Winter at Augusta, Australia 2012- Part 6

Trip kali ini memang lama, mana tidak nya boleh dikatakan hampir ke semua tempat di South Western Australia ni aku terjah. Kalau korang perasan juga, aku masih lagi pada hari kedua aku di Australia padahal dah sampai 4 post aku tulis. Dalam satu hari , macam-macam tempat aku lawati, dan dalam satu hari kami dua keluarga telah bergerak lebih dari 1000km! Dah macam dari KL ke Hatyai,Thailand pula dah kami...Itu sebabnya, cerita untuk hari kedua aku masih lagi belum habis... sabar....


Seperti yang anda dapat lihat, kami telah memilih laluan sebenarnya GPS yang pilih ..National Route 1-311km dan mengambil masa selama 4jam 5 minit. Bayangkan lagi sekali kami menempuh perjalanan 4/5jam dalam masa satu hari, pagi tadi dari Perth ke Albany, petang dari Albany ke Augusta. Sebenarnya, aku cuma tahu akan bermalam di Augusta (Me Gusta)  tapi tak sempat pula nak google dekat mana Augusta, jadi aku agak dekat lah dengan Albany.. Rupanya, macam berpatah balik je ke Perth. Rupanya, pak cu ada perancangan lain untuk kami, dari Augusta ke Perth kami akan singgah ke Margaret River itu sebabnya kalau anda dapat lihat, kami dah macam buat pusingan U untuk ke Perth semula.

Keadaan jalan di National Route 1
Aku cadangkan, kalau korang nak buat trip macam ni sila isi minyak penuh di kawasan bandar dan pekan-pekan yang anda lalui. Pukul 5 semua station minyak dah tutup di kawasan pekan kecil, memandangkan kami bergerak dari Denmark lebih kurang pukul 3/4 petang jadi kami sampai ke Augusta lebih kurang pukul 8.

Selain itu, trip macam ni tak berapa sesuai kalau ada orang tua , dan ada budak kecil. Disarankan, kalau nak bawa anda perlu lebih banyak berhenti. Tapi ,perjalanan dari Denmark ke Augusta ini akan melalui 3 National Park.  Jadi kawasan yang tak berapa sesuai berhenti, jadi kena rancang betul-betul perjalanan agar anda dapat sampai ke kawasan rehat/ rumah penginapan dengan lebih cepat bagi mengelakkan sebarang masalah. Jangan risau, jalan raya mereka bertar dan elok jadi anda boleh speed 100km/h.

National Route 

Pengalaman menarik lalu kawasan National Park ialah kami hampir langgar 2 ekor Kangaroo liar. Menarik ke menakutkan?Nasihat pakcu, kalau dah nampak Kangaroo langar je sebabnya ramai yang kemalangan akibat mengelak dari Kangaroo. Besar jugalah Kangaroo yang kami hampir langgar, nasib baik waktu tu abang aku pandu perlahan sebab kami sedang memandang belah kanan iaitu kawasan Kangaroo Liar. hahah. Tu yang tiba-tiba ada Kangaroo muncul dari belah kiri yang hampir nak terlanggar. 

Memandangkan aku selalu kena jadi co-pilot kepada abah/abang aku jadi aku kena duduk sebelah mereka dan  tak boleh tidur sebab kena pegang walkie- talkie. Kawasan National Park ni tak ada line telefon, jadi kalau anda bergerak secara berkonvoi digalakan berhubung mengunakan walkie-talkie bagi memudahkan perhubungan. 

Waktu nak sampai Pemberton... minyak dalam kereta kami dah tinggal 1 bar, waktu tu lebih kurang pukul 6.30 pm . Gelap gelita dan hanya ada dua kereta sahaja di sepanjang perjalanan, kereta kami sekeluarga dan kereta pakcu sekeluarga. Pemberton Town tak muncul-muncul lagi walaupun arah sign board tinggal beberapa kilometer. Dah tiba Pemberton Town , station minyak pula tutup. Nasib baik la 1 bar tu tak tinggal nyawa-nyawa ikan. 

