13/6/2012
Hari ini kami sekeluarga memulakan perjalanan pada pukul 8 pagi kerana kami akan bergerak menuju ke Albany. Seperti yang anda dapat lihat di peta bawah, Perth ke Albany ibarat Kuala Lumpur ke Bukit Kayu Hitam , sebab nya perjalanan mengambil masa selama 4/5jam. Memandangkan kami dari Perth. Ada dua laluan highway yang bnoleh kita pilih untuk ke Albany. Tetapi jalan yang senang dan straight adalah Albany Highway.
Suatu yang best tentang highway di sini, HIGHWAY=FREEWAY, jadi tak ada lah otak korang memikir nak bayar duit tol. Mereka panggil highway adalah freeway.. JadI, sediakan duit untuk minyak sahaja. Mula-mula kita akan lalui highway yang lebih kurang macam Malaysia, then dari Armadale untuk ke Albany kita akan lalui highway seperti jalan kampung . Tapi jangan risau, jalan mereka dalam keadaan bagus dan bertar.
Di sepanjang perjalanan kita boleh menikmati pemandangan ladang anggur, ladang lembu , kambing dan juga menikmati keindahan alam semulajadi. Penat juga lah sebab 5 jam perjalanan.Kami sempat singgah station minyak untuk mengisi minyak di pekan kecil yang berhampiran dengan Kojonup.
Information: Kalau boleh isi minyak penuh, dan bawa tong untuk mengisi minyak . Kebanyakan pekan-pekan kecil akan menjual minyak dengan lebih mahal berbanding harga di bandar. Kebiasaannya,station minyak akan ditutup pada pukul 5pm. Kalau minyak dah habis, mereka akan mengenakan charge sebanyak AUD60 just to open their station. Jadi be prepared !
|
Ladang Kambing- yang kecil-kecil tu kambing |
|
Pokok dan Ladang |
|
Ladang Kuda |
Alhamdullillah, lebih kurang pukul 12 tengah hari kami sampai di Albany. Kami menunaikan solat jama' zohor dan asar di Musolla (surau). Sebenarnya, surau dekat Albany tak adalah macam surau dekat Malaysia. Ianya merupakan sebuah rumah (cottage) yang diwakafkan untuk di jadikan surau. Berbanding bandar-bandar besar seperti Perth, Melbourne dan Sydney... community Muslim memang ramai, jadi kita mudah untuk jumpa surau dan masjid di City.
|
Albany
|
Albany sangat cantik, rumah mereka di bina di pinggir bukit dan berhampiran dengan laut. Tenang, aman dan damai. Memandangkan kedudukan Abany berada di selatan jadi cuaca di sana adalah lebih sejuk berbanding Perth City.
|
Albany |
|
Musolla |
|
Albany-Sebenarnya sejuk, tapi tak sempat ambil trench coat. |
The Albany region was first home to the Menang Noongar people, who made use of the area during the summer months for fishing and other activities. They called the area Kinjarling which means "the place of rain".[5] Many town names in South-Western Australia end in "up" or "ing", which means "place of" in the Noongar language. Early European explorers discovered evidence of fish traps located on Emu Point and on French, now Kalgan, River and a small "village" of bark dwellings that were, at the time, deserted.
Albany is also the oldest continuous European settlement in Western Australia, founded in 1826, three years before the state capital of Perth. The King George Sound settlement was a hastily dispatched British military outpost, intended to forestall any plans by France for settlements in Western Australia.
|
Laluan tepi laut |
|
York Street in Albany |
Heheh. Kenapa sampai ke Albany kami singgah? Ada tempat yang menarik untuk aku tunjuk selepas ini!
i think i know whats going to happen next! haha
ReplyDeletememang confirm ke dalam 5 jam dah boleh sampai? hehe..tgh susun jadual..pening fikir nk pergi mana dulu, nk g cervantes dulu or albany..
ReplyDelete@yayanrahman insyaAllah kalau cuaca elok dan tak ada masalah..
ReplyDeleteDulu JM tak sempat ke Albany..apa yg menarik d sana yer..kena terjah next entry lah ni
ReplyDelete