Problem in Positive Side.

Semalam memang hari yang adventure.Lepas kelas AAD, aku pergi ke general lab ICT nak buat kerja sikit. Sikit jer, pilih soalan untuk project, then print. Tapi dah dapat internet, aku main la facebook dengan buka blog kawan .

Lepas baca blog nina pasal dia tertinggal kunci. Dalam hati aku, hope aku tak tinggal ler kunci coz aku duduk sorang je, during short sem nie. Tetiba teringat pula lecture Mr.Kumar dalam class" toon boon ".

"Everyone in this world , need each other. They cannot live alone." Alamak nie macam aku aje. huhuuh

Dah penat balik sampai tingkat 3 mahallah hafsah tu. Aku punya la cari kunci , tak jumpa juga. Waktu tu dah pukul 5 lebih. Office confirm dah tutup, minta mak guard boleh tapi aku rasa macam malas je nak tahan maki dari mak guard. So, the solution tanya la kawan bilik sebelah.

Around 1/2hour duduk dekat usrah room . Kak anis reply my msg. "Marilah.."
Thanx a lot kak anis , sudi bagi saya tumpang dekat bilik PG anda. Hehehhe. Siap bagi saya makan cheese dan juga pinjam baju tidor anda. Hehehehe

In positive side:
  1. Kena selalu baik dengan semua orang, rajin-rajin berkenalan dengan bilik sebelah. Bila ada kecemasan macam nie , baru kita tahu betapa penting orang di sekeliling kita.
  2. Jangan jadi sombong -> pesanan kepada diri sendiri. Jangan jadi miss. lonely dekat mahallah nie. hahahha.
  3. Jangan gabra bila dah tak ada kunci tu. Releks, pergi la jumpa pak guard and tahan maki.
  4. Jangan lupa bawa kunci, walaupun anda ke tandas. Tak ada sapa nak tolong bukakan pintu kalau duduk sorang-sorang tu.
  5. Be prepared in everything, selalu bawa handphone and dompet ->"the most important things".
Time update blog ni, tetiba ada technician datang, kena tutup kipas. Panas oiii...walaupun yang di fix kan tu bukan compartment aku. Boleh pula dia layan lagu rock kapak waktu tengah fix kan kipas kompartment A tu.Mana pernah aku layan rock kapak, tak masuk jiwa. Nak buat kerja tu jangan la memekak dekat bilik saya. Walaupun saya duduk sorang-sorang. Sila faham wahai technician.
Sekian, terima kasih.

Comments

  1. suke no 1,3 & 4...hehe

    mmg kene baik dgn orang,
    senang kan klu ade ape2 berlaku,
    nk mintak tolong.
    paling penting kn tahan maki
    dgn pak gad!haha

    ReplyDelete
  2. haahahaha...
    1 malam x ada kat bilik buat diri nie lebih berfikir. huhu

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts