8/15/11

Halal Recipe Okonomiyaki



Pelik aku,tetiba je akak aku nak buat masakan jepun. Maybe, sebab dia sakit gastrik tu terasa nak makan makanan Jepun. Terus akak aku suruh search resepi OKONOMIYAKI. Aku punya lah pelik. Apa ke benda nyer tu? Rupanya okonomiyaki nie macam omelet style jepun. Nak cari halal recipe , aku terjumpa dekat My Resipi.


Ingredients

  • 100g tepung okonomiyaki/ tepung biasa
  • 1 biji telur
  • 150g kubis-potong halus
  • 150g bawang besar,udang kering, sosej
  • sos okonomiyaki
  • mayonis
  • sedikit minyak
  • 100cc air

Cara-cara
  1. Potong halus kubis dan mayang bawang besar
  2. Bancuhkan tepung. Masukkan telur, tepung dan air. Kacau biar sebati
  3. Masukkan kubis dan semua bahan-bahan lain. Kacau sebati
  4. Panaskan 1 sudu minyak dalam kuali. Masukkan 1/2 atau 1/3 adunan tadi. Ulang sampai habis.
  5. Bila nak makan, letak sos okonomiyaki dan mayonis
  6. Sedap dimakan ketika masih panas-panas

Tapi waktu kita orang masak tadi, tak ada lah letak sos okonomiyaki ni sebab takut tak halal dan dah tak sempat nak cari sos tu. Jadi pakai je mayonis. Rasa boleh tahan dan sedap di makan! Yummy...


Inilah rupa Okonomiyaki 

p/s:En.Ahmad siap tapau bawa balik :)

7 comments:

  1. oh omelet ke? ingatkan ape laa.
    kat jusco ade jual kot. beli je c2.
    halal! =)) camtu pasni nak try laa.

    ReplyDelete
  2. selalu beli kat jusco takoyaki.. huhuhu
    try2 sedap dan kenyang

    ReplyDelete
  3. takoyaki tu ape? tako tao tau laa. huhu

    ReplyDelete
  4. takoyaki tu tako tao juga la. hehehe. :P

    ReplyDelete
  5. haha ok! ingatkan sumething else.

    ReplyDelete
  6. sos okonomiyaki tu kadang2 letak sake - alcohol... so mana nak cari sos okonomiyaki yg halal? atau recipe buat sos okonomiyaki yg halal?

    ReplyDelete
  7. sebenar nye nak cari sos okonomiyaki yg halal susah juga. tapi based on search google nina tgk ramai yg beli dkt jusco.
    Tak pun kalau rasa was was, much better guna sos tiram, atau sos pekat manis.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...