Cambodia Part 2
4 mei 2011
Hari kedua kami di Cambodia. Pagi-pagi lagi awan hitam bertiup dengan kuat menandakan hujan turun di Cambodia. Hari nie kami ke Killing Fields Choeung Ek. Killing field merupakan mass grave yang menempatkan mangsa-mangsa kekejaman Pol Pot. Sedih rasa nyer melihat kawasan ini.
Ketika kami sampai di sini, hujan renyai-renyai di kawasan Killing Fields. Harga masuk ke Killing Fields Choeung Ek - USD 3.
Pada asal nyer, Killing Fields Choeung Ek ini merupakan tempat perkuburan cina . Namun, Pol Pot telah menukarkan kawasan tersebut menjadi kawasan kubur untuk mangsa-mangsa tentera Angkar. Lebih daripada 20 ribu mangsa telah ditanam di sini. Pada asal nyer, kewujudan Killing Fields ini tidak disedari oleh orang ramai. Kerana berada di luar kawasan bandar Phnom Penh.
Atas: Tempat pemujaan untuk kubur cina
Bawah : Tapak asal pondok , namun pondok tersebut telah dirobohkan
Setelah kejatuhan Pol Pot pada tahun 1979, penduduk di kawasan tersebut berasa pelik dengan kawasan perkuburan tersebut, kerana sebelum ini tidak ada pondok Tetapi terdapat 3 buah pondok yang di bina oleh tentera Angkar.
Terdapat satu kubur , yang menempatkan seramai 166 orang mangsa tanpa kepala. Kubur yang menempatkan wanita dan kanak-kanak. Kubur yang menempatkan mangsa tanpa memakai baju.
Pokok yang membunuh bayi dengan menghentakkan kepala bayi ke arah pokok.
Kata penduduk Cambodia , ketika awal-awal pembukaan Killing Fields selepas kejatuan Pol Pot, masih terdapat otak dan kulit di pokok tersebut.
Pokok yang dipanggil Magic Tree,tentera Angkar akan pasang loud speaker, jadi sesiapa yang nak di executed tidak tahu bahawa mereka adalah mangsa seterus nyer.
Satu memorial telah dibina bagi memberi pengajaran kepada next generation. Monumen tersebut menempatkan, pakaian , tulang, dan tengkorak yang telah dibahagikan mengikut punca kematian, umur, dan gender.Sedih sangat melihat ribuan tengkorak di memorial tersebut.
Pengunjung museum akan di tayangkan satu video mengenai sejarah kewujudan Choeung Ek Killing Fields. Sedih rasa nyer, bila melihat video tersebut. Disini juga turut menempatkan sejarah mengenai Pol Pot dan tentera kanan nyer.
Ayat yang tidak boleh diterima ketika DUCH dibicarakan
" I am not aware the prisoners in the Tuol Sleng Prison."
" At that time, i think what i do is not wrong, but right now i think its wrong "
Bila di tanya kenapa bayi di bunuh?
" Tentera bawahan saya yang bunuh, mereka lakukan kerana takut dengan arahan saya. Tapi saya bertanggungjawab atas semua kesalahan tersebut, dan saya minta maaf kepada semua"
Atas : The visitor
Bawah : Pakaian tentera Angkar ( hanya hitam dan putih sahaja dibenarkan) , DUCH!
Hakikat nyer, dengan satu kemaafan tidak dapat diterima pakai oleh rakyat Cambodia yang telah hilang orang yang tersayang. DUCH hanya dipenjarakan seumur hidup (35 tahun , currently umur dia 70++) di penjara yang makan sedap (tak macam penjara Tuol Sleng), tidak dikenakan sebarang electric shock , no toucher , tidur nyenyak. Tak silap pada tahun 2009/2010 perbicaraan tersebut dilakukan, ramai rakyat Cambodia membuat tunjuk perasaan kerana mereka merasakan hukuman tersebut adalah tidak setimpal dengan kekejaman yang dilakukan oleh DUCH.
