4/18/12

Bangkok, Thailand 2012 Part 5

Almost two weeks , without update. Quite busy with my mid term examination, presentation , project paper and camping for my skill Recreation 2. Yeah hectic life, but i get used to it. If i have a free time. I feel like.Is it true? I don't have any work to do today? hahaha.. yeah.. i almost forgot that i still not finish to write about my journey at Bangkok, Thailand 2012.

Yosh... jom continue semula to Bangkok , Thailand 2012 Part 5

23/3/2012

Hari ini merupakan hari ke tiga kami di Bangkok. Kami bangun agak lewat sedikit, mungkin kerana semalam kepenatan berjalan sampai pukul 11malam  . Hehehe .Pukul 8pagi baru turun untuk sarapan pagi, agak lambat tapi mujur rombongan sekolah semakin berkurangan mungkin mereka dah turun awal-awal untuk makan.Jadi dapatlah kami ambil makanan banyak-banyak...

9am kami ambil teksi depan jalan berhampiran dengan Hotel kami untuk ke Thailand Culture Center. Sebabnya dari Ramkhamhaeng ke Thailand Culture Centre menggunakan teksi lagi mudah, berbanding naik train  perlu tukar laluan MRT .At the begining, korang mesti fikir kalau Thailand Culture Centre mesti ada benda yang menarik. Macam Rumah Kebudayaan Melaka atau Rumah Kebudayaan di Sarawak, mesti ada tarian, art and culture.(Jangan fikir lebih-lebih) Punyalah jauh dari Ramkhamhaeng nak ke Thailand Culture Centre menaiki teksi, almost  890 Baht = RM8.90 . Bila dah sampai.. tak ada apa-apa.,yang hanya ada bangunan , tempat orang meeting..

Credit Picture : Kak Syahidah@ Thailand Culture Centre
Bila kita orang masuk situ pun semua orang pandang, even pakcik teksi pun ada rasa pelik waktu kita orang nak cakap pergi Thailand Culture Centre. Nama dah gempak habis weii... Sekali tak ada apa-apa.. Try juga cari information pasal Thailand Cultrure Centre before pergi, tapi tak ada satu website pun bagi review. Dah tak ada benda, kita orang pun keluar... OTW, jalan nampak gak matsalleh menuju ke Thailand Culture Centre. Nampak gayanya, dia pun kena tipu dengan "NAMA" gempak tempat tu... hahahha "TIPAH TERTIPU BANG.

Thailand Culture Centre
Dengan perasaan hampa menggunung tinggi kami membawa diri, dari Thailand Culture Center lintas jalan besar dan belok ke kanan untuk  ke MRT. Mula-mula kami tersesat juga, tak nampak langsung station MRT tu. Nampak budak sekolah, tanya mereka tapi tak faham apa. Mujur datang lagi seorang Hamba Allah datang tolong kami bagitahu arah jalan.. hehehe.. 

Dari MRT Thailand Culture Centre kami bercadang ke Chatuchak Market, jadi kami turun di MRT Chatuchak . Chatuchak Market merupakan 10 tempat yang wajib dilawati ketika berada di Thailand.Sebenarnya Chatuchak hanya dibuka pada hujung minggu. Memandangkan flight balik kami hari Sabtu, jadi kami redah aje pergi pada hari Jumaat ni.. Ada sahaja peniaga menjual barang -barang cenderamatadi jual disitu. Cuma, tak semua kedai buka. Tapi dapatlah juga kami beli barang untuk ahli keluarga. BTW, Chatuchak Market ni agak luas jadi kalau boleh sila ambil map di kaunter information atau kaunter parking takut pula korang lost. Tapi waktu kami nak ambil map, tetiba je ada kereta langgar booth kaunter parking . So keadaan agak kecoh-kecoh jadi kami batalkan niat sahaja nak ambil map.

Chatuchak Market Map - ambil gambar sahaja.

Lepas dah puas pusing-pusing Chatuchak Market dalam keadaan panas tu, kami berjalan pula ke Chatuchak Mall(JJ Mall). Tak jauh, sebab JJ Mall berada di sebelah Chatuchak Market. Berjalan kaki mengambil masa selama 10 minit sahaja.Sebab apa panggil JJ Mall sebab sebutan Chatuchak adalah Jatujak, tu jadi JJ Mall. Di situ , kami makan tengah hari. Lupa pula nak cerita, kebanyakan food court menggunakan system seperti" ticket touch n go" . Jadi sebelum kita beli makanan, pergi ke kaunter untuk beli ticket yang boleh topup duit. Kalau tak habis guna,kita boleh pulangkan balik ticket dan akan dapat duit lebihan semula. 

Credit Picture : Kak Syahidah @Operasi Pulut Mangga JJ Mall
Kami makan  makanan yang di tapau dari hotel dan bila nampak pulut mangga, apa lagi beli jelah pulut mangga. Sebenarnya misi kami ke Thailand di panggil "Operasi Pulut Mangga" Jadi pantang nampak pulut mangga kami mesti beli.. hahahaha... Lepas puas lunch dan round-round dalam JJ Mall. Kami menuju ke BTS Mo Chit, sebenarnya BTS Mo Chit berdekatan dengan MRT Chatuchak, cuma kena lintas jejantas sahaja. 

Nak tahu kami ke mana dari BTS Mo Chitt?? Tunggu...Tak leh tulis panjang-panjang. Korang juga penat nak baca. 
p/s: Padahal next post aje :P

Bangkok,Thailand 2012 Part 1- Hotel Regent Ramkhamhaeng
Bangkok,Thailand 2012 Part 2- BTS Station and Jim Thompson House

4 comments:

  1. yum3! sdap nye klau dpt makan pulut mangga tuu

    ReplyDelete
  2. yum3! sedap nyer kalau suruh mak buat.. hahah

    ReplyDelete
  3. klau ciknin buat pun sdap gak

    ReplyDelete
  4. ciksyauqi masak pun sedap. masak air.. hahaha

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...