Winter at Harbour Town,Australia 2012- Part 11

15/6/2012
Biar betol dah sampai Part 11? Ni lah cerita yang paling panjang sekali, selama ni paling banyak pun Part 6. Hehehe. Kadar kepanjangan post aku mengenai sesuatu tempat bergantung pada berapa hari aku berjalan disana. Setelah beberapa hari, berjalan dari satu tempat ke satu tempat, hari ini masanya untuk kita BERSHOPPING! Tempat yang terbaik untuk bershopping di Perth , Australia semestinya Harbour Town.

Harbour Town terletak di Wellington Street, West Perth WA. Kenapa aku memilih bershopping di Harbour Town berbanding Perth City? Reason, Harbour Town mempunyai banyak factory outlet dan, harga sale adalah lebih murah berbanding Perth City.  

Sebab apa aku kata murah?
  1.  Aku boleh dapat levis Buy 1 Free 1. Harga satu levis AUD80 ,kiranya kau amek 2 seluar tapi bayar untuk satu seluar sahaja. Kalau convert to Ringgit Malaysia kita masih dapat harga murah RM120/1 helai. Mana nak dapat Levis less than RM300.  
  2. Rubi shoes di Malaysia RM60, aku beli AUD10 bila convert to Ringgit Malaysia ialah RM30 (half price)
  3. Baju Cotton On di Malaysia almost RM80++, beli di sana boleh dapat lebih kurang RM30 as usual aku suka half price.
  4. Ada juga kasut comel dengan harga AUD2 , believe me 2 DOLLAR ONLY! RM6 sahaja, mana nak dapat RM6 kasut kat Malaysia. Selipar jepun pun dekat RM10. Tapi tak beli sebab tak ada size kaki aku. Semua besar gedabak size minah salleh.
Buat pengetahuan semua , aku dah survey pasal harga baju dekat setahun, tiba sana baru lah aku bershopping. Punyalah simpan duit, semata-mata nak dapat half price je. 

Perkara yang paling best di Harbour Town ialah mereka ada menyediakan musolla (surau) siap dengan tempat whuduk. Musolla terletak di Information Center, Harbour Town. Kalau tak bawa telekung , jangan lah risau.. Macam-macam jenis telekung ada dekat sini untuk digunakan. Bersih dan terjaga.

Left: Adli Ilyas
Right: Adli Ilsyad
Kalau ada bawa orang tua, mereka juga menyediakan perkhidmatan kerusi roda secara free. Tak perlu nak bayar deposit or bagi passport. Pasal makanan jangan risau ada kedai kebab, kedai turki yang menjual makanan halal di sini. Confirm halal. Tak ada campur dengan arak or etc.Kalau dah shopping, aku ni jenis lupa camera . Jadi gambar dekat sini tak adalah banyak sangat. Enjoy.


Atas: Wan(kiri) dan Mama (kanan)
Bawah : Turki stall

Left: 70% sales
Right: My cousin -Nurul

Tapi ada yang seseorang yang sangat famous amous di Malaysia. Aku jumpa di sini. cuba korang teka?

*


**


***


****


****

MATLUTHFI90


Harith with Mat Luthfi
 Macam mana boleh jumpa Mat Luthfi?  Biarlah rahsia. Macam mana korang tengok video dia terbaru, macam tulah juga aku jumpa dia face to face. haha..Kalau korang nampak SALE kat belakang tu dalam kedai Cotton On. hohoho.

p/s: Jumpa juga kawan-kawan Mat Luthfi -watak-watak tambahan dalam video. hehehe. 

Comments

  1. ungtungla dpt tangkap gambar mat lutfi haha

    ReplyDelete
  2. I like your detail shopping discounts commentary on harbour town

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts