Seperti yang anda dapat lihat. Betapa panjang nya title untuk post kali ini.. wahaha.. Apa yang menarik pasal Natural Bridge and The Gap?
Dari Albany City ke Torndirrup National Park lebih kurang 18/20minit sahaja. Seperti yang anda dapat lihat dalam peta di bawah, kita akan lalui jalan tepi laut iaitu Princess Royal Harbour. Menariknya sepanjang laluan , kita dapat menikmati keindahan alam dan memandangkan winter, jadi selalu hujan renyai-renyai dan kita akan sentiasa dapat lihat pelangi! Sangat indah.
|
Pelangi! @ Albany |
Tiba nya kami di Torndirrup National Park, kami makan lunch yang dibawa dari rumah di carpark yang berhampiran dengan Natural Bridge. Bayangkan kami terpaksa makan cepat-cepat dalam keadaan hujan, dan harus mengelak angin yang kuat , serta percikan air laut . Tangan kami dah kesejukan, rasa nak terbuang air kecil,dan angin pula sentiasa mernerbangkan nasi dalam pinggan. hahaha. Bila dikenang semula nak tergelak juga la, masing-masing berteduh dalam kereta bagi mengelakkan angin kuat. Tak perlu tutup pintu, angin dah tutupkan . hehehe.
|
Pokok Tondrup - with My Brother |
Selepas kami makan, kami ke natural bridge. SubahanAllah, hebatnya ciptaan Allah sehingga terbentuknya jambatan kesan daripada hakisan ombak. Keadaan angin yang kuat, tidak mengizinkan kami untuk ke jambatan tersebut. Kawasan natural bridge, agak bahaya. Waktu kami datang ni pun cuaca tengah buruk. Memandangkan kami dah datang jauh-jauh, rugi la pula kalau tak dapat melihat ciptaan Allah.
|
Natural Bridge -Photographer (My Uncle) |
The Natural Bridge is a granite formation caused by the gradual wearing away of the rock by the Great Southern Ocean.The natural bridge formation is a reminder of the power of the ocean. Over time, the ocean has carved a bridge into the rock face. It is clear to see exactly how as the waves came rolling across the sea and into the hole it has created. Splash!!!
Pakcu ada cerita, dulu dia pergi waktu summer, siap boleh solat lagi. Waktu winter ni, angin kuat sampai aku pun rasa nak melayang-layang.Aku terpaksa berpaut dengan pakcu, bagi mengelak jatuh. Badan kurus macam adik aku dengan cousin, rasa macam nak terbang sahaja. haha. Masing-masing gelak sebab badan dah tak seimbang, ada juga rasa takut terjatuh dalam laut. Kuat sangat memikir bukan-bukan.
|
Gap and Natural Bridge |
Selain melihat Natural Bridge, di kawasan yang sama kita akan dapat melihat The Gap. Setiap kali percikan air di The Gap kita akan dapat lihat pelangi. Memang mengagumkan.
|
The Gap |
The Gap is an impressive rugged granite channel carved by the waves of the Great Southern Ocean crashing against the granite coastline forming a spectacular sheer drop of almost twenty five metres.
|
My Brother @ The Gap - angin kuat ooo. |
Pengalaman ke sini , mungkin sekali dalam seumur hidup aku. Alhamdulillah,dapat melihat ciptaan Allah pada usia yang muda. Kalau ke Australia, aku sarankan datang ke sini! Dah puas bergambar aku akan ceritakan pengalaman kami ke Denmark ... macam mana ada Denmark di Australia? hehee.
|
My family menahan angin. hehe |
Opss... Kangaroooooooo!
Bestlahkan ada rezeki terjah sana ;)
ReplyDeleteblog ni sgt sgt sgt awesome.. header gmpak.. entry mnarik sgt.. all beautiful.. blog lain dri yg lain.. follow..
ReplyDelete@laskar pelangi: anda pun boleh ke sana! :)
ReplyDelete@AL AZRUL: thanx
dulu tak sempat nk sampai albany sbb kekurangan masa. kalo ade rezeki nk cover bahagian2 yg tak sempat jelajah pulak. insyaALLAH. teruskan menaip cite2 best!
ReplyDelete@Danny/ John: thanx! jangan lupa cover bahagian situ. kita boleh lihat banyak ciptaan Ilahi yang hebat. subahanAllah
ReplyDelete