Saya Budak KL.
Tujuan aku kali ni dah bagitahu dekat orang luar masih ramai yang tidak tahu, perangai budak KL yang sebenar. Setengah orang fikir , budak KL (macam gambar bawah ni) . Tapi ramai tak tahu true fact mengenai budak KL.
CLUBBING
Tak semua budak KL pergi clubbing. Aku teringat akak aku cerita, waktu mula-mula masuk matrik UIA dulu. Roommate dia siap-sedia memikir alasan-alasan yang perlu diberikan, kalau akak aku ajak pergi clubbing. After 1 or 2 month, room mate akak aku semua pelik kenapa akak aku sekali pun tak pernah ajak pergi clubbing ?Elok je solat and mengaji . Dia orang tertunggu-tunggu tu.. Dah lama tu, room mate akak aku cakap dekat akak aku
Room mate :"Ida, kita orang fikir kalau budak KL mesti pergi clubbing, tapi ko lain la".
Akak aku terus gelak besar: "Mana korang dapat idea macam tu?"
Room mate :"Dekat TV selalu tunjuk budak KL pergi clubbing, ada masalah sosial teruk".
Akak aku terus jawab sambil gelak: "Yang korang percaya TV kenapa, TV kan suka buat cerita.hahaha ".
Yeah,kami budak KL walaupun duduk di tengah bandar KL dekat dengan club-club malam, disko atau pub tapi kami masih tahu hukum agama bahawa pergi Clubbing adalah berdosa dan mendekatkan diri kepada maksiat adalah berdosa.
PAKAIAN
Dah kalau mereka fikir kami pergi clubbing, pakaian mesti SO-SIAL tak ada lah yang menutup aurat. Mesti terdedah sana-sini , tak pun kalau kami mesti jenis yang ikut fashion terkini. Ni true story yang terjadi dekat aku, waktu 1st week dekat CFS (matrik juga.hahaha)
Nina : Aku nak balik rumah la, maybe kejap lagi minta bapa aku ambil.
Kawan: Ko orang mana nina?
Nina: Aku budak KL la.
Kawan: Cara dan pakaian ko tak menampakkan budak KL.
Mungkin waktu tu aku pakai simple je baju kurung dan tudung, atau dia lihat aku jari tak ber-nail polish
warna -warni. hehehe. Mungkin selama ni persepsi budak luar mengenai kami macam tu kot. Ada gak kalau sesetengah fikir , budak KL mesti beli baju mahal-mahal. Hahahah. Nak tergelak aku dengar statement macam tu. Aku beli juga la baju RM10 buat pakai tidor. huhuhu.
TUDUNG
Kalau budak KL je mesti tak pakai tudung, mesti WAJIB mereka fikir kami nie free-hair. Tak tahu lah nie mana idea dapat. Yeah, aku tahu ramai yang tak tahu kewajipan memakai tudung. Tapi aku pelik, waktu aku balik kampung . Aik.sapa yang budak KL nie? hahaha. siap dye rambut lagi tu. Makin aku pelik.
Aku teringat kisah yang adik aku cerita mengenai rakan dia yang belajar di satu negeri.Waktu 1st day dia dalam kelas, dia terkejut. Apabila satu statement diberikan oleh rakan sekelas.
"Awak budak KL kan? Kenapa pakai tudung?!!"
Dia tercengang!
Sampai lecture di situ pun kata, "Saya fikir budak KL tak pakai tudung." Lagi la dia terkejut , apa teruk sangat ke taraf aku kalau berasal dari negeri yang berangka 14 di ic.
SAYA BUDAK KL.
Aku tahu kalau bagi statement macam ni pun, tak ramai akan percaya budak KL ada yang baik dan tahu hukum agama. Tapi kami budak KL ramai yang pergi sekolah agama, waktu sekolah rendah kalau pagi pergi sekolah kebangsaan petang pergi sekolah agama. Kami masih lagi mendapat pendidikan agama. Kami tahu hukum-hakam.
Kadangkala , ramai yang salah anggap dengan budak KL. Mereka menyangka budak KL buat macam nie, so kita follow. Tapi pada hakikat nya kami tak buat pun perkara-perkara seperti yang orang luar gambarkan.Saya tahu kadang-kala ideologi yang budak KL nie jahat datang dari media juga. Mana tak nye, TV suka tunjuk macam-macam cerita. Kadangkala anggapan mereka yang salah ni buat kami budak KL rasa nak tergelak.
"Aku yang duduk KL pun tak buat perangai teruk macam ni. Culture shock ke mereka nie?"
Aku tak boleh nafikan juga , KL memang tempat sosial. Tapi itu terpulang pada hati dan diri.
" Tepuk dada tanya iman sama ada kita nak ikut orang atau punyai pendirian sendiri."
Saya budak bajet KL camne pula? haha
ReplyDeletehahaha. u budak mix =kl+sarawak+uk
ReplyDeleteheheh dan lagi syauqi XD
ReplyDeletehairee: syauqi mmg macam tu. :P hahah.
ReplyDeletesaya suka kawan dengan budak KL.
ReplyDelete:D