10/31/11

Hidup Berjiran - Uncle V.J Gathering

Semalam jiran sebelah rumah ajak jemputan makan-makan dekat rumah dia. Memandangkan kita sebagai umat islam dituntut untuk menghadiri jemputan majlis. Maka kami satu famly attend majlis makan-makan. Abah sempat pesan, tujuan kita datang bukan untuk meraikan perayaan Deepavali mereka, tapi cuma untuk menghormati jemputan mereka. Dalam Surah Al-Mumtahanah ayat 8


"Tidaklah ada apa-apa tegahan dan larangan ke atas orang-orang Islam menziarah atau melawat rumah orang bukan Islam pada hari-hari raya atau hari besar mereka dengan tujuan sekadar mengambil hati mereka sebagai kawan atau jiran tetangga bukan untuk tujuan membesar atau memuliakan agama mereka. Malah ziarah atau kunjungan dengan tujuan tersebut tidaklah haram sebagaimana yang didakwa itu."


Allah berfirman dalam surah al-Mumtahanah ayat 8:(لا ينهاكم الله عن الذين لم يقاتلوكم في الدين ولم يخرجوكم من دياركم ان تبروهم وتقسطوا اليهم ان الله يحب المقسطين) Yang bermaksud: "Allah tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan berlaku adil kepada orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana agama kamu dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung-kampung halaman kamu. Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil".Wallahua'lam


Satu bagus pasal famly uncle V.J. Rumah beliau sangat bersih, tak ada nyer arak depan mata, dan sangat menghormati tetamu islam. Beliau pun cakap, daging beli dekat kedai islam belakang tu. Masuk dapur mereka pun sangat kemas. hehehe. Aunty pun padai masak, memandangkan keluarga mereka ada sediakan tosei. Banyak kali aunty kena masak tosei untuk kami sekeluarga. Al-maklum ler, jarang nak dapat tosei ...




Sisters

Abah and Uncle V.J

Thank You for Invitation Uncle
Islam memandang berat perihal menjaga hak jiran sehingga jiran itu boleh dianggap sebagai orang yang boleh mewarisi harta. Memuliakan jiran merupakan budi pekerti yang mulia dan terpuji. Menurut Imam Nawawi, Jiran ialah mereka yang tinggal berdekatan dengan rumah kita dalam lingkungan jarak 40 buah rumah,samaada sebelah kiri atau kanan,depan mahupun dari belakang. Dalam menghayati hak-hak jiran, Islam membahagikan jiran itu kepada 3 bahagian,berdasarkan hadis Nabi saw yang bermaksud :-


" Jiran itu ada 3 macam. Jiran yang mempunyai satu hak. Jiran yang mempunyai 2 hak dan Jiran yang mempunyai 3 hak.Jiran yang mempunyai tiga hak adalah jiran yang muslim yang berkerabat, maka baginya hak jiran,hak muslim dan hak kerabatnyaAdapun jiran yang mempunyai 2 hak ialah, jiran muslim, dimana haknya adalah hak jiran dan sebagai orang muslim.Manakala jiran yang mempunyai satu hak ialah, jiran yang musyrik atau kafir."

Menghormati hak jiran tetangga bukan semata-mata mencegah diri dari menyakiti hati jiran,bahkan hendaklah ia bersabar atas sebarang kelakuan yang tidak sopan yang telah dilakukan. Perlu juga disedari,jiran yang baikialah mereka yang mengambil berat tentang jirannya ketika sakit,kenyang atau lapar,gembira atau sedih . Rasulullah saw telah memeberi peringatan dengan sabdanya


 (Hadis diriwayatkan oleh Bukhari )Maksudnya: " Bukanlah dari kalangan ORANG YANG BERIMAN, apabila ia didalam kekenyangan, sedangkan jirannya dalam kelaparan "

Hadis ini bermaksud bahawa " Kewajipan" kita memberi hak yang sewajarnya kepada jiran ketika sakit ,ditimpa musibah dan sebagainya. Turut merasa sedih dan berdukacita ketika jirannya ditimpa musibah dan segera membantunya sekadar yang termampu. Kita juga perlu turut rasa gembira,apabila jiran kita mendapat khabar gembira.Betapa manis dan indahnya islam mengajar umatnya cara beradab dan berakhlak khasnya sesama jiran tetangga.


Parents

Hidup Berjiran. Satu Malaysia :)

Thanks Uncle V.J and family for the invitation.

p/s: Esok ada mid term PMIT. Tolong doakan saya ya :)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...