kawasan nie juga menjadi tumpuan tourist.

Tuk-tuk
Dalam kami duduk di bawah bendera Malaysia, tetiba ada seorang wanita islam memberikan salam kepada kami. Rupanyer , dia nak mengadu pasal masalah laki dia kahwin lain, dan dia dah divorce. Tapi dia convert to Islam kerana berkahwin cuma nak bagitahu iman dia masih kuat dan sangat bersyukur kerana bekas suami dia bawa ke jalan yang benar. Alhamdulillah.Tetiba pula kami jadi counselor. Heheheh.

Disini, apabila kita menjadi kaum manoriti, kita rasa semangat untuk memberikan salam sesama islam. Ada tu, ketika kami di museum Royal Palace pada hari pertama, seorang warga islam sanggup lintas jalan semata-mata nak berbual dengan kami .Rasa ukhwah sesama islam sangat kuat disini.

Infront Royal Palace
Semangat kenegaraan dapat dilihat disitu. hehehe

Lepas dah puas ambil gambar, kami pulang ke hotel. Esok kami pulang semula ke Malaysia :)

6Mei 2011

Pukul 5 pagi kami dah bertolak dari hotel ke Airport. Selamat tinggal Phnom Penh . Selamat tinggal Kampong Cham. InsyaAllah, aku akan kembali untuk umat islam di sini.
Tips: Oh. Kena prepare awal2 simpan USD25 for airport tax!
p/s: Next trip to Seam Reap tengok Angkor Wat yer! hehehe.


Comments

  1. gadis2 hebat....berani korang erk!
    apapa pun kredit utk awk krn storykan kat sini...nice story!

    ReplyDelete
  2. @Sham Kalasia: thanks for reading.. keberanian itu datang sendiri bila niat kita suci..
    ur welcome.. apa yg sampaikan harap dapat beri ilmu kepada yang lain

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts