Abah.



Sepanjang "hari bapa", begitu banyak aku baca status-status di facebook yang mengucapkan selamat hari bapa kepada bapa mereka. Tapi sayu di hati membaca status rakan-rakan yang telah kehilangan bapa mereka. Tentu sedih buat mereka telah hilang , tempat bergurau, hilang tempat bermanja. Lebih-lebih lagi anak perempuan. Mesti pelik kenapa aku katakan anak perempuan.

"Anak perempuan lagi manja dengan bapa mereka,
manakala anak lelaki lebih manja dengan ibu nyer"

Betul, contoh pada diri sendiri. Dengan abah aku boleh nyanyi-nyanyi layan lagu Sweetcharity -Camellia. Hahaha. Mak lebih strict berbanding abah, tapi kalau abah dah keluarkan taring , bila kami adik-beradik lambat solat, HABISLAH! Muka abah boleh berubah. Huhuhu

Abah seorang yang pantang kalau anak-anak dia keluar tak kemas. Baju kena gosok , kasi nampak side. Kasut kulit kena kilat. Bila pergi majlis, pakai baju formal. Bila pergi jalan, jangan ingat nak pakai selipar jamban. Hehehe. Mak dengan abah memang ajar kami adik-beradik mesti kemas dan bersih. Abah suka sangat suka kemas rumah. Minggu ni balik rumah, meja solek dekat position kanan, minggu depan dah dekat kiri. Hahahah.. Abah reti masak, and masakan dia kira pro lah untuk orang laki... Dan abah sangat suka makan ayam. Huhu. Bekalan daging ayam mesti sentiasa ada dekat rumah aku..

Waktu sekolah menengah , kerja kursus kemahiran hidup yang bertukang tu mesti abah yang buat. Sama la juga dengan wiring.. Hehehe.. Kami releks, tak perlu pateri wayar2 tu semua. Hahaha.. Abah memang hebat boleh buat macam-macam, pipe dekat rumah kami pun abah yang sambungkan. Tapi bila dah tua ni, susah juga sebab abah ingat dia muda 20tahun macam dulu.Semua kerja nak buat, nanti bila sakit susah hati kami.. huhuhu...

Abah aku sebenarnya manja. Dulu waktu aku kecik , bila abah balik dari kerja mesti kena cabut stokin dia. hahaha.. Haritu, waktu mak long duduk rumah aku. Mak long panggil abah dengan panggilan adik. Hehee. Abah memang manja tu kena panggil nama adik..

Abah my hero. Abah pernah jadi bidan terjun. Ye, abah sambut kelahiran adik aku no 5 dekat rumah. Haritu, abah kena himpap pokok sampai kena jahit 3 benang. Cuak aku dengar! Waktu abah call aku, abah buat suara kasik aku cuak. Then, waktu dia nak kenakan aku berubah lak suara dia happy. Abah nie bikin orang risau je..Alhamdulillah abah masih dikurniakan umur yang panjang Amin.
Abah

Kisah cerita aku dengan abah adalah gembira. Tetapi berbeza pula dengan rakan sekolah aku. Sewaktu hari bapa, bapa nya telah menghembuskan nafas terakhir. Sedih memang sangat sedih, lebih-lebih lagi rakan sekolah aku itu anak pertama. Yang membuatkan lebih sedih, hari jumaat ini merupakan hari jadi nye yang ke-22. Sedih aku membaca status di-fb

"dua ari lg ulang thn yg ke-22 thn ain..hadiah berharga ain adlh doa dri arwah abah..kini ain yg sntiase mdoakan arwah abah..:( "

Jika aku berada dalam position dia, entahla sama ada aku mampu menghadapi nya dengan tabah. Hanya Allah sahaja yang tahu, kerana "Setiap yang mati itu, pasti aku kembali kepadaNya. Sesungguhnya, hanya doa anak yang beriman merupakan bekalan hamba Allah di akhirat kelak.

Buat rakan-rakan yang masih mempunyai abah, ayah, abi, papa, daddy. Sayangi mereka selagi masih hidup. Doakan yang terbaik untuk abah kita, agar umur panjang, dihapuskan dosa dan selamat dunia akhirat.Amin

Buat rakan-rakan yang telah kehilangan bapa mereka. Semoga terus tabah dan "Semoga Allah menempat arwah bapa anda bersama orang beriman. Amin..."


p/s:ingat nak letak video mathluthfi90 pasal hari bapa. Tapi macam dia dah delete. Video menusuk hati kot.
p/s/s: Mak nanti nina buat post untuk mak pula!

Comments

Popular Posts