Bandung 2011-Part 1

Bandung 2011-part 1. Sebenarnye, aku pernah dah pergi ke Bandung pada tahun lepas, waktu bulan 4. Jadi ni , second time aku ke Bandung. Hehehe.Percutian ke Bandung kali ini disertai oleh 2 keluarga besar - Keluarga aku (complete, biasanya jalan mesti ada kurang 2 orang), dan keluara Pak Zam (adik bapa aku). Kiranya , trip kali ini agak ramai 14 orang! wooo.
Percutian selama 5 hari dari 12/9/2011 -16/9/2011

Cost sepanjang berada di sana:
  1. Ticket flight: 6 orang = RM360 /pergi balik .Akak aku beli waktu zero fairs . BTW, sekarang tengah zero fairs , jadi belilah ticket pergi melancong .
  2. Air port tax: RP75 000/person . Bayar waktu balik
  3. Home stay Rumah Tawa: Memandangkan ahli keluarga agak ramai, jadi kami pilih home stay untuk tinggal. Sebenarnya, home stay nie baru lagi, jadi condition dia biasa-biasa sahaja. Namun, harga dia kira berpatutan kerana nak tinggal ramai.Berbanding kami ambil bilik hotel.
  4. Transportation : Memandangkan kami ada dua keluarga, jadi naik coaster (mini van) untuk pergi ke mana-mana.Seperti biasa, harga yang dibayar cuma kereta , minyak dan parking akan di bayar oleh driver. Pak Supir kami kali nie nama dia Pak U'us tapi kerja sekali dengan Miftah supir kami tahun lepas. Pak U'us nie rekod dia bersih - solat cukup, TAK MEROKOK! , yang penting dia baik. 
12/9/2011

Sepatutnya hari ini aku ada dekat dalam kelas dan start new sem. Waktu semua orang tengah kecoh-kecoh pasal add and drop session. Aku tengah sibuk check-in beg. Waktu semua orang tengah sibuk nak add subject SQA dan tanya aku nak add ke tak, aku tengah sibuk ada dekat boarding hall. Hehehe. Maaf ye, aku memang tak suka kecoh bagitahu nak pergi mana, lepas pergi baru boleh kecoh-kecoh. :P

2 Big Family

Flight sampai ke Bandung pukul 3.30 pm waktu Indonesia. Lepas kami sampai, terus pergi ke homestay dan letak-letak beg. Kemudian, kami makan ke Restaurant Sangkuriang. Restaurant Sangkuriang menyediakan makanan Sunda dan restaurant dia luar nampak macam biasa, tapi dalam macam kondo (mewah). Dekorasi ala Sunda dan kolam ikan di restaurant nie memang cantik. Tapi biasa la, mana kedai yang ada orang Malaysia masuk mesti kat depan penuh dengan orang jual barang (seperti biasa aku buat muka selamba , kalau tak nak beli.)

Restaurant Sangkuriang


Aunty Gee(kiri ) dan Mama (kanan) di Restauratn Sangkuriang


Selepas ke Restaurant Sangkuriang kami ke Paris Van Java (PVJ), untuk beli sikit barang di Carrefour PVJ. Tapi carrefour PVJ sebenarnya harga dia agak mahal sedikit berbanding pasaraya dia yang lain.Mungkin PVJ nie agak esklusif . Seperti biasa kalau ke PVJ mesti beli ice-cream JCo. Kalau dekat Malaysia nak beli rasa terlampau mahal, tapi kat sini gagah aje aku beli . Hahahah. Gambar tak ambil pula, boleh refer Bandung Part 1 .

Sekarang tengah musim bakar jerami, sampai dekat tengah PVJ pun letak jerami betul
Selepas ke PVJ, kami pulang ke homestay dan merehatkan diri untuk  shopping di Factory Outlet esok. 

p/s:Inilah sebab aku hilang seminggu. huhuhu

Comments

  1. fuhyooooooooooo..!
    bandung tuuuuuuuuuuu..!
    x gi funfair terbesar dunia tu?
    apetah nama die..
    =)

    ReplyDelete
  2. xpergi Trans studio coz price/ person RM50 .. mahal kalau g ramai-ramai..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts