Cambodia Part 1

Time semua orang tengah cuak menunggu result exam , nak tunggu add and drop session. Aku boleh pergi melancong lagi. Ngeh2. Sebenar nye, ticket to Phnom Penh, Cambodia nie dah beli 1 tahun dah . As usual, beli waktu zero fairs air asia and ticket RM40 pergi dan balik.
Percutian dari 3 Mei 2011- 6 Mei 2011 yang di sertai along, me and kak meng (kawan along). Asal nyer, nak pergi seramai 5 orang, tapi 2 orang kawan along terpaksa berundur diri kerana perlu kerja dan menghadiri seminar. Gagah jer lah kami 3 orang pergi Phnom Penh.Sebelum pergi ke sana, kami sempat membuat review dari blog-blog lain dan melihat tempat menarik utk dilawati ketika berada di Phnom Penh.

3 Mei 2011

Flight kami pada pukul 7.20 am waktu Malaysia. Seawal pukul 4am lagi dah bertolak dari rumah menuju ke lcct. Alhamdulillah, pilot kali nie agak alim coz selama nie jarang nak dengar pilot cakap alhamdulillah and insyaAllah. Kami sampai ke Phnom Penh pada pukul 8.20 am waktu Cambodia.(Flight sampai awal dari yang di jangkakan) Waktu Cambodia dengan Malaysia lewat satu jam.

Setiba nyer di sana, kami terpaksa menunggu driver yang telah ditempah utk membawa kami sepanjang berada di Cambodia.

Perkhidmatan driver menikut rate:
Dalam Phnom penh / sehari- USD 35
Ke Kampong Cham /pergi balik ke Phnom Penh-USD 90
Ke Seam Reap /pergi balik ke Phnom Penh - USD 190

Nama driver kami ialah Mr.Ra dan boleh berbahasa inggeris, bahasa inggeris dia kira bagus la juga and boleh faham walaupun dia cakap "I only can speak little in english". Huhuh

Tempat lawatan yang pertama setelah kami sampai ke Phnom Penh ialah, Royal Palace Museum . Tapi raja dia tak duduk di kawasan nie lah, cume dijadikan tempat bersejarah untuk orang luar lawati. Ticket masuk USD 6.25 . Jangan pula pelik bila bagi USD 7 dia pulangkan dalam duit Reel mereka.Biasa nya, mereka lebih senang menggunakan duit USD ketika berniaga, tapi ada gak penggunaan Reel ketika pertukaran duit..

4000Reel = USD 1
USD 1 = RM 3
Royal Palace Phnom Penh . Raja dia tak duduk kat sini. heheeh

Setelah melawati ke Royal Palace Museum, kami singgah makan di Restoran Halal dan terus check-in ke New York Hotel Phnom Penh. Satu yang bagus di New York Hotel ini, ada De Wau Restaurant yang halal . Restaurant nie dibuka oleh orang Malaysia. Harga makanan dia standarad harga Malaysia.

Hotel rate 3 nite = USD105
Setelah rehat sebentar. Pukul 2 pm, Ra mengambil kami untuk di bawa ke Tuol Sleng Prison (S-21) .Kami jangkakan kalau prison, mesti lah jauh dari bandar . Namun , jangkaan kami adalah salah. Tuol Sleng Prison berada di tengah bandar, mereka menukarkan sekolah tinggi menjadi penjara.

Asal nyer negara Cambodia merupakan negara yang lebih maju dari Malaysia , jalan bandar mereka pada 1975 dah ada 3 lane, dimana ketika itu Malaysia masih baru dalam proses kemajuan. Bayangkan ketika negara Malaysia, belum lagi mempunyai pelan pembangunan negara, Ahli Parlimen Cambodia sudah mempunyai pelan pembangunan selama 5 tahun untuk negara nyer.

Namun, negara Cambodia mengalami proses revolusi untuk menjatuhkan raja mereka kerana mereka berpendapat orang kaya terus kaya, dan rakyat miskin terus miskin. Pol Pot merupakan ketua Parti Komunis di Cambodia yang telah melakukan revolusi bagi menggulingkan raja mereka. Pada asal nyer, rakyat Cambodia berasa gembira dengan revolusi tersebut namun, Pol Pot memberikan sejarah hitam kepada negara tersebut.

Pol Pot (Khmer Rouge Regime) telah melakukan new system, iaitu reverse system kepada rakyat cambodia. Semua rakyat adalah sama taraf dan tiada yang kaya dan tiada yang miskin.Pol Pot telah membunuh semua rakyat-rakyat yang pintar, orang-orang kaya , doktor, guru, pelajar universiti, menteri parlimen, kanak-kanak dan wanita. Tanpa mengira peringkat umur dan jantina.Tentera-tentera Pol Pot biasanya dari golongan bawahan yang tidak bersekolah dan mempunyai dendam terhadap orang kaya. Minda mereka di racuni oleh Pol Pot untuk membunuh semua dari golongan atasan. .

Sepanjang di sana, kakak aku tanya kenapa kejam sangat Pol Pot, dia bunuh bangsa nya sendiri. Kalau tanya dekat rakyat cambodia pun , mereka tak dapat jawab.Driver kami, Mr.Ra turut kehilangan ahli keluarga akibat kekejaman tentera Ankar ( tentera Pol Pot ) bapa , atok , pak cik dan mak cik nyer terbunuh .