Abang aku cuba untuk bawa laju pada malam tu, agar kami segera sampai ke Augusta tapi nak di jadikan cerita tengah perjalanan kami semua terpaksa tempuh kabus tebal. Alhamdulillah kabus tebal tu sekejap sahaja, kalau tak kami semua bayangkan lepas tempuh kabus tebal kami akan berada di alam lain. Mengarut betul. hahaha 

Setibanya kami di Augusta Town, station minyak kat sana pun tutup juga. Jadi kami semua decide untuk ke rumah penginapan kami. Nasib baik rumah penginapan tu tak berapa jauh dari Augusta Town. Nak mencari pun payah juga, memandangkan antara sebuah rumah ke sebuah rumah agak jauh. Akhirnya kami sampai juga ke :
"THE COPSE, AUGUSTA, WESTERN AUSTRALIA"

Sila lihat betul-betul, bukan CORPSE tapi COPSE tak ada "R". hahaha. Mula-mula sampai depan gate The Copse aku dah salah baca.  Aku pula confuse . hahah Biar betul pakcu sewa rumah mayat. Tapi baca lagi sekali, bukan Corpse rupanya The Copse. hehehe Masuk-masuk memang agak creepy, sebab dalam GPS kami nampak ada sungai, tak akan la nak masuk laluan sungai. Dari gate ke rumah kita akan lalu jalan tanah merah dan akhirnya baru dapat lihat rumah. Memandangkan kami sampai lebih kurang pukul 8malam. Jadi , tak nampak apa sangat. 

Takut tak kalau mula-mula masuk dah macam ni? @ The Copse
Rumah The Copse ni membenarkan untuk kita sewa 1 malam, berbanding rumah lain kita kena sewa 2 malam. Sewa untuk The Copse untuk satu malam adalah AUD200. Ianya boleh memuatkan lebih dari 15-20 orang. Mereka akan tinggalkan kunci di sekuriti box dan memberikan pin untuk kita, jadi rumah ni macam home stay la. Ada 4 buah bilik , 1- master bed room ada bilik air, 1-queen bed room, 1 -queen bed with single bed room  and 1 -3 double decker bedroom.

Dining Rooms @The Copse
Malam tu, walaupun sedikit penat kami tetap juga buat BBQ, sebab masing-masing dah lapar. Hehehe. . Rumah ni tak ada menyediakan pisau, kami semua buat kesimpulan mungkin faktor rumah ni yang agak ke dalam jadi tak ada pisau bagi mengelakkan sebarang jenayah . Dah macam dalam horror movie and scary movie aje malam tu, masing-masing duk fikir bukan sebab rumah ni sebiji dalam semua Hollywood movie . Ni lah akibat terlebih tengok Hollywood movie, keadaan pun dah lebih kurang sama macam dalam filem Shutter Island .

BBQ @ The Copse
-abah kebal dalam 10 degree celcius

Tiba-tiba waktu nak buat air, kami baru sedar terlupa nak bawa teh dan juga gula. Cuba juga cari gula dan teh, tapi mereka kunci almari tersebut mungkin sebab kami tak minta untuk bahan-bahan memasak. Jadi , pakcu dan abang aku pergi semula ke Augusta Town nak cari kedai yang masih buka. Cuba korang teka , hanya satu kedai sahaja buka malam tu.. Kedai apa yang masih buka?hahha . 

Nasib baik la kedai tu bermurah hati bagi daun teh secara percuma, malam tu kami minum teh panas tanpa gula. Tapi tak kisah sebab cuaca lebih kurang 2-4 degree celcius. Air akan cepat sejuk jadi kita tak akan terasa kepanasan kalau minum air panas. hehehe. Malam tu kami makan daging kambing BBQ dan ayam BBQ macam phirana kami makan, letak je habis. Kemudian, kami semua tengok rush hour.Tapi masing-masing dah ngantuk pe lagi tidor lah dulu.

Nak tidor pun satu hal, di sebabkan sejuk yang terlampau nak masuk dalam katil pun tak mampu. Masing-masing dah pakai 3 lapis baju dan stokin tapi masih tak dapat mengawal kesejukan. Nasib baik aku bawa sleeping beg, aku letak sleeping beg atas katil dan tidor dalam sleeping beg. Then, baru aku selimut dengan comforter. Hahaha. Padahal dalam bilik tu dah ada heater tetap juga rasa sejuk. zzz....

Habislah cerita untuk hari kedua aku yang panjang ni... 4 tempat dalam satu hari. More than 1000km . Next post aku tunjukkan keindahan rumah The Copse!

p/s: panjang nye post aku kali ni, sapa dapat jawab dari kedai apa kami dapat daun teh anda memang hebat!

Comments

Post a Comment

Popular Posts