Bagi Pol Pot pula, dia telah mati pada 1998 dengan keadaan yang tenang dalam rumah tahanan nyer ( Ada kata suicide coz, takut dengan perbicaraan ). Keadaan kubur Pol Pot di sempadan thailand tidak terjaga(Waktu dia memerintah tak boleh ada agama, tapi kubur dia macam agama Buddha, pelik betol Pol Pot nie). Sebelum dia mati, tahun 1997 dia sempat lagi mengarahkan orang membunuh penolong kanan dia ,bunuh satu keluarga. (Sangat gila!)
p/s: 100% gambar kat sini , tak ada yang senyum. Sedih sangat!
OTW back to Phnom Penh , kami ke Russian Market. Di sini, beli kain lagi bagus and murah dan banyak pilihan compared to Central Market. Seperti biasa, bargain sampai dapat harga murah . Kalau beli banyak-banyak minta free gift. Macam kami beli kain banyak-banyak minta free gift shawl. Wakakak ( benda baru yang di pelajari dari Kak Meng. Terima kasih utk tips itu!).
Mula-mula sampai tu, betol ker nie Russian Market coz macam tak percaya aje. Sebab tak jumpa kain, banyak sangat yang jual patung buddha and key chain. Tapi masuk ke dalam sikit, baru jumpa kedai jual kain.
Penjual di Russian Market boleh cakap bahasa Inggeris compared to Olympic Market satu hape pun tak reti.Huuhuhu.. Biasa nyer, mereka akan bagi harga lagi murah kalau beli banyak-banyak. Lepas dah penat beli kain sutera kemboja (sutera dia keras sikit), kami ke Olympic Market .
Percaya tak 20 minute rounda dalam Olympic Market , satu apa aku tak beli. Kak Meng kata macam pasar payang la Olympic Market nie. Satu lagi panas, dan tak ramai foreigner datang ke sini. Asal nyer along aku ada baca review pasal Olympic Market nie ada jual barang branded, tapi tak ada pula. So,kami call Mr. Ra untuk bawa ke Central Market.
Di Central Market, kalau nak beli keychain, barang-barang cenderamata or fridge magnet banyak juga compared to Russian Market ( tapi kami beli fridge magnet di Russian market). Cetral Market nie ramai foreigner datang, so banyak la barang cenderamata di jual. Macam Central Market kat Malaysia la juga. Selain itu, ada jual baju branded seperti Burberry, Ralph Lauren. Tapi kena pandai cari, and pusing-pusing la. Penat juga la pusing , kebanyakan jual baju lelaki. Baju orang perempuan susah sket nak cari, tapi kalau those yang suka baju t-shirt and skirt boleh beli dekat sini.
Jade , rantai , permata and watch, di jual di bahagian tengah Central Market. Tapi aku tak reti nak beli la, coz takut palsu and mak aku jer faham pasal benda-benda nie. Hehehe. So aku dengan along decide tak beli. Tapi those yang nak beli jade kat sini memang banyak lah.
Phnom Penh Cambodia bukan pusat shopping seperti di Bandung. It's more to historical place. Mungkin kalau kami ke Seam Reap banyak tempat shopping coz ada Angkor Wat tapi cost nak ke sana terlampau mahal untuk kami yang hanya pergi bertiga. Kalau pergi 7/8 orang mungkin dah sampai ke Angkor Wat.
Lupa pula, sebelum ke Central Market kami singgah ke Wat Phnom. Tapi aku rasa rugi jer lah pergi ke sini kena bayar USD1 sebab foreigner . Then, kena bayar untuk pembiayaan wat mereka. Cuma dekat sini ada jam besar boleh berungsi, dan merupakan taman orang-orang Cambodia melepak. Ada gak gajah raja mereka disini, aku tak amek picture pula. Then, depan Wat Phnom ada tugu wanita. Phnom bermaksud gunung, dan Penh adalah nama wanita , jadi nama city nie diambil sempena nama gunung dan seorang wanita .
Lepas dah puas shopping kami pulang ke hotel. Seperti biasa makan dinner di De Wau Restaurant. :)
p/s: Tak larat tulis panjang-panjang. Ini pun dah panjang. Emosi terganggu
Comments
Post a Comment