Winter Backpacking in South Korea Day 2: Itaewon Mosque,Seoul

Lama aku tak menaip disini, bukan apa setelah kejadian MH370 mood hampir turun. Kita ni selalu naik kapal terbang, jadi bila kejadian seperti ini berlaku membuatkan aku lebih banyak bermuhasabah diri.Hanya Allah sahaja yang mengetahui hikmah di sebalik kejadian ini semua.. 
************

3 January 2014

Alhamdulillah kami telah sampai di bumi Seoul pada pukul 4.40 pagi . Subuh masih belum masuk lagi, sempat kami makan early breakfast  dah macam bersahur pula di Loterria. Seperti biasa order Wild Shrimp Burger . Kalau burger sahaja 3000Won/1 burger. 

Dah kenyang perut dan selesai aktiviti-aktiviti waktu pagi.. Kami mengangkut semua beg-beg ninja turtle dan simpan dalam locker.Senang sikit nak bergerak subuh-subuh ni cari masjid Itaewon .Locker besar harganya 3000Won boleh letak beg pack 3 biji size kami. Brapa liter nanti aku confirmkan semula.  Jadi senang sikit la nak recce jalan lepas ke solat  ke Guest House yang kami tempah, sebab dan berjanji dengan Manager Guest House nak datang pukul 9 pagi.


Maka kami naik la train pagi-pagi subuh dengan muka sepuluh sen untuk ke Itaewon Mosque. Cara untuk ke Itaewon Mosque:

  1. Take Seoul Subway Line 6 and get off at Itaewon Station (Exit 3). 
  2. Go straight and you will find Itaewon Fire Station. 
  3. Turn right and go uphill about 100 meters. At the three-way intersection, turn left and walk about 200 meters.


Itaewon Mosque, South Korea 2014


Tapi dari jauh memang boleh nampak Masjid tu,sebab berada di atas bukit .. Disebabkan kami ke masjid ni lebih kurang pukul 6 pagi. Jadi keadan masih gelap, dan tak ramai orang.. Siap nampak perempuan tengah hanging muntah tepi jalan. Nasib la dia tak kacau. Penat juga pagi tu sebab nak sampai ke Masjid Itaewon kena mendaki.Tapi tak pe la, janji kita ada tempat berteduh dan boleh solat subuh :)

Alhamdulillah, sampai-sampai je ada terserempak denga Couple Indonesia. Mula-mula saje je lah aku cakap dalam English. Entah aku dengan sound macam payah, terus aku cakap "Bisa ngomong deh!" Dia jawab "Capek deh harus ngomong dalam Bahasa Inggeris"...Dia orang sempat bagitahu Subuh masih ada lagi.Thanks to Hamba Allah lagi sorang, tunjukkan kami jalan ke tempat solat perempuan. Tapi imagine, dalam keadaan subuh yang sejuk dan suhu yang negatif. Mengigil aku pagi tu ambil whuduk kat luar, nasib baik ada dua pili air panas. 

Waktu kami solat, ada seorang wanita Korea bernama Amirah sudi share heater dengan kami. Tenang je hati tengok dia baca quran depan heater. Bila dia berbicara lembutnya bahasa, kami ni yang suara macam nak kasi satu masjid dengar. hehehe.


Hilang penat kami, kami teruskan perjalanan untuk ke Guest House. Sebelum tu sempat juga menikmati sunrise pertama kami di bumi Korea :) Alhamdulillah.


Sunrise
Itaewon Mosque, South Korea 2014
Sepanjang Itaewon Mosque ni memang banyak muslim restaurant. Tapi kalau dah datang subuh sepiee memang tak buka lah kan.. hehehe. Jadi kalau rasa nak datang makan lunch boleh la ke area Itaewon Mosque .
Grouping Picture Kesejukkan
Itaewon Mosque, South Korea 2014
Aku perasan trip aku memang berbeza kali ini, dari awal kami mahu kejar subuh bila sampai di Seoul atau Busan. Alhamdulillah sepanjang kami di sana , ramai yang ingin membantu. Sudi memberi pertolongan. Sememangnya benar 
"Aku dekat , Engkau dekat. Aku jauh ,Engkau Jauh"
 Bersyukur ya Allah :)

Comments

  1. loterriq shrimp burger, miss it deeply. entah kenapa kali ini itenary kita apa pun kejar masjid dulu. kita berlima bukan golongan asatizah pun tapi yes bila kejar rumah Allah dengan suhu bawah 0 kita rasa macam blessed is everywhere. p/s:mamat station dusil pun ok gak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ko memang sampai 2 ketul burger tu ko telan long..
      Memang betul, Janji Allah tu sentiasa benar,.. Bila kita sentiasa ingkat Allah.. Pasti setiap perjalanan kita dirahmatiNya.

      Delete
    2. dua ketul time seoul to busan, aku check apa aku beli setiap hari. sbb time tu aku ckp kt msia mana ada shrimp burger

      Delete
    3. dusil tu sabar... tu kat busan.. hehe..

      time type taadi ak nak tulis osaka. :D

      Delete
  2. subuh sepieee lamanya tak dgr org kata cmtu! tp suhu negatif ni mmg mencengkam smpai ke tulang hitam

    ReplyDelete
    Replies
    1. haahahhaa.. ayat standard dalam family aku..waha. memang pun mengigil2 aku amek whuduk pagi tu.. nasib ada air panas.

      Delete
  3. Hai nina....best bce citer korea awk...nk tny skit, locker tu hny ada di seoul station je yek? Leh masuk x beg troli? Senang ker instrustion nk guna locker tu? Maaf la byk tny pula, nk kmpul tips akn ke sna x lma lg...tq ya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Rynn, I am not so sure whether locker tu ada dekat seoul station sahaja atau ada dekat semua station. You may ask the train manager pasal ni. Tapi biasanya big station memang ada sediakan locker.. Beg troli boleh masuk, tapi depends on the size.. ada locker paling besar boleh masukkan satu beg troli..

      Instruction dia senang je.. just follow step yg dia tunjukkan dekat locker. Boleh refer sini to understand further :
      http://www.visitseoul.net/en/article/article.do?_method=view&m=0004007002006&p=07&art_id=39904&lang=en

      Delete

Post a Comment

Popular Posts