Preparation before travel.
Since akak aku dah bagi preparation for travel. Korang boleh tengok kat sini. Aku nak tambah sikit-sikit tips la.
Bahasa
Tahu kat tempat tu cakap bahasa apa. Then, tahap penguasaan rakyat mereka terhadap bahasa inggeris. Language is important, kalau tak nak cakap apa waktu nak berjual beli nanti, nak minta tolong. Before pergi tempat tu, check kat tnet bahasa apa dia pakai and tulis . For example, macam "welcome",tolong, "price", number ... Tapi kalau dah pergi negara yang confirm cakap English, tak jadi problem lah kan. Heheheh
Prepare of currency
Tahu negara tu pakai currency apa. Biasa nyer 3rd world country guna USD. Tapi kalau dekat indonesia, guna rupiah lah kan.
Kalau boleh tukar duit kat Malaysia.Sebenarnye, tukar duit kat negara orang tu harga berbeza and jadi mahal, sometimes tak boleh nak bargain the price. Before tukar kat money changer aka pengurup wang berlesen, survey la banyak kali price negara tu. Kalau boleh dapatkan yang paling murah. For example, kedai A bagi exchange 2.80 utk USD1 , kedai B bagi exchange 3.00 utk USD 1 . So, amek yg kedai A coz lagi murah . Contoh nyer mudah,kalau nak tukar kepada USD100 , kita hanya memerlukan RM280. Tapi di kedai B kita perlukan RM300 untuk dapatkan USD100. Walaupun beza RM20, tapi bila kita kena tukar banyak-banyak terasa juga lah kan.
Tempat yang biasa aku tukar kat Chow Kit and Mid Valley. Dekat Chow Kit nie boleh bargain price, coz banyak kedai money changer. Jadi mereka compete the price. Kalau boleh, jalan la dari satu kedai, ke kedai yang lain. Nak tukar duit, kena berperingkat-peringkat . Biasa nya, nampak harga jatuh je, tukar. Nampak harga jatuh tukar lagi. Jadi anda tak terasa sangat duit kita banyak habis untuk ke money changer. hehehhe
Airport Tax
Kena tahu negara tu asingkan atau tidak dengan ariport tax. Sesetengah negara mereka akan asingkan dari airport tax. Jadi lepas check-in biasa nyer kita kena bayar la airport tax.
So, be prepared awal-awal sama ada country tu asingkan atau tak. Kalau tak tercekik juga nak cari duit.
For example, Cambodia airport tax USD25. Agak besar sebenarnya bila dah di convertkan ke ringgit. Indonesia airport tax RP75000, lebih kurang RM30++ .
Transportation and Accommodation.
Kalau along , dia ada gak bagi information. Nak tambah sikit, kalau kita student yang nak travel. Kalau nak menegembara kat negara yang mahal. Kalau ada kawan kat situ, minta tolong la dia. Korang stay rumah dia orang , dan bawa lah hadiah makanan dari Malaysia.
For example, kalau nak pergi Europe atau negara dunia pertama. Biasa nyer, negara mereka high cost living. Tapi kalau dapat stay rumah kawan-kawan korang dah dapat menjimatkan banyak sangat duit.
*Tips ni, dari orang yang stay kat europe*
Simcard
Communication is important. Takut karang sesat, sorang hujung dunia sorang lagi hujung dunia. Susah nak cari. Beli la simcard bila sampai negara tu, coz kalau kita guna simcard Malaysia,nanti kena charge mahal. Then, nak topup dah payah. Heheheh.
Sesetengah negara,tak bagi foreigner beli simcard mereka. Negara cambodia, pelik gile rite. Kalau anda pengguna Celcom, sila google negara tu ada tak talian Axiata. Sebab nye, bila kita guna axiata line, kita call celcom kat Malaysia. Akan jadi murah.
Kalau anda tak jumpa simcard, dan masih dapat line. Boleh guna lagi line tersebut. Cuma anda akan dikenakan charge kalau orang call. Orang call duit ko kena tolak, korang call pun kena tolak. Jadi solution msg. Tapi msg pun boleh jadi mahal.
Waktu kat indonesia, aku try msg kena charge around 70Sen. Call pula dalam masa 3-5 minit dah kena tolak RM2++. Adeh!
Duit
Duit -IMPORTANT!!!
Kena lah kumpul awal-awal kalau nak pergi mana-mana. Kalau boleh, jangan cukup-cukup je duit nak bawa kat negara tu. Kena lebihkan sikit, prepration kalau ada sebarang masalah.
Ingat Allah!
Sentiasa la ingat kat Allah. Kita orang muda kadang-kala bila dah gembira lebih-lebih boleh lupa Allah. Niat kena betul kalau pergi tempat orang. Berdoa agar journey selamat. SOLAT! Allah dah mudahkan orang yang mengembara untuk solat jamak qasar. Jadi solat lah sebelum anda di solatkan. Bawa la al-mathurat, yaasin atau al-quran kecik.
Niat kita mengembara untuk tambahkan ilmu, dan juga buka mata mengenai dunia kerana
Berjalan,bermusafirlah
melihat kebesaran tuhan
yang diciptakan untuk
mereka yang berfikir
dan bersyukur di atas nikmat
dan kurnianya
nilai harganya,iman dan taqwa
bagi hamba yang setia
p/s: ni waktu faizal tahir dalam kumpulan miwarna. Heheheh.
Comments
Post a Comment