Bandung Part 2



12/4/2010

Memandangkan hari ini Isnin. Kami ke luar kota coz tak ramai orang nak ke Tangkuban Perahu.
Percutian ke Bandung tak kan perfect tanpa ke Tangkuban Perahu. Iaitu kawasan gunung berapi yg masih aktif..Tangkuban Perahu nie ada lagenda disebalik kejadian nyer iaitu Lagenda Sang Kuriang.. sile google.heheh teringat lak waktu di Medan mandi air gunung berapi. baik utk kesihatan

Perjalanan kami bermula pada pukul 8pg. On the way ke sana,jam atau macet hanya di depan ITB . tempat anak-anak orang kaya belajar.Perjalanan hanya mengambil masa selama 1jam/45 minit sahaja.
Oh yer.. Miftah bagitahu waktu musim cuti sekolah Malaysia, bulan 6 dan bulan 12 . Jam nak naik Tangkuban Perahu . Sampai di terpaksa over take utk cepat sampai.So, jangan pergi waktu cuti sekolah .. heheeh
Sepanjang perjalanan, suasana redup dan juga sejuk dapat dirasai coz Bandung berada di kawasan pergunungan bukit.

Yang menarik nyer,ketika kami di Tangkuban Perahu ada shooting utk kebudayaan di sana. Beruntung kami, sambil dapat lihat gunung berapi dapat menonton tarian orang sana. Tapi tahan yer bau blerang gunung berapi coz agak busuk. Aunty Norlia yg kerja di jabatan kimia terus cakap "Nie bau sulphur dioxide "malu aku yg pernah belajar chemistry wkt sekolah. hahaha


Tips di Tangkuban Perahu
  1. Ticket masuk adalah asing daripada bayaran utk supir so kena bayar ticket utk kereta dan juga orang yg nak masuk kawasan Tangkuban Perahu.Kereta around Rp100 000 rasa nyer, saya tak pasti. Ok kalau ada pak supir nak ikut sekali. Maksud nyer dia tipu coz anda kena bayar sekali dgn harga pak supir. Biasanya pak supir tak akan join masuk skali. Unless mat salleh ada lah..
  2. JANGAN sesekali beli di Tangkuban Perahu coz harga kat sini 3x ganda (3x lipat) mahal dari di bandar Bandung. - Nie cakap pak supir kami sendiri.
  3. Anda akan di serbu oleh penjual dari turun kereta sampailah naik kereta. Jangan pandang mata dia org or tgk barang dia org. Coz dia org akan tarik sampai anda beli. Make them invisible jer. Until one of the penjual tu cakap kat kita orang " tengok pun tak nak". Mcm mana aku nak tgk. Kalau jual berry dgn harga RM6! sama price kat Malaysia.
Selepas itu kami ke Strawberry Farm . Di sini, kami perlu bayar harga masuk dan akan di hidangkan dengan segelas air Strawberry yg segar. Kak Syam sejak datang ke Bandung. Menu air dia sama sahaja iaitu Air Strawberry. Ada gak offer utk petik buah strawberry. Tp tak worth it for us coz buah2 banyak dah di petik waktu hujung minggu tu. Hehehe

Kak Syam, Me and Along..Kami dah jadi buah strawberry.Hahaha Masih tak faham maksud kavling itu apa..

Kemudia kami ke Kampung Daun utk makan lunch!Dekat sini memang best selain makanan yang sedap kita dapat menikmati keindahan alam semulajadi sambil berehat-rehat bersama keluarga. Kami solat jamak di Kampung Daun coz surau di sini sangat bersih and don't worry coz ada sahaja telekung yg bersih disini. Selain toilet yg best! hehehe

Selepas kami enjoy2 makan di Kampung Daun kami pulang semula ke Kota Bandung. Kami terus ke Toko Tiga. Disini di jual Jeans yg berjenama and murah. Hehehe.. Shopping jeans pula. Namun kita orang tak sempat nak g satu jalan yg jual barangan kulit.. Lupa pula.. Nnt saya search yer!

Kemudia kami ke Mall mall apa tak igt nnt update again utk membeli air mineral. Dah jadi kewajipan kalau pergi ke Indonesia beli air mineral iaitu air aqua coz kadang2 ada air yg kurang bersih and wat sakit tekak. Lagi pun dah haus! Ada satu kejadian terjadi waktu kat sini..Tetiba jer black out shopping mall nie. Bagi yg dah biasa g Medan kadang2 mereka suka matikan lampu.Tapi, kejadian ttb black out tak slalu terjadi di Bandung. Cepat2 kami beli barang and bayar then keluar dr Mall tu.. heheh.. cuak seh!
Kita orang continue pergi toko buku utk beli pesanan buku .. and singgah beberapa mall mana tau menarik di hati.. Tp tak ada lah pula...

Wkt tu dah malam and kita orang still tak dinner ag..
Memandangkan nak cuba beli Murtabak manis atau dkt Malaysia di panggil Apam Balik. Well , Murtabak Manis nie di beli oleh Miftah and Ahmad kat Pasar Malam, kita orang yg perempuan stay dalam kereta coz takut bahaya. Hahaha.. Murtabak manis yg di beli pergh!! Sedap dan berlayer2.. Satu kotak (sini packaging pakai kotak) around Rp20 000. Ada 4 kotak beli, igtkan kecik mcm kat Malaysia, rupa nyer besar and tak mampu nak di habiskan.Huhuh... Ada 2 perisa kita orang beli . Satu choclate and satu ag telur.
Utk choclate mmg yummy ada pisang, cheese, kacang.. Sedap! Utk telur kureng sket.. Sampai kita orang minta nasi dr Rumah Tawa coz nak habiskan yg telur nyer.. Hehehe

Toko 3 dan Murtabak Manis

Lepas dah makan2 and solat kami pun tdor coz nak continue shopping di Pasar Baru! hehe
Continue di Bandung Part 3!

Comments

Popular Posts