Bukit Broga, Malaysia

 1/9/2012 

Setelah dua tahun aku menyimpan hasrat nak panjat Bukit Broga. Refer to this post and this post. Akhirnya berjaya juga mendaki Bukit Broga. Fuh! Perancangan last minit dengan along, dapat gak aku jejak ke sini. 

Trip kali ni di sertai oleh aku (Nina), along, ala' dan ahmad. Kami bergerak pukul 4 pagi dari rumah.Perjalanan mengambil masa selama 1 jam dari rumah ke Broga melalui LEKAS (ikut GPS meh). Nak ke sini senang je Landmark : University Nottingham, Semenyih . Dari University tu korang jalan ke depan sikit around 2/3km dan akan jumpa starting point untuk daki Broga iaitu ladang kelapa sawit yang berhadapan dengan ladang arnab. Masuk kat situ kena bayar parking RM2/car.

Kenapa gerak awal pagi? Nak tengok sunrise.Selain itu, nak mengelak daripada orang ramai. Itu pun waktu kami sampai dah ramai orang panjat. Entah pukul berapa dia orang start daki? Agaknya dari pukul 4 pagi kot. Oh ya, jangan lupa bawa tourchlight. Takut korang jatuh gaung pula. Sebab gelap dan bahaya. 


Chubby.. Kenapa tembam harus di muka?  by Ahmad Syauqi
Sampai di starting point pukul 5 pagi, dan kami mulakan pendakian Bukit Broga. Aku sebenarnya dah lama tak buat aktiviti yang adventure ni. Lebih-lebih lagi mendaki, last sekali daki Gunung Rajah. Jadi risau gak aku tak fit and bertenaga nak naik. Tapi Alhamdulillah, kami berjaya mendaki selama 40min (agak slow sebenarnya coz ada amek picture bagai) untuk sampai ke 2nd pit stop. 2nd pit stop kami terdengar azan subuh, jadi terus solat dekat situ. Arah kiblat? Teknologi dah hebat kami guna jelah qiblat detector. 

Sehari sebelum pergi, aku ada google pasal menentukan arah qiblat. Sebelum ni aku ada tengok show Ustaz Don, cara menentukan qiblat menggunakan compas dan guna website (yang  guna website ,ni aku tak pay attention sangat) . Kalau guna compas, arah qiblat ialah 292 darjah. Aku ingat semua tempat yang berada di timur boleh guna 292 darjah yang sama, tapi bila dah ada google baru aku tahu setiap tempat adalah berbeza. 

Nanti aku update cara menentukan arah kiblat dengan menggunakan compas untuk kita yang suka travel ni.!

2nd pit stop by Ahmad Syauqi.
-Mata kami besar kerana flash.wahaha
Dari 2nd pit stop ke 3rd pit stop tak ada lah jauh sangat dalam 15minit sampai la. Tapi sampai kat situ punyalah ramai manusia nak panjat untuk tiba ke puncak. Sampai dah jam. Aku memang nak sangat naik sampai atas tu, memandangkan jam dan semua orang dah beratur semata-mata nak daki puncak. Kakak aku kata tak pe lagi next time kita datang awal sikit . Sob.. Sob ... 



Beratur nak naik puncak by Ahmad Syauqi
Jadi kami decide makan breakfast je lah disitu, then turun bukit lebih kurang pukul 7. Sebenarnya tak sedar pun sunrise. Tahu-tahu je dah terang. Hahah. Punca matahari tidak kelihatan kerana awan telah menutupi. Ngee. Tapi selesa lah waktu nak daki and turun sebab tak berapa panas sangat. 

Breakfast at 3rd pit stop by Ahmad Syauqi
Picture-picture di bawah ni semua di ambil di setiap pit stop. Berhenti je ambil gambar. Ramai nye manusia naik dan turun. Tapi aku tak jumpa pula buaian yang digunakan oleh Dr. SMS (angkasawan negara) waktu pre-wedding dia. Dia kahwin pun dah dekat dua tahun, entah-entah buaian tu pun dah runtuh.wakaka




Tunjuk Semenyih by Ahmad Syauqi

Bukit-bukau by Ahmad Syauqi

Keadaan tanah Bukit Broga yang kering serta keras memudahkan pendakian. Jadi korang tak perlu risau sangat dengan tanah lembut atau basah. Cuma waktu turun tu kena hati-hati sikit sebabkan ramai sangat orang mendaki , tanah dekat sini buat kita mudah tergelonsor. Jadi pemilihan kasut adalah sangat penting. 


Takut jatuh by Ahmad Syauqi


Bukit Broga di Starting Point by Ahmad Syauqi


Alhamdulillah lebih kurang pukul 8 lebih kami sampai di bawah .Dapat juga naik Bukit Broga selepas dua tahun nak pergi sana. Tapi aku masih tak puas hati sebab tak dapat sampai pucak. Hurm. Kena pergi lagi ni.

Jadi apa lagi, jom amalkan gaya hidup sihat. Mendaki Bukit Broga. 

p.s: budak kecik ramai daki mendaki. aunty yang dah tua pun daki  mendaki. saya salute sama mereka! 

Comments

  1. Jom mendaki bukit Tabur pulak haha. *puncak last broga pun tak sampai ada hati nak nek yg len hehe

    ReplyDelete
  2. lame da x naek broga nie...masih cntik..hehe

    ReplyDelete
  3. @syauqi : tak puas hati. jom naik Broga lagi sekali . and mesti dapaat sampai atas Bukit Broga.

    @piko ija: masih cantik lagi. tapi ramai nyer umat mendaki.

    ReplyDelete
  4. daki atau mendaki mana btol? haha

    ReplyDelete
  5. suka travel ek...? bagus laa.... berani!

    ReplyDelete
  6. @syauqi: mendaki tuan. hehe

    @jaakechik: yup sangat suka travel. best!

    ReplyDelete
  7. oh ini lah bukit broga tu.. macam lebih cantik dari Sibebe Rock jer.. hehehee.. kene pi ni..
    oh yer.. naik broga ni hari apa? kalau naik weekdays orang ramai tak??

    oh pasal Qiblat tu.. harap anda beri lebih maklumat.. pleasee..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ciptaan tuhan.. memang perfect..

      Pasal Qiblat aku dah update la.. lepas entry Bukit Broga, aku update terus pasal arah qiblat..cuma aku bukan ahli falaq jd kalau ada salah.. lebih baik berguru dengan ahli
      agama mcm ko..wahahha

      Delete
  8. salam... di lain masa sekiranya ada program di broga atau semenyih, silalah menginap di Aznur Homestay@Pelangi Semenyih. Taip Aznur Homestay Semenyih kat gogle, keluarlah. ataupun wasap 017 6371728.

    http://www.blogigo.co.uk/AZNUR_HOMESTAY

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts