Winter at Margaret River, Australia 2012- Part 9
*Maaf taraf kelajuan aku menaip, dan bercerita sudah semakin lambat. Memandangkan aku ambil short sem, faham-faham aje lah semua kerja menjadi dua ganda*
Selepas puas melawati Cape Leeuwin Lighthouse, kami menuju ke Margaret River Town untuk makan tengah hari. Untuk pengetahuan semua, sepanjang 2 hari di Albany dan August kami makan bekalan makanan yang di bawa dari rumah. Jadi kami dah cut cost makanan. Faham-faham je lah nak cari halal food di kawasan jin bertendang hutan bukan nya senang. Sila lah beli banyak-banyak bahan mentah untuk di masak.
Margaret River ni hanyalah small town yang tenang , bersih dan sesuai dijadikan tempat persinggahan untuk ke Cape Leeuwin Lighthouse. Memandangkan nak cari toilet agak susah. Aku cadangkan kalau anda berhenti di small town , sila singgah di Information Center mereka sebab toilet mereka bersih.Alhamdullillah, cuaca di Margaret River tak adalah terlampau sejuk. Just nice macam waktu spring. Itu sebabnya masing-masing tak pakai trench coat. wakakak
Margaret River |
Sign board |
Seperti biasa, free testing of choclate. Tapi please jangan jadi jakun dan memalukan rakyat Malaysia. Sebabnya, dulu waktu dekat Perth ada sesetengah nganga mulut besar-besar dan suap kat dalam mulut macam tak fikir orang lain. Nak ambil banyak boleh, tapi kena pandai cara. Letak la dalam bekas cawan kecil secara senyap. Hahaha. Tapi kalau korang baik ambik jelah sikit-sikit. hehe..
Comments
Post a Comment