Winter at Caversham Wildlife Park, Australia 2012- Part 12

16/6/2012

Caversham Wildlife Park ni memang dah terkenal seluruh dunia. Tempat yang wajib pergi kalau ke Perth, Australia. Last two years pun, kami sekeluarga dah pernah  ke sini. Cuma disebabkan abah, seth(my brother) and my cousin tak pernah lagi datang dan tengok kangaroo jinak secara dekat.Maka, pakcu decide bawa kami semua lagi sekali ke sini.

Kami sekeluarga bergerak awal sebelum pakcu. Then, dengan berpandukan GPS untuk ke Caversham  ialah Whiteman Park. Sekali, GPS bawa kami ke Whiteman Park - Pusat Penjagaan Orang Tua. Pelik benor.. So, be careful when you type the pointing place at GPS. Sampai ke Olive Oil Park kami jejak. Jauh pusing. Alhamdullillah , kami sampai juga ke Caversham Wildlife Park.


The attractions of Caversham Wildlife Park 

Setiap attractions yang ada di sini tidak memerlukan bayaran. Kita cuma perlu bayar ketika entrance fee sahaja.

Meet The Koalas 

Koalas sentiasa menjadi tumpuan utama kami sekeluarga , sebabnya adik aku nama Najlaa. Kami panggil dia Ala Koalas. When we meet the Koalas, we greet them "Hi Ala... Not Koala" hahaha...
So cute, tidur je 24jam. Tapi last two years, semua Koalas tu bangun waktu Ala datang.Semangat nak jumpa Ala agaknya. ngee.


Dah macam penjaga koala aje aku ni. hehe  (refer baju choclate tu.hahha)
Feed The Kangaroos

Seronok dapat feed kangaroos yang jinak ni. Macam bagi makan dekat kambing je la.. hehehe. Teringat waktu dalam perjalanan ke Augusta, apabila kami hampir melanggar Kangaroo liar sebanyak dua kali. Heheh. Nasib baik la, tak langgar dan sempat mengelak. Bila aku tanya pakcu, boleh ke makan Kangaroo. Pakcu kata boleh, tapi rasa dia tak sedap. Kalau tak, dah berlambak stall Burger Kangaroo. hahaha
Feeding session
Meet The Wombat and Friends Show

Last two years waktu aku pergi, show ni macam depan padang kecil. Tapi this year, mereka ubah design sikit . Macam letak dalam kawasan kadang kuda yang besar. So, kita boleh bebas bergerak dan mengambil gambar.
Gambar wajib dengan wombat

Raccoon?  Seth dgn penjaga racoon. hehe (satu bangsa dia org ni.hahha)

Birds
Molly's Farm

Molly's farm buat kita rasa menjadi pengembala kambing, lembu dan unta. Korang boleh masuk ke kandang mereka, usap-usap dan ambil gambar.

Farm Show

Farm show yang TERBAIK!! Ada macam-macam persembahan di tunjukkan. Mula-mula , mereka tunjuk bagaimana anjing mengejar haiwan ternakan. Cara mengetam bulu kambing.Then, cara nak libas tali yang pukul kambing (aku tak tahu nama dia). Ada sesi memberi susu kepada anak kambing sangat comellsssss...
Feeding anak kambing. sooo cute.
Animal Presentations

Waktu kita orang datang tak ada animal presentation. Tapi disini kita sendiri boleh lihat haiwan-haiwan yang jarang jumpa seperti, wombat, kangaroo, koala, Tasmanian devil. macam-macam lagi. hehehe

Aku ingat lagi, zaman Pakcu belajar di Australia. Arwah Mak Chek (my late aunty) pernah datang bercuti di Caversham, tak silap aku year 2000/2001. Waktu tu, Caversham harga murah sahaja, around AUD 5-10. Tak famous pun, tapi last two years aku pergi aroun AUD18 utk dewasa. Paling buat aku terkejut besar, harga untuk tahun ini AUD23 utk dewasa!

p/s:Dah jauh-jauh korang datang sini, masuk je la ye.

Comments

Popular Posts