Klebang Original Coconut Shake, Melaka

Rasanya Klebang Original Coconut Shake di Melaka memang dah famous amous satu dunia eh silap 1 Malaysia. Aku memang tak tahu kewujudan pasal benda ni, tapi akak aku yang suggest pergi ke sini sebab banyak blogger tulis pasal Coconut shake. Aku kata kat akak aku ni percaya sangat dengan blogger. Padahal aku pun blogger juga.. hahahha. Maka, selepas berjalan-jalan di bandar Melaka (next entry aku tulis pasal Melaka) kami ke Pantai Klebang untuk menikmati Coconut Shake ni.

Direction ke Klebang Original Coconut Shake


Alamat :

231-1, Batu 3 3/4
75250 Klebang
Melaka
(Tepi Jalan Pantai Klebang, bersebelahan Stesyen Minyak Caltex)


Phone Number : 013-3394061- Shafie
Business Hour: 
  • Monday -Sunday : 12.30-6.30pm
  • Friday: 2.00p.m- 6.30pm
GPS Location2.21551, 102.206132

Menu
Coconut Shake Biasa : RM1.50 (minum) dan RM1.80 (bungkus)
Coconut Shake Special : RM2.00 (minum) dan RM2.20 (bungkus)
Air Kelapa / Tebu 1 Gelas : RM1.00 (minum) dan RM1.20 (bungkus)
Air Tebu 1 Jug : RM5.00 (bungkus)
Air Tebu Tanpa Ais : RM1.20 (minum) dan RM1.50 (bungkus)


Tak sampai caltex lagi, jalan dah sesak disebabkan ramai berhenti tepi untuk membeli Coconut Shake ni. Tengok sikit punya panjang beratur, faham-faham je lah hujung minggu. Dekat 45 min aku beratur, sampai lenguh kaki. Mula-mula ingat nak beli setakat 5 bungkus. Sampai 15 bungkus kami beli, kerana menghilangkan penat beratur. wahahaha

Kalau di tepi jalan, untuk "take away"sahaja. Masuk ke dalam sedikit untuk "minum". Jom layan gambar-gambar kami disini. 
Taste it!
Photographer : Nina Hamdan
Penat beratur. minum dalam kereta je. hahah


Sedap kot! Memang original recipe, tak terfikir pula aku selama ni coconut boleh dipelbagaikan.. Kalau buka franchise  dekat KL confirm laku kan? 

p.s: Banyak sangat benda nak kena buat, terabai pula blog ni :( ada banyak picture entah tak jumpa. 

Comments

  1. klebang tu yang dekat dengan tengkera ek? sebab dulu member nyer punya member punya family ade bukak coconut shake gak.. :D

    ReplyDelete
  2. aah.. coz sebelum ke sini, singgah masjid tengkera..great2.. dtg sana minta harga diskaun.. ahahha

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts