10/1/11

A TALK SHOW BY USTAZ AZHAR IDRUS - AT IIUM.


Alhamdulillah baru tadi selesai sudah mendengar ceramah dari Ustaz Azhar Idrus. Ceramah ustaz nie memang ramai orang pergi sebab isu kandungan ceramah yang padat dan penuh pengisisan, selain slot sesi soal dan jawab selama satu jam yang memberikan ruang kepada orang ramai untuk bertanyakan soalan. Selalunya, tengok dekat youtube sahaja, kali ni dapat la dengar sendiri secara live tanpa perlu buffering.hehehe.


Pada asalnya ceramah ni lepas isyak di masjid SHAS uia. Tapi dengar cerita ada masalah, pihak maaruf club terpaksa bertukar ke venue Experimental Hall. Experimental hall nie, cuma boleh muat lebih kurang 300 orang sahaja pada satu masa. Agak mengecewakan sebenarnya, buat kami student UIA kerana pihak UIA hanya membenarkan ceramah di Experimental Hall.


Alhamdulillah, pihak Maaruf club menyediakan  screen di luar Experimental Hall, dan berhadapan dengan bank muamalat untuk orang ramai walaupun ada dugaan dengan sound system segalanya. Ilmu Allah tetap dapat disampaikan kepada orang ramai. 
Antara isu ceramah ,
  1. Bersyukur dengan nikmat dari Allah kerana kita dilahirkan sebagai orang islam. 
  2. Kepentingan iman, ilmu, amal dan ikhlas .
  3. Soal jawab mengenai solat , dan permasalahan . 
Banyak lagi isu yang dibincangkan oleh ustaz . Tak kering gusi kami sepanjang berada dalam ceramah. InsyaAllah semoga ustaz datang kembali ke UIA dan dapat memberi ceramah di dalam Masjid SHAS . amin :)



Inside Experimental Hall 
Photo from :JKK Fan Club

View at the Rector Building
Photo from Mr Ahmad

In front Rector Building
Photo from : Mohd Amiruddin

Akhir kata, jangan lah sebab politik sampai tak tahu bezakan antara ceramah agama dengan ceramah politik.
p/s: more picture will be upload later. 

4 comments:

  1. gamba ak adaaa.hahahahah.seat vip tuuu.hahaha

    ReplyDelete
  2. PutraRocker aka Naqi : ustaz azhar idrus orang terengganu mana datang kelantan nie?

    haziq: wo.. mau2. hehehe ko duduk seat vip nape? kesian family dia nak duduk.

    ReplyDelete
  3. kahkahkah. bile mase ustaz jd geng kelate plak ni.
    i salah sorg peminat ustaz.
    dah beli buku ustaz?
    =)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...