Ketika berada di Tuol Sleng Prison, kami dapat lihat kekejaman tentera Ankar kepada rakyat Cambodia. Beribu-ribu rakyat Cambodia dibunuh dengan kejam. Didalam penjara mereka hanya di berikan bubur sekali sehari. Mereka juga akan di toucher dan dipukul sehingga tentera Ankar penat. Mereka tidak dibenarkan berfikir dan wajib menurut tiap perintah tentera Ankar.
Rules and Regulation Khmer Rouge.

Atas : Tapak Sekolah 4 Block yang ditukarkan menjadi penjara.
Bawah : Antara kesan kekejaman Khmer Rouge

Pada awal revolusi, Pol Pot mengarahkan semua foreigner untuk kembali ke negara asal. Bagi rakyat kemboja mereka di kehendaki untuk pulang ke kampung asal mereka. Di sana, mereka akan dibahagikan mengikut penduduk asal kampung dan penduduk yang telah berhijrah. Penduduk yang berhijrah akan ditanyakan pekerjaan mereka ketika di bandar .Mereka terpaksa menipu dan berlakon seolah-olah bodoh kerana tentera Ankar akan membunuh jika mereka mempunyai pekerjaan yang baik seperti doktor, peguam, guru dan juga pelajar.
Mereka akan merasa kulit tangan , berdasarkan kasar dan lembut. Jika lembut tentera Ankar kata mereka bukan dari golongan bawahan , maka harus dibunuh. Ada doktor yang terpaksa menggosokkan tangan dengan pasir agar kulit tangan nyer kasar bagi mengelakkan di bunuh.

Kata penduduk Cambodia, tentera Ankar tidak akan membunuh jika mereka tiada asalan. Jadi mereka akan create alasan untuk membunuh orang. Seperti contoh, mereka tahu orang Islam tidak boleh makan khinzir, jadi mereka paksa orang Islam makan khinzir dan juga bekerja di ladang ternakan khinzir.Semua rakyat dikerah menjadi petani, anak-anak mereka turut dikerah. Tiada harta yang dibenarkan untuk disimpan, hanya pinggan dan juga sebatang sudu sahaja di benarkan . Jika pertanian mereka berhasil, hasil tersebut tidak boleh dimakan,ianya menjadi harta negara.

Atas: Salah satu sel yang menunjukkan bukti kekejaman Pol Pot
Bawah : Bangunan sekolah , Antara mangsa-mangsa kekejaman Pol Pot


Dalam satu cerita yang saya baca dalam buku Vanished yang di beli di Tuol Sleng Prison, ada anak mereka menangis kelaparan. Kerana tidak tahan mendengar anak menangis, bapa telah mencuri seketul kentang utk dimakan satu keluarga.Ada yang nak nampak telah mengadu kepada tentera Ankar, akibat nyer satu keluarga telah dibunuh oleh tentera Ankar.
Tentera Ankar tidak akan membunuh seorang, tetapi dia akan bunuh 1 keluarga.

Atas :DUCH (ketua angkatan tentera Pol Pot yang kejam) , Ahli akademik yang telah dibunuh dengan kejam
Bawah: Cara Tentera Angkar melakukan kekejaman kepada kanak-kanak.

Beribu-ribu kisah sedih dari kekejaman zaman Pol Pot.Tidak terbanyang di hati kami yang menyinggah Tuol Sleng Prison, melihat bukti--bukti kekejaman Pol Pot mengakibatkan hati saya sayu dan sedih. Daripada 20 ribu yang di penjarakan di Tuol Sleng Prison, hanya 7 orang sahaja yang terselamat. Mereka terselamat kerana tentera Ankar mahukan seseorang yang tahu membaiki machine atau mempunyai kemahiran melukis gambar DUCH ( ketua angkatan tentera Ankar).

Setelah membaca kisah demi kisah sedih di Tuol Sleng Prison, kami meneruskan journey dengan aktiviti river cruise sepanjang Sungai Mekong dan Tasik Tonle Sap. Teringat, ketika Form 2 and Form 3, kena fahamkan kegiatan di Sungai Mekong dan hasil utama negara Kemboja. Hehehhe. Ni lah reason aku nak singgah negara Cambodia, selain melihat bukti kekejaman Pol Pot.

Sepanjang river cruise, kami lihat negara Cambodia dan juga aktiviti yang dijalankan di sana.
Oh kalau nak river cruise, tiada perkhidmatan khas seperti di Melaka. Minta driver cakap kan dengan mana-mana bot di untuk perkhidmatan river cruise.Sebenar nyer, perkhidmatan river cruise per boat , bukan per person. Harga river cruise around USD 20- USD 30. Kalau boleh bargain sampai murah. Rakyat Cambodia selalu bersenam pada waktu petang atau bersiar-siar di hadapan Sg. Mekong ( depan Royal Palace).


Atas:Hebat! , Tugu Kemerdekaan
Bawah : Kami dalam perahu bersama driver Mr. Ra, Airport Phnom Penh.


Kegiatan sepanjang Sg. Mekong

River Cruise.

Setelah matahari terbenam. Kami pulang ke hotel dan makan di De Wau Restaurant untuk makan malam. Best makan kat sini, mereka akan sediakan mangga dengan air teh Cina sebagai pencuci mulut. Mangga kat Cambodia memang sedap la ! Sehingga menjilat jari. hehhehe


p/s: Next entry , kami ke tempat di mana tahanan penjara Tuol Sleng di tanam .
p/s/s: Panjang pula aku cerita. Pengajaran - Jangan jadi gila seperti Pol Pot.

Comments

Post a Comment

Popular Posts