11 Amalan di Bulan Ramadhan
Tinggal lagi 10 hari Ramadhan bakal meninggalkan kita pergi. Aku pun tidak tahu adakah sudah cukup amalan aku pada Ramadhan kali ini. Adakah Ramadhan yang akan datang akan aku temui? Adakah aku berjaya mengecapi lailataul qadar? Hanya Allah sahaja yang tahu, yang penting saki baki 10 malam terakhir ini akan aku guna sebaiknya agar Ramadhan kali ini adalah lebih baik dari Ramadhan sebelum ini.
1. Keutamaan Sahur Dan Mentakhirkannya Selama Tidak Khuatir Akan Terbitnya Fajar
Dari Anas radhiAllahu āanhu, bahawa Rasulullah sallAllahu āalaihi wasallam bersabda: āBersahurlah kamu sekalian kerana sesungguhnya di dalam sahur itu terdapat barakah.ā (HR Bukhari & Muslim)
Dari Zaid bin Tsabit radhiAllahu āanhu berkata: āKami sahur bersama-sama dengan Rasulullah sallAllahu āalaihi wasallam, kemudian kami melaksanakan solat.ā Ada seseorang bertanya: āBerapa lama antara sahur dengan solat itu?ā Ia menjawab: āKira-kira 50 ayat.ā (HR Bukhari & Muslim)
Dari āAmr bin āAsh radhiAllahu āanhu, bahawa Rasulullah sallAllahu āalaihi wasallam bersabda: āKelebihan puasa kami dan puasa ahli Kitab adalah adanya makan sahur.ā(HR Muslim)
2. Segera Berbuka Puasa Apabila Sudah Masuk Waktu Berbuka
Dari Sahl bin Saād radhiAllahu āanhu bahawa Rasulullah sallAllahu āalaihi wasallam bersabda: āManusia itu selalu dalam kebaikan selama mereka segera berbuka puasa.ā(HR Bukhari & Muslim)
Dari Anas radhiAllahu āanhu berkata: āRasulullah sallAllahu āalaihi wasallam sentiasa berbuka dengan beberapa biji ruthob (kurma yang baru masak) sebelum solat. Jika tidak ada ruthob (kurma yang baru masak), maka beliau sallAllahu āalaihi wasallam berbuka dengan tamar (kurma yang sudah kering). Jika tidak tamar (kurma yang sudah kering), maka beliau sallAllahu āalaihi wasallam meneguk air beberapa teguk.ā (HR Abu Daud dan At-Turmudzi)
3. Berdoāa sepanjang berpuasa dan ketika berbuka.
Diriwayatkan oleh Turmudzi dengan sanad yang hasan, bahawa Rasulullah sallAllahu āalaihi wasallam bersabda: āAda 3 golongan yang tidak ditolak doāa mereka, iaitu orang yang berpuasa sehingga dia berbuka, pemimpin negara yang adil dan orang yang teraniaya.ā
4. Menjauhi perkara-perkara yang bertentangan dengan ibadah puasa.
Dari Abu Hurairah radhiAllahu āanhu bahawa Rasulullah sallAllahu āalahi wasallam bersabda: āPuasa itu adalah perisai, oleh kerana itu, apabila salah seorang di antara kamu sekalian berpuasa maka janganlah berkata kotor dan janganlah bertengkar/berteriak. Apabila ada seseorang yang mencaci-maki atau mengajak berkelahi, maka hendaklah ia berkata: āSesungguhnya aku sedang berpuasaāā. (HR Bukhari & Muslim)
Abu Hurairah radhiAllahu āanhu berkata bahawa Rasulullah sallAllahu āalaihi wasallam bersabda: āBarangsiapa yang tidak meninggalkan kata-kata dusta dan perbuatan buruk, maka Allah tidak memerlukan ia meninggalkan makan dan minumnya.ā (HR Bukhari)
5. Bersiwak atau menggosok gigi.
Amir bin Rabiāah berkata, āSaya melihat Nabi sallAllahu āalaihi wasallam bersiwak dan beliau pada saat itu sedang berpuasa. Kerana seringnya, maka saya tidak dapat membilang dan menghitungnya.ā (HR Bukhari)
Abu Hurairah radhiAllahu āanhu mengatakan bahwa Nabi sallAllahu āalaihi wasallam bersabda, āAndaikan tidak memberatkan umatku, niscaya mereka kuperintahkan bersiwak pada setiap kali berwudhu.ā (HR Bukhari)
6. Bermurah hati dan banyak menderma.
Dari Ibnu Abbas radhiAllahu āanhu katanya: āRasulullah sallAllahu āalaihi wasallam adalah seorang yang paling dermawan, dan sifat dermawannya itu lebih menonjol pada bulan Ramadhan yakni ketika ditemui Jibril. Biasanya Jibril menemuinya pada setiap malam bulan Ramadhan, dibawanya mempelajari al-Quran. Maka Rasulullah sallAllahu āalaihi wasallam lebih murah hati melakukan kebaikan dari angin yang bertiup.ā (HR Bukhari)
7. Menggandakan amalan membaca dan mempelajari al-Quran.
(Hadith Ibnu Abbas di atas menyatakan bahawa Rasulullah sallAllahu āalaihi wasallam bertadarus (mempelajari al-Quran) dengan Jibril pada setiap malam Ramadhan.)
Membaca al-Quran adalah amalan biasa ummat Islam, tetapi sempena bulan Ramadhan, hendaklah kita tumpukan betul-betul dan menggandakannya. Para ulama apabila tibanya bulan Ramadhan akan memberhentikan kuliah yang diajar mereka dan menumpukan kepada mempelajari al-Quran. Membaca untuk memahami al-Quran yakni mentadabbur al-Quran adalah lebih utama dari membaca laju untuk mengkhatamkannya beberapa kali pada bulan Ramadhan.
8. Memberi makan untuk berbuka puasa.
Dari Zaid bin Khalid Al-Juhanny radhiaAllahu āanhu, bahawa Rasulullah sallAllahu āalaihi wasallam bersabda: āBarangsiapa yang memberi makan untuk berbuka orang yang berpuasa, maka ia mendapat pahala seperti pahala orang yang berpuasa itu dengan tidak mengurangi sedikit pun pahala orang yang berpuasa itu.ā (HR At Turmudzy)
9. Mendirikan malam dengan solat sunnat (solat Tarawih)
Dari Abu Hurairah radhiAllahu āanhu, bahawa Rasulullah sallAllahu āalaihi wasallam telah bersabda: āBarangsiapa yang mengerjakan solat sunnat pada malam bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan hanya mengharapkan pahala dari ALLAH, maka akan diampunilah dosanya yang telah lalu.ā (HR Bukhari & Muslim)
10. Giat beribadah pada 10 hari terakhir Ramadhan
Aisyah radhiAllahu āanha berkata: āBahawa Rasulullah sallAllahu āalaihi wasallam apabila masuk sepuluh terakhir bulan Ramadhan. diramaikannya waktu malam, dibangunkannya ahli keluarganya dan diikat erat kain sarungnya.ā (HR Bukhari & Muslim)
11. Beriktikaf pada 10 terakhir Ramadhan.
Dari Ibnu Umar radhiAllahu āanhu berkata: āRasulullah sallAllahu āalaihi wasallam selalu beriktikaf pada sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan.ā (HR Bukhari & Muslim)
Dari Aisyah radhiAllahu āanha berkata: āRasulullah sallAllahu āalaihi wasallam selalu beriktikaf pada sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan sehingga Beliau sallAllahu āalaihi wasallam dipanggil ALLAH Taāala, kemudian setelah beliau sallAllahu āalaihi wasallam wafat, isteri-isterinya meneruskan kebiasaan Beliau itu.ā (HR Bukhari & Muslim)
Semoga kita semua dapat mengambil pengajaran yang besar dari hadith-hadith Nabi sallAllahu āalaihi wasallam di atas. Janganlah dilepaskan peluang untuk mendapatkan pahala yang besar hasil dari usaha kita untuk bersungguh-sungguh melaksanakan sunnah di atas.
Selain dari sunnah yang telah dinyatakan di atas, jangan lupa dan meremehkan lain-lain sunnah Rasulullah sallAllahu āalaihi wasallam seperti senyum, beri salam, solat jamaah di masjid, berbuat baik kepada ahli keluarga dan jiran, beri tadzkirah, merendah diri dan lain-lain.
Mudah-mudahan hidayah dan taufiq menyinari hati dan jiwa kita semua dan mudah-mudahn melekat ke dada kita semua akan nilai besar Taqwa, amin.
Source: Shahmuzir Nordzahir
InsyaAllah kita sama2 amalkna..=)
ReplyDeleteselamat menyambut bulan ramadhan :D
ReplyDeleteRamadhan tinggal 10 hari, bersama2 kita mengimarahkan Ramadhan kali ini.
ReplyDeleteRamadhan kareem :)
Insya-Allah Ramadhan kali ni lebih baik dari yang sebelumnya dan semoga Allah menerima segala amal ibadah kita pada bulan yang mulia ni amin :)
ReplyDelete