4/19/12

Bangkok, Thailand 2012 Part 6

Amboi nina, sampai Part 6. Macam kau duduk situ aje, detail sangat information. hahahha.. Sabar ya semua ini merupakan post terakhir untuk Bangkok Trip. Alhamdulillah , dah habis juga minah nie tulis.. hahahah

Continue back from Bangkok, Thailand 2012 Part 5

Dari BTS Mo Chit kami turun ke BTS Victory Monument.Lupa pula nak bagitahu, di BTS Mo Chit kami beli ticket One Day Pass- 120Baht = RM12.00. Seperti biasa sebab sangat menjimatkan. Keluar sahaja dari BTS Victory Monument kita akan dapat melihat Victory Monument. Aku pun tak faham sangat apa tujuan Thailand bina Victory Monument, padahal dia orang mana pernah kena jajah. Hurm.. Wondering .. 


Credit Picture by Kak Syahidah @Victory Monument
Credit Picture by Kak Syahidah @Victory Monument
Tapi apa yang menajubkan disini, anda akan dapat melihat jejantas yang terbesar, panjang dan bulat. Kagum sebentar, mungkin kerajaan mereka fikir akan kebajikan rakyat nak lalu lintas susah kalau di jalan raya. Maka mereka bina jejantas yang memudahkan rakyat.  Lupa pula kat Malaysia pun ada , jejantas dari KLCC ke Pavilion . Cuma disini memang gila besar lah.. Kami tak buat apa pun disini, cuma ambil gambar dari jejantas sahaja. Nak turun tak mampu wei, penat dah kami berjalan dengan keadaan panas tropika. Memang boleh dehydrated lah kat sini.


BIG Jejantas
Dari BTS Victory Monument, kami turun di BTS National Stadium untuk ke MBK Mall.. Lagi sekali kami jejak shopping mall tu.. Kalau dah bershopping mana puas, semalam survey.. Hari ni baru beli.. wahahaha. Beli sikit2 je barang sourvenier and t-shirt memandangkan trip kali ni trip budget... Seperti biasa,kalau di MBK Mall mestilah lama. Kami shopping dan juga menunaikan solat jama' Zohor dan Asar. Surau terletak di exit carpark 6A /6B.


Dah puas hati bershopping, kami naik semula BTS National Stadium dan turun ke BTS Sala Daeng...Kami turun di BTS Sala Daeng kerana berdekatan dengan King Rama VI Monumen. Hari ketiga kami di habiskan dengan melawat semua tugu yang berada di Bangkok. Sebab dah tak tahu nak pergi mana lagi. Memandangkan kami dah penat dan kelaparan, kami berehat di Lumpini Park yang berdekatan dengan King Rama VI Monumen. 

Credit Picture by Kak Syahidah @King Rama VI Monumen
Untuk pengetahuan semua, setiap pukul 6 petang. Rakyat Thailand akan  berdiri tegak di hadapan  King Rama VI Monumen sebagai tanda penghormatan. Station-station radio turut memasang lagu kebangsaan mereka. Tapi waktu aku sampai ni lebih kurang pukul 5petang, jadi kita orang decide lepak sekejap, makan-makan then terus balik. Tak yah tunggu ,btw, sementara nak tunggu pukul 6 ramai je datang bagi penghormatan kat tugu nie. 

Credit Picture by Kak Syahidah @King Rama VI Monumen
Credit Picture by Kak Syahidah @King Rama VI Monumen
Memandangkan pada malam tu, kami semua ingin berjumpa dengan Muhammad . Jadi kami decide untuk turun ke Ramkhamhaeng dan makan malam disana. So, kami pergi semula ke BTS Sala Daeng sebab nya kami dah beli ticket one day pass jadi kami perlu turun di BTS Phaya Thai untuk interchange with Airport Rail Link (SA City Line) dari situ straight terus turun Airport Rail Link Station Ramkhamhaeng. 

Ada perkara menarik berlaku di BTS Sala Daeng.. Memandangkan kami rasa tak puas hati dengan portion Pulut Mangga yang kami beli sebelum ni sikit sangat.. Jadi dalam hati, rasa naklah beli yang banyak. Tiba di laluan BTS Sala Daeng, ada night market disitu. Entah macam mana dari atas kami nampak ada kedai menjual Pulut Mangga. Dari atas kami sanggup turun semula semata-mata nak beli pulut mangga yang large portion. hahahha.. Yang bestnya, mak cik ni punya mangga untuk setiap bungkus adalah 1 setengah biji bersama dengan pulut yang banyak dan santan pelengkap rasa. Harga untuk satu bungkus 80Baht/RM8.00 . 
Credit Picture by Kak Syahidah @Pulut Mangga
Tiba di Station Ramkhamhaeng kami metunggu Muhammad dalam 20minit untuk bawa kami makan.Kami di bawa ke Kedai Steamboat Muslim yang terbesar di Bangkok.. Sangatlah murah,100Baht= RM10/seorang... Korang boleh rebus dan bakar makanan, then makan sampai kenyang... Tak kisah berapa lama korang dekat situ.. Tak silap aku ada jugalah 3jam kami melepak dekat situ.. Kedai Steamboat Muslim ni ada dua je dekat Bangkok, salah satu di Ramkhamhaeng. Aku pun tak tahu nama kedai ni in Thailand. Jadi janganlah korang tanya aku ya. Harap maaf ya, Muhammad ada sebut. Cuma aku ni lupa sikit nama dalam bahasa orang.. wahahah..

Credit Picture by Kak Syahidah @ Steamboat

Lebih kurang pukul 10.30 malam, baru kami keluar dari Kedai Steamboat tu.. Muhammad bawa kami ke Night Market Ramkhamhaeng. Waktu tu dah nak dekat 11 malam jugalah. Tapi ingat ya, most night market kat situ bukan macam Late Market kat Danau Kota tu. Dia orang akan siap kemas-kemas barang lebih kurang 10 lebih jadi waktu kita orang sampai semua barang dah siap packed. Tapi terpaksa juga cari beg, sebab barang untuk mak aku tak beli lagi. Matilah kami kalau tak beli barang untuk mak.. Nasib baik jumpa beg yang nak. Tapi seperti biasa, aku nampak baju cute, cantik dan murah .. Aku cuma pandang sahja tak beli.wahahaha.  Dah ada kat Malaysia baru menyesal.

Credit Picture by Kak Syahidah @ Steamboat
Pukul 11 malam kami tiba di Hotel Regent Ramkhamhaeng, dan mengucapkan terima kasih kepada Muhammad yang sudi teman kami makan untuk kali terakhir.Kesian dia , penat-penat kerja terpaksa layan kami semua ni... huhuu.. Malam tu kenalah tidur awal, memandangkan flight kami pukul 7pagi .Mana nak nyenyak tidor malam tu sebab kena bangun pukul 3pagi.

24/3/2012
Pukul 4pagi kami ambil teksi untuk ke Airport Suvarnabhumi. Patutnya , boleh sahaja kami naik dari  Station Ramkhamhaeng tapi train start pukul 6 pagi, jadi kami kenalah naik teksi .Tapi jangan risau ya, kalau teksi disini ada sahaja 24jam .Mereka tidak akan mengenakan sebarang charge tambahan bagasi, orang, dan had kelajuan. Dari Hotel Regent Ramkhamhaeng ke Airport Suvarnabhumi, tambang teksi ialah 89Baht = RM8.90 . 

Siap check-in dan security check, kami solat subuh di surau Airport Suvarnabhumi, Ya, ada surau yang lebih kurang sama besar seperti KLIA . Siap solat , lebih kurang sejam tunggu ke pukul 7pagi. Tiba masa kami mengucapkan SELAMAT TINGGAL BANGKOK. 

7 comments:

  1. wow.. klau walkway patronas pun dah rm100juta, inikan pula brape agaknye? semua org berdiri tegak or org2 dpan monument je??

    ReplyDelete
  2. hehe.. walkway yg kat klcc to pavillion tu ada aircond. nie x ada aircond.. cuma dia bulat and besar... jadi dari mana2 arah boleh nampak victory monument tu..

    ReplyDelete
  3. hi, nice blog. teringin nak p Bangkok plak.. :)

    ReplyDelete
  4. wah.. bestnya dpt jalan2 ke Bangkok.. :)

    ReplyDelete
  5. @Bobbypian: yeah u should travel to Bangkok

    @Wie: mmg best.. because not follow travel agency jadi byk pengalaman kita dapat.

    ReplyDelete
  6. tersenyum lebar lepas habis baca semua entry pasal bangkok kat blog nina. tak sabar nak fly bulan 4 ni. thanks nina! :D

    ReplyDelete
  7. @Aishah Pattali Ur welcome Aishah..Enjoy your trip to Bangkok :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...