Bandung 2011- Part 4 :Tragic Day
16/9/2011
Hari ini merupakan hari terakhir kami di Bandung, sepatutnya aku gembira kerana nak balik Malaysia pada pukul 8 pagi. Tapi pada pukul 12.45malam waktu Indonesia ,aku terbangun sebab rasa mual dan muntah sampai 2 kali. Sebelum tidur, aku dah minta adik aku picit kepala, sebab rasa pening. Lebih kurang pukul 4 pagi aku terjaga lagi, kali ini muntah ,sakit perut dan rasa perut bagi dicucuk-cucuk memang tragik . Sebab selama ni aku tak pernah kena sakit perut dan muntah-muntah apabila makan di luar negara. Aku ambil air panas di dapur, rupa nya pak cik zam pun tengah berjaga sebab anak dia 2 orang kena muntah-muntah dan sakit perut.
Pada asalnya, waktu pukul 11malam kakak aku dah kena sakit perut dan muntah-muntah, waktu tu aku dengan 2 orang anak pak zam (hafie dan izza sihat lagi) . Kita orang semua kata along nie sakit perut mesti sebab makan sambal yg pedas dekat kampung daun. Tapi bila aku, hafie dan izza dah kena sakit perut kami assumed bukan sebab sambal di kampung daun mesti sebab lain.
Antara makanan yang aku makan sebelum tidor
- Maggie sup
- Strawberry setakat rasa sikit
- Blueberry masam rasa sikit
- Bakso Malang
Bila lihat antara 4 makanan nie, maggie sup kakak aku tak makan , jadi tinggal lagi 3 sebab . Bakso Malang aku sorang je makan, along, hafie dengan izza tak makan. Jadi kami semua kata mungkin sebab strawberry yang masih lagi ada racun penyembur. Memang sakit bila kena Food Poisoning, sebelum bertolak ke Bandara(Airport) aku muntah lagi. Then , atas flight setiap kali nak ke tandas je aku kena tahan sebab kena pakai seatbelt ada ganguan cuaca waktu tu. huhuh.
Finally, bila singgah R&R di MEX highway aku dah tak leh tahan sampai tak larat nak keluar dari tandas. Mujur tak ramai orang.Bila dah sampai rumah, aku qada tidur coz keletihan dan ngantuk. Hari tu aku memang tak makan apa, sampai parents beli KFC pun aku cuit sikit je. Makan cuma eppal sebijik. huhu.
Alhamdulillah , hari ahad aku dah fully recovery. Sikit-sikit aku makan. Aku anggap sakit sebagai kafarah dosa-dosa aku. InsyaAllah, dan aku tahu Allah masih sayangkan aku. Amin :)
Korang jangan la cuak pula bila baca aku kena food poisoning nie. Yang penting sebelum pergi mana-mana bawa la ubat dan berdoa agar tak ada kejadian buruk berlaku setiap kali travel. :)
p/s: Aku still lagi nak pergi Bandung. hahahah :P
Alhamdulillah , hari ahad aku dah fully recovery. Sikit-sikit aku makan. Aku anggap sakit sebagai kafarah dosa-dosa aku. InsyaAllah, dan aku tahu Allah masih sayangkan aku. Amin :)
Korang jangan la cuak pula bila baca aku kena food poisoning nie. Yang penting sebelum pergi mana-mana bawa la ubat dan berdoa agar tak ada kejadian buruk berlaku setiap kali travel. :)
Good Bye Bandung |
Ni lah aku waktu dekat Bandara(Airport) tengah tahan sakit mata sampai bengkak , yang dua orang budak laki tak sakit tu Akmal(kiri -adik), Muzakir(kanan-sepupu), bawah (Izza) tengah tahan sakit, dah kurus bertambah kurus lagi izza.
Comments
Post a Comment