Lasagna
Hari ni teringin pula nak update pasal resepi. Asyik cerita pasal travel trip, padahal pergi tak sampai seminggu tulis cerita macam "Around the world in 40 days".Sesi kutuk diri sendiri. haha
Kadang-kadang kita masak sedap (puji diri sendiri), kadang-kala entah apa tak cukup garam itu ini. masuk dalam tong sampah jadi nyer. Takmau-takmau membazir. Kena tanamkan semangat masak sedap-sedap. Hahaha. Apa aku merepek nie? Kembali kepada Resepi Lasagna. Ini resepi kakak aku, so ada campurkan element Melayu sikit.. hahha.. Marah chef itali tengok.
Kalau anda dapat lihat, aku buat untuk ramai tu macam banyak . Jadi kalau nak buat untuk dua orang kurang-kurangkan la ye bahannya. Nak buat lasagna yang halal, sedap dan cepat ni senang sahaja. Jom kita tengok!
p/s: dah ada dalam draft sejak ramadhan. sekarang baru nak update sebab hari tu masak, aku amek picture. wahahahah
Kadang-kadang kita masak sedap (puji diri sendiri), kadang-kala entah apa tak cukup garam itu ini. masuk dalam tong sampah jadi nyer. Takmau-takmau membazir. Kena tanamkan semangat masak sedap-sedap. Hahaha. Apa aku merepek nie? Kembali kepada Resepi Lasagna. Ini resepi kakak aku, so ada campurkan element Melayu sikit.. hahha.. Marah chef itali tengok.
Kalau anda dapat lihat, aku buat untuk ramai tu macam banyak . Jadi kalau nak buat untuk dua orang kurang-kurangkan la ye bahannya. Nak buat lasagna yang halal, sedap dan cepat ni senang sahaja. Jom kita tengok!
Bahan-bahan Kuah Merah
- Daging Lembu Kisar
- Prego - 1 botol besar
- Tomato Purée -2 tin
- Oregano
- Bawang Putih (Potong Dadu)
- Bawang Merah (Potong Dadu)
- Cendawan Butang (Potong dadu)
- Kentang (Potong Dadu)
Bahan-bahan Kuah Putih
- Prego Keju dan Herba (dalam tin)
- Bawang Putih (Potong Dadu)
- Bawang Merah (Potong Dadu)
- Cheese
- Kentang (Potong Dadu)
Bahan-bahan Lasagna
- Lasagna (2kotak)
- Telur
- Cheese
- Kuah Merah
- Kuah Putih
- Tumis bawang merah dan bawang putih sehingga ada bau.
- Masukkan daging kisar masak sehingga separuh masak.
- Masukkan prego , tomato puri. Masukkan sedikit air.
- Masukkan cendawan butang dan kentang.
- Masukkan 1 sudu cili boh . Ini lah element melayu dalam itali. ngeh2.
- Kacau sehingga masak, masukkan gula dan garam sedikit.
- Jangan lupa tambah oregano sedikit bagi menghilangkan bau daging.
- Tumis bawang merah dan bawang putih.
- Masukkan Prego Keju dan Herba, masukkan sedikit air.
- Masukkan cendawan butang dan kentang.
- Masukkan cheese, gula dan garam sebagai penyedap rasa.
- Kacah sehingga mendidih.
- Setelah siap memasak kuah merah dan putih, sekarang penyediaan lasagna.
- Letak lasagna yang belum direbus sekeping didalam bekas, pastikan ianya memenuhi ruangan bekas, patah-patahkan lasagna . Boleh juga kalau nak rebus, but my style tak rebus.
- Masukkan kuah merah pada layer pertama,asalkan ianya memenuhi ruangan bekas. Letak sikit-sikit je.
- Masukkan cheese dan telur di serata tempat , kalau boleh lebihkan telur agar structure melekat dan nampak cantik.
- Masukkan lasagna dan letak kuah putih pula.
- Ulang process no 2-5 . Pastikan lapisan terakhir lasagna ditutupi dengan kuah merah/putih agar ianya tetap masak.
- Bakar dalam 40 min dengan suhu sederhana panas.
- Nak pastikan dah masak, cucuk dengan lidi dan struktur tak melekat pada lidi,
- Tunggu sejuk, baru lah boleh potong untuk di makan. Kalau ada kuah lebih, boleh buat makan dengan spaghettie.
Comments
Post a Comment