DMZ Tour (Korean Demilitarized Zone) -Part 1:Winter Backpacking in South Korea Day 3

Hari kedua je ada 6 post..Omak! Sampai 6 post aku karang.. Patut tak boleh nak habis. ..Boleh baca dekat bawah ni kalau ketinggalan.. hehehe.. 
  1. Winter Backpacking in South Korea Day 2: Itaewon Mosque,Seoul
  2. Winter Backpacking in South Korea: Namdaemun Guest House, Seoul
  3. Gyeongbokgung Palace :Winter Backpacking in South Korea Day 2
  4. Bukchon Hanok Village (북촌한옥마을),Seoul :Winter Backpacking in South Korea Day
  5. Cheonggyecheon Stream 청계천:Winter Backpacking in South Korea Day 2
  6. Myeong-dong Shopping and Foods (Night Life):Winter Backpacking in South Korea Day 2

DMZ Tour, North Korea |misznina17
4 January 2014

Semalam balik dah agak lewat. Badan penat sebenarnya, tapi sebabkan semalam dah minta Mr. Bo tempah untuk DMZ Tour. Jadi nak tak nak kena bangun awal , sebab tour guide akan pick up around 7am.. Dah pasang alarm awal-awal kena turun pukul 7 pagi.  Bajet! Lupa nak bagitahu kalau tempah DMZ Tour ni, lagi ramai yang ikut .. Lagi murah.. Memandangkan kami ada 5 orang , per person lebih kurang KRW40,000/ KRW45 000.. 

Tapi sedar-sedar je dekat pukul 6.20am. Menjerit la masing-masing sebab dah ingat dalam kepala. Orang Korea ni very punctual sekali dia dah kata pukul 7 . Pukul 7 lah korang kena naik.. Cepat-cepat siapkan diri, solat dan pack-pack makanan untuk breakfast. 
Waktu winter ni faham-faham je la nak bersiap lama sikit, kena pakai dekat tiga lapis.. Karang tak pasal korang beku kesejukan.. 


DMZ Tour,South Korea |misznina17

Dalam 6.50 am, dengar orang dah bell front door Namdaemun Hostel.. nasib baik akak aku turun dulu.. Disebabkan akak aku tak reti buka door dia yang canggih, dapat la dalam 10 min kami turun, itu pun melompat dua tiga anak tangga..Nasib tak jatuh.. Hahaha.. 
Keluar-keluar.. Sejuk terasa di muka! Dah nama winter, sejuk sampai ke tulang. Tapi disebabkan Malaysia ni tak ada salji .. Tu je la sebab nya kami nak pergi winter. hahaha. Jakun!
DMZ Tour,South Korea |misznina17

Jadi pemandu kami hari ini ialah Mr. Han Kami menaiki kereta hyundai macam vellfire.. Aku lupa lahh jenama apa,tapi buatan Korea la kan..Sebelum bergerak , Mr. Han remind jangan lupa bawa passport sebab nak masuk ke kawasan DMZ kena bawak passport. Nanti ada passport checking.. 

 Dalam trip kami ada Daniella yang berasal dari Mexico tapi belajar di Beijing dan Yuan Ming berasal dari Taiwan dan bercuti di Korea.. Universal sangatt!! Daniella ni suka la kami bila duk cerita Rosalinda dengan dia.. Kami juga merupakan group yang paling lembab! Sebab selalu paling last naik bus.. hahah..


DMZ Tour, South Korea |misznina17
Perjalanan ke Imjingak Park.. Mengambil masa lebih kurang 30/45 minit sahaja. Memang dekat sangat dari Seoul nak ke Imjingak.. Refer map di bawah.. Tapi kami sekejap ke .. lama ke.. mesti mata terlelap..Tambah-tambah lagi dengan kekalutan pagi tadi. wahahah



Tiba di DMZ, bergelora nafsu tengok salji sebab nak main salji. Hehehe..Tapi please be careful yer, sebab ais dah mengeras menyebabkan jalan sangat licin. Kak Murni jatuh sampai lenses dia pecah. Nasib baik Mr. Bo ganti dengan lenses dia.. ahaks.. Rezeki terpijak..
DMZ Tour,South Korea |misznina17

Sampai je di area ImjingakMr. Han park kereta disini dan beli ticket untuk kami.. Selama 15 minit, kami berehat dulu di kawasan ni sebelum bergerak ke Third Infiltration Tunnel. Disini ada juga sedikana restaurant dan kawasan tandas.. Jadi dapatlah berehat-rehat..

DMZ Tour,South Korea |misznina17
Imjingak  (임진각),terletak 7 km dari kawasan Military Demarcation Line sekarang ia merupakan kawasan pelancongan yang dibina di kawasan Korean Conflit. Dibina pada tahun 1972 dengan harapan penggabungan antara South dan North ( jika boleh la kan). Terdapat 3 benda/aktiviti boleh dikunjungi sekitar Imjingak Park- Monumen ,Unification Park dan North Korea Center. 

Mangbaedan, bersebelahan dengan Imjingak adalah tempat yang famous di lawati oleh orang North Korea untuk perform ancestral rites by bowing toward their hometown setiap New Year dan Chuseok . Di Imjingak juga terdapat Bridge of Freedom, digunakan oleh orang South Korea di North untuk pulang semula ke South Korea.

 Source:VisitKorea

Nak ke muzium ni, semua pelancong dikehendaki menaiki bas yang disediakan . Jadi beramai-ramailah kami naik bas pelancong. 


Aku cerita first part dulu.. Nanti continue aktiviti apa kami buat ketika mengikuti DMZ Tour. Ramai mungkin tertanya kenapa kam semua nak ke sana? Disebabkan kami ni minat sejarah. Jadi tu enjoy je ikut DMZ Tour.. Selain itu, kalau nak tahu DMZ ni tak semua boleh pergi ye.. Sebab bila North Korea meng-gila .. Kawasan ni akan ditutup. Bila masa lagi kan nak tengok North Korea dari jarak dekat. Okay kami memang gila-gila .. tu sebabnye.. heheh


p,s: Kalau tak nak ikut travel agency, mungkin boleh try naik train (click here). Tak perlu ikut travel agency. Tapi aku tak pernah try lah kan. Sebab waktu aku pergi tu Dorasan station tak beroperasi lagi. Start operation 4 May...
p.s.s: Sebenarnya Panmunjom bukan di South Korea. Tapi North Korea. Maaf. Tempat kami berhenti namanya Imjingak.

Comments

  1. belum penah sampai di DMZ .. maybe next trip huuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup.. kena pergi Azra sebab best dan sangat berinformatif sebab dapat tengok North Korea. hahah

      Delete
  2. salam, nice blog!

    nanti boleh share, tour agensi mana yang u ambil? ni back packing awak pergi sendiri2 atau book agent di Malaysia? TQ :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pergi DMZ ni i minta Nandaemun Manager Hostel,Seoul yang call for reservation. Banyak tempat semua i pergi sendiri-sendiri je dekat Korea ni

      Delete
  3. samalah kes cam Azra belum terjah DMZ lagi tapi..Azra..ehem2..dah ada tiket utk next trip tu..tak pe Azra g dulu nanti leh JM refer :-)

    ReplyDelete
  4. alahh..kalau ramai lagi murah..kalau JM sorang je nak follow tour tu bersama org lain mesti lagi mahal kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh try juga pergi naik train.. tapi mahal dekat 5000 won juga lah kalau pergi sorang-sorang

      Delete
  5. Best kan gi DMZ. Walau ikut tour a bit rushing tapi puas hati lah juga. Kalau ada peluang lagi aku nak gi area Panmujeon.

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah rushing sikit.. tapi nak buat macam mana.kalau dah kawasan terlarang macam tu.. tak boleh menggedik lama-lama..

      Delete
  6. Boleh tak nak comment yang tak related dengan post?

    Happy happy happy belated birthday Nina!

    HAHAHAHAHA..

    Semoga sentiasa di bawah kasih syg Nya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha.. boleh.. no problemo.. thanks chi.. terima kasih untuk ucapan dan doa.. aminnnn

      Delete
  7. kena stay up malam ni nk baca semua entry heheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahah.. tak perlu kot.. nina punya entry pendek2 banyak gambar je :P

      Delete

Post a Comment

Popular Posts