Salam Ramadhan -Winter at Mosque At-Taqwa, Australia 2012- Part 13

Sebelum kami bergerak ke London Court. Kami singgah ke Mosque At-Taqwa yang berdekatan dengan Caversham. Lebih kurang 15-20minit dari Caversham. Di sini banyak kedai halal, dan kebanyakan community muslim tinggal di sini.

Mosque At-Taqwa / Noorul Islam Society 
Lot 433, Boyare Avenue
Mirrabooka WA Australia 6061
Contact Person: Br. Ismail Fredericks
Phone: (08) 9248 8559
Fax: (08) 9418 5238

Semua busy solat, lupa nak amek picture. ada perubahan sikit masjid dari gambar ni

Bila solat dekat sini, terus aku teringat akan buku siri Travelog Ustaz Hasrizal: Di Hamparan Shamrock Kuseru Nama-Mu. Mungkin keadaan persekitaran, budaya dan juga Noorul Islam Society mengingatkan aku tentang Belfast Islamic Center. Sebabnya, keadaan kelas agama yang di sediakan untuk anak-anak belajar agama. Membuatkan aku dapat rasa, feeling Ustaz Hasrizal mengajar di luar negara.

Tempat solat wanita berada di tingkat dua, sepanjang laluan kita akan lalu kelas-kelas agama. Melihat tampalan-tampalan card board doa.Membuatkan aku rasa tersenyum, dalam hati "Macam ni ya sekolah agama mereka". Mereka hanya ada kelas agama sekali dalam seminggu. Bergantung pada komuniti Islam itu sendiri untuk mendidik generasi akan datang agar berada di landasan yang benar.

Apabila kita menjadi warga minoriti, agama kita akan lebih kuat dan bersatu-padu. Aku dapat lihat, walaupun kita tak kenal, tapi kita mudah untuk memberikan salam dan senyuman. 
One of my uncle friends cerita, senang nak didik anak-anak di luar negara. Sebagai contoh,

Anak: "Ayah, kenapa dia tak pakai tudung"
Ayah: "Sebab dia bukan muslim"

Tapi menjadi susah apabila berada di negara sendiri
Anak: "Ayah, mak cik tu islam kenapa dia tak pakai tudung"
Ayah ....... (clueless.. nak jawab apa?)

Teringat aku sewaktu di Cambodia, pernah ada orang yang melintas jalan semata-mata untuk memberikan salam kepada kami.Pada awalnya, terkejut juga kami kenapa ada orang nak lintas jalan, tapi brother tu kata"Tak, saya cuma nak bagi salam dan nak bercakap dengan awak" kerana rasa gembira beliau melihat orang sesama muslim.Kalau mereka yang pernah baca travelog aku di Cambodia , pasti tahu mengenai kami di tegur oleh Wanita Muslim dan gembira untuk bercerita tentang kisah kehidupannya.

Selain itu, aku juga teringat akan peristiwa di Thailand. Ketika kami buntu mencari jalan untuk ke Night Market, ada sahaja yang memberi bantuan dan akhir sekali memberi salam kepada kami. Apabila kami menjawab salam, dia sempat berkata "I am non muslim, my neighbourhood are muslim community so i always hear they give salam". Kami jawab" It's okay. Waalaikummussalam" . Semoga Allah memberi hidayah kepada mu. Amin.Walaupun, pemuda itu non-muslim tapi kerana sikap jiran tetangga beliau yang menunjukkan akhlak dan peribadi mulia menyebabkan pemuda tersebut sudi membantu kami apabila melihat wanita berjilbab.

Malang sekali, apabila agama kita merupakan agama majoriti di negara sendiri,masyarakat kita lemah dan kurang bersatu-padu dahulu. Alhamdulillah, sedikit demi sedikit aku dapat lihat pembangunan islam dalam jiwa anak muda. InsyaAllah semoga generasi terdidik agam islam nya. Amin

Salam Ramadhan Kareem.
p.s: doakan saya menjadi muslimah yang solehah.amin

Comments

Post a Comment

Popular Posts