4/18/14

Winter Backpacking in South Korea: Namdaemun Guest House, Seoul

Dari Itaewon Mosque kami cepat-cepat gerak sebab dah cakap dengan Manager Namdaemun Guest House untuk check in pukul 9 pagi. Kami memilih guest house ni sebab memang dah banyak orang review pasal Guest House ni kiranya memang sangat selesa. 

  1. Take Seoul Subway Line 4 and get off at Hoehyeon  Station (Exit 1). 
  2. At Y- Junction take the right road : Toegye-ro-8-gil
  3. Walk straight, at T-Junction turn left and you can see signboard Namdaemun Guest House, Seoul
Map to Namdaemun Guest House from Exit 1, Hoehyeon Station.
Click for large image
Seoul, South Korea 2014
Sebenarnya dalam website Namdaemun ni suruh kita turun Exit 2. Tapi aku tengok macam susah je jalan dia and complicated. Tu aku tulis exit 1. Jadi bergantung la pada korang nak pilih jalan mana. Asalakan sampai dengan selamat. Gambar map aku memang tak cantik dan tak melambangkan langsung student sc comp. ahhaha. Asal korang faham sudah lah ye :D

Mula-mula tu macam clueless juga la sebab turun exit 2 tapi refer balik map dalam itinerary yang aku dah buat. Kami ambil jalan exit 1. Jaln Toegye-ro-8-gil ni berbukit juga la. Nasib pagi sampai tu kami tak bawa beg, tinggalkan di Seoul Station. Jadi tak de la rasa terbeban sangat. ehhehe

Alhamdulillah kami sampai lebih kurang pukul 8.40 pagi. Sampai-sampai tak ada orang, tekan loceng pun tak ada. Jadi kami decide Kak Fiza stay dan masuk dulu bilik untuk check-in. Kami ni patah balik ke Seoul Station untuk ambil beg ninja turtle tu. huhu.

Sampai-sampai je tengok kak fiza stay lagi situ. Dia kata 5 minit je kita orang keluar, manager tu baru keluar dari pantry. Memang sharp pukul 9 pagi dia depan kaunter. 

So apa kelebihan Namdaemun Guest House?

Memandangkan kami stay musim winter. Jadi heater dalam Guest House ni memang panas dan sedap. Sampai satu tahap aku buka tingkap bilik sebab rasa sesak nafas. Sehingga menyebabkan akak aku pula mengigil kesejukkan. wahahha. gila kejam aku!

Triple Room- Nina, Kak Syam and Along
Source: Namdaemun Guest House

Disebabkan kami ni 5 orang , jadi kami tempah dua bilik. Alaaa.. bilik kami berdepan je di tingkat 2. BTW, di Korea rate untuk bilik di kira mengikut orang berkadar langsung dengan harga bilik. Jadi tak boleh main sumbat-sumbat orang dalam satu bilik ye.. Nehieee..
For the price, nanti aku update balik. Aku baru perasan, tak ada satu picture pun kami ambil dekat sini. Sebab sampai bilik je terus baring dan lelap mata. hahaha. Tak perlu nak risau, macam mana dekat website dia tunjuk bilik .. sama juga dengan keadaan sebenar. 
Double Room - Kak Fiza and Kak Murni
Source: Namdaemun Guest House
Roti, air jus, teh, kopi , gula memang disediakan secara free. Kami berlima jugalah tukang menghabiskan juice orange dan roti dalam pantry dia. wahaha. Tiap-tiap pagi sebelum kami bertolak mesti bawak roti untuk bekal sepanjang perjalanan kami. Bekal itu wajib!
Tak bawa maggie dan segala jenis food halal? Ada satu rak untuk makanan halal. Jadi kalau korang lapar. Rajin-rajin je la masak. Hari-hari kami masak kat sini.
Dapur Berjasa
Source: Namdaemun Guest House

Washer machine dia memang terbaik la kan. Dah la free, siap boleh dry cleaning lagi. Hari last day check out ,waktu pagi lepas solat subuh kami basuh baju. Wangi je baju kami bila sampai Busan . Mula-mula tak reti juga aku nak operate washer machine nie tapi main pakai tekan je, nasib ada bahasa Inggeris kat tulisan-tulisan button.hehe
Washer Machine Berjasa
Source: Namdaemun Guest House

Tak bawak telekung? Jangan risau Namdaemun Guest House turut menyediakan alat kelengkapan solat. Jangan pula gatal-gatal nak tinggalkan solat. Menggedik sungguh namanya itu!
Tak sempat nak berfoya disini sebab sejuk
Source: Namdaemun Guest House
Sedikit sebanyak aku memang sangat puas hati dengan Namdaemun Guest House ni. Manager dia Mr Bo pun sangat baik. Sebab apa aku kata baik? 

Kak Murni punya filter lens camera dah pecah. Waktu dia tunggu depan counter, Mr Bo tanya apsal camera dia nampak macam retak. Kak Murni bagitahu la yang dia terjatuh dan filter tu retak. Terus Mr. Bo bukakan filter camera Kak Murni and ganti filter camera Sony dia. Nasib baik muat dan boleh pakai. Kak Murni pun terkejut juga dengan tindakan refleks Mr Bo Tapi dengan selamba Mr.Bo  jawab " It's ok just take it, i already use that camera filter for so long. Need to change it".

Dalam hati kami, masih ada lagi orang sebaik ini di muka bumi Allah. Tak minta satu sen pun. Terkejut tak? Kami pun ternganga bila dengar cerita kak Murni and Kak Fiza.

Alhamdulillah berjumpa dengan orang yang baik-baik di Korea

20 comments:

  1. Kami haritu ikut Toegye-ro 10-gil tu ... pastu turn right masuk lorong pi guesthouse .. mendaki kaw2 jugak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeke Toegye-ro 8-gil kena mendaki juga. tapi okay la.. tak de sampai 45degree sangat.. hehehe

      Delete
  2. Ondol tu kalau dah lebih degree panas, memang boleh buat sesak nafas. Alhamdulillah. Trip first ke Korea kan? Best ah memanjang jumpa orang baik. Dapat jus lah, kopi panas la. And siap dapat filter lens tu memang terbaik ah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup first trip but enjoy. Alhamdulillah Allah temukan kami dengan orang-orang yang baik . Tak expect pula, bersyukur sangat. Filter lens camera tu paling terkejut sekali. ehehe

      Delete
  3. apa pun pantry berjasa telah buat kita terkedu bila orang yang kita ajak makan sekali dari monggolia, time tu aku rasa janganlah dia tanya kita dari mana atau tetiba otak dia ingat pm kita nama apa

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang sangat berjasa. aku pun terkedu bila dia sebut negara asal. hahaha

      Delete
  4. Nina, mmg terbaeklah guesthouse ni siap ada kelengkapan solat tu yg best ada mknan halal lagi ada pantry lg
    Baik betul mr bo tu muda ke dh tua klau muda lg jm nk tackle ahaha dasar!!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha.. nak tackle dia? alamak..dah ada orang tackle dia dulu before JM.

      Delete
  5. Baik sungguh Korean ni.

    Bagus psl review guesthouse ni, Halal food & telekung. 5 stars sangat! Maybe next time boleh try ;p

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup.. you should try.. telekung pun ada... halal food tu sebenarnya hasil tinggalan makanan orang malaysia.. minyak la, nasi goreng punya perencah la, maggie la.. semua ada ..huhuhu.

      Delete
  6. namdaemun GH memang best kan? aahh rindu plak tgk port melepak kat roof top. penah lepak situ berjam2 sampai 2 pagi hehee...

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah memang best pun kak kiah.. ngee.. nina tak dapat la nak lepak situ,sebab musim winter. mau beku muka nina..hahah

      Delete
  7. Tak sangka2 masih wujud mereka yg baik hati ..
    And guest house ni memang terbaik .. insyallah nanti kalau ada rezeki ke sana boleh try :D ( ntah bile la )

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh try.. hahah.. tapi ni bukan style backpackers sangat.. ni style orang nak toilet dalam bilik.huhuhu

      Delete
  8. perghh perghhh.....thanks sgt berguna utk my next trip...;D

    ReplyDelete
  9. Sis, tempat ni ada lif tak? Saya survey tgk psl guesthouse ni dok atas bukit. Pnt tak berjalan? Saya ada baby nak kena dukung ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak ada lift la sis.. Dua tingkat je, alaa.. naik tangga pun sekejap sangat dah sampai bilik..

      Memang atas bukit, tapi kalau dukung baby saya tak sure la sis larat ke tak.. Sebab saya ni bawak diri je. huhu..Tapi sebenarnya guest house ni sangat best .. Sebab dekat sangat dengan Namsan Tower and memang dah area center..

      Delete
  10. Salam sis nak tanya, masa booking bilik direct emel to mr bo ke?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...