Surabaya, Indonesia - Part 1: Ayuh ke SuroBoyo

Sememangnya agak sukar untuk aku update blog and duduk depan computer lama-lama dengan keadaan badan dan condition tulang aku yang tak berapa stabil. Diulangi TIDAK STABIL. Oh, sila abaikan, kerana Ketidak stabilan itu sudah berubah menjadi hampir stabil. Alhamdulillah. Akhir nanti aku cerita la apa sebab nye. Kerap hilang focus ketika update pun melambatkan process nak update blog. Dah le tuJom le baca travel trip aku yang the latest ni. wahaha.


Preparation for Surabaya Trip
  1. Flight ticket from Air Asia (Promo): RM110 (pergi balik). 
  2. Transportation (Kereta + Supir+Minyak+Tol) : RP1800 000 (RM600) for 3 days . Updated: Family aku dapat supir yang lagi bagus dan murah . Boleh rujuk entry aku mengenai Supir Pak Ashirin di sini "click here"
  3. Hotel : Narita Hotel 
Currency Rate: RP1juta = RM320 (3.2) .Tapi nak senang kira aku bahagi 3 je.

13/4/2012

Trip kali ini bermula 13/4/2012- 15/4/1012 disertai oleh Along(Partner crime for Travelling), Kak Syahidah (Partner crime travelling at Bangkok), Kak Meng( Partner crime travelling at Cambodia)and ofcourse ME!

For transportation along telah menempah kereta dan supir di Syarikat Setia Abadi. Kira okay juga RM600 untuk tiga hari dan dibayar oleh 4 orang. Asalnya cost RP1 650 000 untuk 3 hari tu, tapi Boss supir tu dapat detect sampai ke Malang kami pergi jadi kami kena tambah RP 150k  lagi. Tapi still worth it, kerana perjalanan dari Surabaya ke Malang mengambil masa selama 4 jam. 

Ticket telah dibeli ketika promotion setahun lebih awal.FYI,sekarang tengah promotion air asia-sila beli.lai..lai.Seperti biasa ticket murah mesti awal pagi,jadi flight kami pada pukul 6.50a.m. Memandangkan last week aku dah start new semjadi the night before flight baru aku ada kat rumah. Imagine dengan tak kemas barang satu apa pun, terus sumbat2 masuk baju.Nasib baik 3 days trip je..So, that nite memang aku tak boleh tidor sangat , tidor terbangun. Finally, dekat pukul 2.30pagi terus aku kejutkan akak aku sebab nak gerak pukul 3 pagi dari rumah ke LCCT. 

Pukul 3 pagi kami bergerak ke LCCT, sampai lebih kurang pukul 4 pagi selesaikan baggage drop( dah check-in awal-awal di rumah) , makan , kastam, then solat subuh di surau LCCT. Selesai solat, dalam 20min tunggu sudah calling naik flight.


Awan- Photographer by Syahidah Adnan
Kami sampai di Juanda International Airport , Surabaya pada jam 9 waktu Indonesia. Lewat 1 jam dari waktu Malaysia. Antara airport Medan, Bandung dan Surabaya. Airport Surabaya is the best airport  -tak perlu risau beg kena tarik, ada conveyer, pekerja airport tak main suka-suki tarik beg, trolley tak perlu kena bayar, dan tak perlu jalan jauh mcm LCCT. 

Sudah ambil beg, pak supir kami sudah tiba di arrival hall dengan memegang card nama along aku.Pak Supir kami bernama Tri.  Di luar punya ramai orang jual sim card, harga simcard beli RP10K. Mula-mula dia nak jual RM10. Aku kata Rp10k aku nak, RM10 aku tak beli. So, pandai-pandai le tawar menawar ye.

Kebiasaanya kalau sampai je dari airport kami mesti ke Hotel. Kali ni agak berbeza sebab hotel yang along tempah agak mahal .So, cancel reservation hotel.Mulanya sampai-sampai  nak terus cari hotel. Tapi, airport dengan bandar Surabaya agak jauh ,1jam perjalanan melalui highway. So kami discuss dalam kereta, Pak Supir kami kata kami akan lalu tempat yang kami nak pergi. 

Nak tahu kami ke mana? Aku update next post.

Comments

  1. Nak tengok foto tugu jerung dan buaya tu kat update seterusnya ...

    ReplyDelete
  2. Salam, found out about ur blog via Fatt comment box. I've checked the Setia Abadi Car Rental. Should i call them or just leave a msg to them? Btw, did you when to Bromo?

    ReplyDelete
  3. @Dimensi :tunggu.. next.. next.. update.. hahah

    @syauqi: lebih kurang.. tapi compare antara bandung dengan Surabaya, pak supir Surabaya 24hour. dan kena bawa jauh-jauh

    @Zaarab:Thanx for coming here. about Setia Abadi Car Rental , you may call them or just leave a massage to them because they will reply it to you. I am sorry, i did not go to Bromo coz i only spent 3 days and 2 night only.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts