Putus Saf Solat?

Malam semalam aku balik kejap berbuka puasa di Rawang (kampung belah mak aku) . Sekejap je dari Bangsar ke Rawang dalam 30min. Jadi aku tunaikan solat terawikh di masjid kampung aku. Tapi ada perkara yang tak menyenangkan hati aku. Lepas solat isyak, tetiba sahaja ada mak cik entah dari mana tegur adik sepupu aku  (darjah 5) ke belakang coz dia kata PUTUS SAF?. Mungkin faktor badan adik sepupu aku tu kecil, mak cik nie ingat dia kanak-kanak tadika yang tak reti solat gamak nyer. Mak aku terus cakap, tak pe "Aishah duduk je solat sini". Dari 1st ramadhan lagi tak ada sapa kecoh adik sepupu aku solat disitu, hari semalam tiba-tiba ada pula nak tegur dengan faktor alasan budak belum akil baligh mengakibatkan Putus saf solat. Henti-hentikan lah menyebarkan fahaman yang salah ini kerana :

Lucu bila ada yang berkeras pendapat yang menyatakan kewujudan kanak-kanak boleh menyebabkan terbatalnya keseluruhan saf. Fatwa seperti ini sebenarnya terpinggir dari penghujahan dalil dan kewarasan. Ketika Ibn Abbas masih kanak-kanak, Rasulullah s.a.w. bersolat dan memegang telinga atau kepala Ibn Abbas agar bersolat di tepi 
baginda. Kata Ibn ā€˜Abbas: 


ŁŁŽŁ‚ŁŽŲ§Ł…ŁŽ Ų§Ł„Ł†ŁŽŁ‘ŲØŁŁŠŁŁ‘ ŲµŁŽŁ„ŁŽŁ‘Ł‰ Ų§Ł„Ł„ŁŽŁ‘Ł‡Ł Ų¹ŁŽŁ„ŁŽŁŠŁ’Ł‡Ł ŁˆŁŽŲ³ŁŽŁ„ŁŽŁ‘Ł…ŁŽ ŁŠŁŲµŁŽŁ„ŁŁ‘ŁŠ Ł…ŁŁ†Ł’ Ų§Ł„Ł„ŁŽŁ‘ŁŠŁ’Ł„Ł ŁŁŽŁ‚ŁŁ…Ł’ŲŖŁ Ų£ŁŲµŁŽŁ„ŁŁ‘ŁŠ Ł…ŁŽŲ¹ŁŽŁ‡Ł ŁŁŽŁ‚ŁŁ…Ł’ŲŖŁ Ų¹ŁŽŁ†Ł’ ŁŠŁŽŲ³ŁŽŲ§Ų±ŁŁ‡Ł ŁŁŽŲ£ŁŽŲ®ŁŽŲ°ŁŽ ŲØŁŲ±ŁŽŲ£Ł’Ų³ŁŁŠ ŁŁŽŲ£ŁŽŁ‚ŁŽŲ§Ł…ŁŽŁ†ŁŁŠ Ų¹ŁŽŁ†Ł’ ŁŠŁŽŁ…ŁŁŠŁ†ŁŁ‡Ł"..Rasulullah bangun bersolat malam aku turut serta bersamanya. Aku berdiri di sebelah kiri baginda. Baginda memegang kepalaku lalu menjadikan aku berada di sebelah kanan baginda (Riwayat al-Bukhari). Dalam hadis Anas:

ŁŁŽŁ‚ŁŽŲ§Ł…ŁŽ Ų±ŁŽŲ³ŁŁˆŁ„Ł Ų§Ł„Ł„ŁŽŁ‘Ł‡Ł ŲµŁŽŁ„ŁŽŁ‘Ł‰ Ų§Ł„Ł„ŁŽŁ‘Ł‡Ł Ų¹ŁŽŁ„ŁŽŁŠŁ’Ł‡Ł ŁˆŁŽŲ³ŁŽŁ„ŁŽŁ‘Ł…ŁŽ ŁˆŁŽŲµŁŽŁŁŽŁŁ’ŲŖŁ ŁˆŁŽŲ§Ł„Ł’ŁŠŁŽŲŖŁŁŠŁ…ŁŽ ŁˆŁŽŲ±ŁŽŲ§Ų”ŁŽŁ‡Ł ŁˆŁŽŲ§Ł„Ł’Ų¹ŁŽŲ¬ŁŁˆŲ²Ł Ł…ŁŁ†Ł’ ŁˆŁŽŲ±ŁŽŲ§Ų¦ŁŁ†ŁŽŲ§
ā€œā€¦Rasulullah berdiri untuk solat. Aku bersaf dengan seorang budak yatim di belakang baginda. Sementara wanita tua berada di belakang kamiā€. (Riwayat al-Bukhari).
Adapun hadis riwayat Ahmad dan Abu Daud yang menyatakan Rasulullah menjadikan saf lelaki dewasa di hadapan kanak-kanak, hadis itu daif dari segi sanadnya. Kata al-Syeikh Nasir al-Din al-Albani: ā€œAdapun menjadikan saf kanak-kanak di belakang lelaki, aku tidak dapati melainkan hadis yang daif ini sahaja. Ia tidak dapat dijadikan hujah. Tidak mengapa kanak-kanak berdiri dalam saf sebelah lelaki dewasa jika saf masih luas. Solat anak yatim bersama Anas di belakang Rasulullah s.a.w. menjadi hujah dalam masalah ini. (Al-Albani, Tamam al-Minah, 284, Riyadh: Dar al-Rayah).

Hasil lain dari kecelaruan ini, ada orang dewasa yang sanggup menarik kanak-kanak yang sedang bersolat keluar dari saf kerana dia nak masuk saf. Kemudian disuruh budak itu ke saf belakang. Akhlak buruk ini menjadikan kanak-kanak berjiwa lemah ketika berada di masjid. Sementara orang dewasa yang lewat datang dan menarik kanak-kanak keluar itu pula terbiasa dengan sikap buruk sebagai seorang yang datang lewat lalu merampas tempat orang yang lebih awal.
Maka jangan hairan jika ada yang menyatakan bahawa agama lain lebih mesra kepada generasi muda daripada Islam. Padahal bukan salah Islam, salah mereka yang sempit fikiran.
Jika ada yang kata, kanak-kanak tidak berkhatan ada najis bawah kulitnya. Kalau najis bawah kulit hendak dikira, kiralah sekali najis bawah kulit kita sendiri dan juga yang dalam perut kita!!


Source :DrMAZA.com


p/s: Dulu kecik-kecik pernah gak kena tegur, tapi arwah mak cik aku kata biar je, bukan nyer kamu tak solat. Kamu reti solat . 

Comments

  1. thanks nina for sharing, boleh la lepas ni aku fire mak cik mak cik yang main tarik je budak budak neh huhu.

    seriously, benda macam ni memamng jadi,so tak leh di biarkan. hehe

    Ramadhan Kareem.

    ReplyDelete
  2. ur welcome chi. tulah , kadang2 fahaman2 macam nie buat budak2 dari nak solat jadi tak solat.

    chi bertukar jadi ultraman fire makcik.hehehe

    Ramadhan kareem :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts