Bandung 2011- Part 2

13/9/2011

Hari ke-2 kami di Bandung. Kami 2 keluarga, breakfast di rumah, memandangkan di Home Stay rumah tawa boleh masak ,cuma tambah sedikit RP10K untuk guna dapur, lebih kurang RM30+ /sehari.Hari ini mengikut plan , kami teroka semua Factory Outlet (FO) di Jalan Dago, Jalan Riau, dan Jalan Setiabudhi.

Factory Outlet

Tapi shopping kali nie agak sedikit berbanding last year. Then, aku macam tak ada mood nak bershopping . Aku perasan harga dah semakin naik dekat FO, dan fashion baju untuk orang lelaki banyak dah tak cantik berbanding tahun lepas aku rasa guys punya baju sangat cantik. Walaupun, harga dah naik still kalau kita compare dengan harga malaysia, harga bandung masih murah.Memandangkan kali ni pergi 14 orang, jadi tak semua factory outlet aku masuk. Hahaha. Jadi lebih releks untuk kali nie. :D

Guys yang di tinggalkan di Grande -boleh ajak berborak dengan penjual.

Pergi ke Bandung, wajib singgah ke Toko 3 beli seluar jeans.hehehe. Kali nie dekorasi dalam lagi cantik dan menarik. Yelah, masih lagi ada dekorasi untuk hari raya. hehehe

Toko Tiga

Waktu tengah hari , kami singgah makan di Restaurant yang menyediakan makanan Sunda di Jalan Sultan Tirtayasa. Aku lupa pula nama restaurant tu apa. huhuhu. Tapi yang best, mana-mana restaurant disini akan menyediakan tandas yang bersih dan surau untuk solat. 

Lepas dah kenyang makan kami ke Jalan Setiabudhi ke Rumah Mode, Jalan Setiabudhi. Rumah Mode nie memang jadi pilihan orang Malaysia ke sini. Mungkin sebab dekorasi FO yang cantik . Tapi harga baju di Rumah Mode agak mahal berbanding di FO Jalan Dago dan Jalan Riau. Tapi yang tak best, dah tak ada lagi FO Natural di Jalan Setiabudhi.  Selepas puas bershopping untuk hari ini, kami pulang ke rumah untuk berehat.

Rumah Mode

14/9/2011

Hari ke-3 kami di Bandung. Plan untuk hari ke-3 adalah bershopping di Pasar Baru. Memandangkan Pasar Baru nie tak sesuai untuk pergi ramai-ramai. Jadi yang pergi cuma 6 orang sahaja. Kanak-kanak kami tinggal dengan bapa aku, yang pergi cuma orang dewasa sahaja. Sebenarnya, hanya orang dewasa sahaja pergi sebab nak jaga safety dan keadaan di Pasar Baru yang sesak tak sesuai untuk anak kecil. 

Seperti yang aku pernah cerita dulu pada Bandung Part 3. Shopping kain di Pasar Baru memang best kalau pandai tawar harga. Selain itu, survey dulu harga baru beli, takut nanti kena tipu harga . Memandangkan tiap kali aku tengok orang selalu tanya " Tempat nak beli door gift dekat mana, kain , kad kahwin" . Aku nak bagi tips sikit :-
  1. Aku selalu beli kain baju dekat SirCinta .Kedai nie ada dua, satu kecik satu besar. Pergi dekat yang besar sikit dan minta harga murah waktu ada boss cina dia. Kalau nak beli kain yang ada corak manik ,kedai ni ada jual.Tapi kalau korang dapat harga lebih murah, beli je lah dekat kedai lain. hehehe
  2. Nak beli door gift pergi dekat lantai D2 - (level D2) dekat sini ada orang jual banyak door gift 100 pieces dan boleh dapat 1 pieces lebih kurang 30sen atau 20sen.
  3. Beli kad kahwin , pergi tandas level 3 sebelum masuk tandas ada kedai kad kahwin. Dia orang ada sediakan penghantaran kad kahwin sampai ke Malaysia. Kalau kad keras di Malaysia mahal, dekat sini boleh dapat dalam harga 60sen.
  4.  Nak beli baju muslimah ada dekat lantai 5 (level 5) kat sini banyak dan boleh minta murah.
  5. Jangan lupa bargain !!!
Banyak dah aku bagi tips ni. Selamat membeli untuk anda yang ke Pasar Baru. hehehe. Kali nie aku balik awal dari Pasar Baru, then ambil budak-budak yang kami tinggalkan di rumah untuk bawa makan tengah hari di Jalan Chihampelas atau lebih dikenali dengan ChiWalk.
Kami makan di Platinum,mungkin kedai makan ni dari luar nampak harga makanan dia mahal. Tapi, sebenarnya murah dan portion makanan agak banyak di kedai nie.

Lepas makan, kami berjalan-jalan di sekitar ChiWalk dan beli sedikit makanan untuk di masak breakfast esok hari.Seperti biasa, kalau ke Indonesia . Family aku mesti beli FruitTea yang jadi kegemaran. Harga di pasar raya Yogya lagi murah berbanding Carrefour di PVJ. hehehe  sempat aku tengok price tag

ChiWalk
OTW pulang ke home stay kami singgah ke kedai Batagor Riri , di mana Pak Supir kami kata sedap. Memang sedap dan boleh tahan juga rasa nya. Batagor bermaksud - Bakso + Tauhu = Digoreng bersama, cuma kuah dia agak pedas sedikit. Dua hari bershopping badan aku semakin exhausted . huhuh. Esok adalah hari untuk menyegarkan tubuh badan di Luar Kota.

Comments

Popular Posts